PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Resepi Penkek Simple

Contoh Pankek
Resepi ini saja je saya nak share sebab mungkin ada segelintir yang tengah cari resepi Penkek yang mudah dan senang di buat kan.. resepi ni simple jer tapi sangat sedap dan gebu.
Bahan-bahan:
  • Tepung 1 cawan
  • Serbuk penaik 2 sudu
  • Soda Bikarbonat secubit ( tak letak pun tak apa)
  • 2 sudu gula
  • Secubit garam
  • Susu cair atau susu segar 1 cawan
  • 1 biji telur
  • Sedikit minyak atau butter
Cara-caranya:
  • Gaulkan yang bertanda merah sampai sebati
  • Masukkan telur, susu dan gaul sampai sebati
  • Setelah adunan sudah sebati biarkan adunan rehat 30 minit
  • Setelah rehat letak sedikit minyak atau butter menggunakan tisu atau kain bersih dan 
  • layang sikit-sikit di pan atau kuali.
  • Guna senduk bulat kemudian dipper adunan ke dalam kuali
  • Apabila adunan di pan atau kuali mengeluarkan bubble atau belon kecil-kecil, terbalikkan adunan dan tggu masak dan angkat.
  • Hidang ^_^ boleh di makan bersama kaya atau butter atau sama dengannya.
p/s--> maaf kalau ayat berterabur ^_^


Hanya yang SimPle SaHaja! ^_^

Lain-lain Tajuk

Makin Gemuk Baby Buluku


Hari ni saya nak share gambar-gambar nak-anak Lolie yang semakin gemuk saya tengok..kuat minum susu agaknya. Makin aktif maksudnya baby buluku sihat (hope) ^_^, tapi belum vaksin lagi.

Bobo adalah yang paling aktif dari adik-beradiknya yang lain.. suka je memanjat, tapi tak pernah sampai ke destinasi memanjat tapi si Bobo ni paling suka bermanja dengan ibunya..^_^

Kiko adalah yang paling manja pantang belai..mesti bunyi meneram manja tu.. mungkin ikut perangai ibunya tapi Kiko paling tak aktif.

Dodi lebih banyak habiskan dengan tido jarang nak bermanja dengan ibunya berbanding adik beradik yang lain.. pelik gak tengok.. haiiii Dodi merajuk ke?

Tetam pun aktif jugak tapi tak seaktif abangnya Bobo.. ada waktu dia asyik tido jer..tapi yang paling kuat mencuri susu dari adik-beradiknya yang lain.. ^_^

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com