PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Top 10 Kucing Paling Gemuk

Adakah korang suka kucing gemuk? Kalau saya, saya memang suka kucing gemuk.. tapi biarlah sihat, jangan gemuk yang memudaratkan. Tetapi menurut kajian hampir semua orang menyukai kucing gemuk. Mari kita tengok carta kucing paling gemuk dan montel-montel ni.
Nombor 10 adalah kucing yang dipanggil Marisa. Beliau adalah kucing terpanjang di dunia mengikut Guinness Book of World Records dengan berat 35kg.

Nombor 9 adalah kucing yang di panggil Otto dengan berat 35kg dan telah menurun kepada 29kg selepas berdiet.
Nombor 8 adalah kucing Garfield yang berasal dari Itali yang bernama Orazio. Beliau adalahkucing rumah Itali yang paling berat iaitu 35,2kg.

Nombor 7 adalah kucing dari China. Kucing ini berat lebih kurang 37kg.

Nombor 6 adalah kucing yang panggil Kailee dari Minnesota dengan berat 40kg.

Nombor 5 kucing yang dipanggil Sassy berketurunan Kucing Munchkin dengan berat 40kg.

Nombor 4 adalah kucing yang dipanggil Mikesch dari Jerman. Dia paling benci berjalan-jalan, mungkin sebab terlalu berat kot.. dengan berat 41kg.

Nombor 3 adalah kucing yang dipanggil Katy dari Rusia. Berat badannya dianggarkan 42kg.

Nombor 2 digelar Putera chunk. Berasal dari New Jersey dengan berat 44kg.

Nombor 1 adalah kucing yang dipanggil Mitzi. Mitzi adalah spesis Maine Coon secara semula jadi dia adalah kucing besar. Walaupun Maine Coon mencapai berat 9 hingga 18kg, tetapi Mitzi jauh lebih berat iaitu 46kg. Namun tidak lama kemudian dia telah memulakan diet yang ketat dan kehilangan 17kg.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com