PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Totie Si Kecik Kucingku

 AMBOI NYENYAK SUNGGUH SI TOTIE NI... SEBENARNYA AKU BARU MANDIKAN TOTIE, LEPAS TU MAIN DI KATIL AKU TERUS LENA....SLEEPING YOU DREAM MY DEAR.

MASA FIRST DATANG RUMAH AKU TOTIE NI TAKUT SANGAT,
ASYIK CARI TEMPAT MENYOROK JE..
TOTIE TERSEDAR DARI TIDUR KERANA FLASH CAMERA AKU..HEHEHEH

Oyen Kucingku Sayang

Oyen
Oyen adalah kucing jantan baru berumur empat bulan. Aku membeli oyen kira-kira sebulan yang lalu, dan juga pertama kali aku menjaga baka persian. Aku tidak menyangka begitu sukar menjaga kucing ini kerana oyen mudah mendapat selsema dan terpaksa pergi ke vet untuk menghindar menjadi bertambah buruk. Bulu oyen juga mesti disikat setiap hari untuk mengelak terjadinya gumpal-gumpal. Oleh kerana bulu oyen adalah berwarna oren cerah oyen mudah nampak kotor di bahagian muka. So setiap kali aku dapati kekotoran di muka oyen aku akan mencuci menggunakan air pembersih mata khas untuk kucing.

Oyen

Totie si kucing baruku

Totie
Totie seekor kucing yang penakut.. pada mulanya aku payah sikit nak handle si Totie ni.. hampir sebulan barulah Totie hilang rasa takut apabila berada di rumah ku.. tapi Totie seekor yang cepat mesra dengan kucing lain. Totie paling suka membuli Ucang, walaupun Ucang lebih besar daripadanya ketika itu. Sebenar Ucang bukan takut dengan Totie tapi kerana sifat baik Ucang dia tak sanggup memukul kucing lain.

Aku selamatkan Kucing Yang Malang

Ucang
Ketika suamiku pulang dari kerja, suamiku melihat seekor anak kucing yang kurus-kering dan lapar. Tanpa berfikir panjang suamiku terus membawa pulang anak kucing tersebut. Aku agak terkejut melihat anak kucing itu, suamiku berkata dia kasihan melihat kucing ini macam kelaparan. Aku memandang anak kucing dengan perasaan yang sikit hiba kerana aku lihat anak kucing itu macam mahu tunggu mati sahaja. Keadaannya agak teruk kerana dia berjalan lemah-longlai, main pun tidak dan  asyik tidur. Apabila dia berak tahi seakan pasir yang color grey, macam selut. Selut itu maksudnya macam pasir longkang color grey. .Aku namakan dia Ucang kerana warnanya seakan usang ketika itu dia berusia lima bulan. Tapi lama-kelamaan ucang bersamaku ucang  semakin sihat dan semakin gemuk  berbamding dulu. Baru-baru ini ucang kena selsema dan sakit mata yang teruk. Hati aku makin risau melihat mata kanan ucang yang bengkak sampai matanya tidak dapat dibuka. Setelah dihantar ke vet ucang semakin sembuh. Ucang adalah kucingku yang paling manja denganku kerana dia sentiasa menunggu kepulanganku di muka pintu, selalu kejutkan aku bangun dan mencium muka aku. Ucang suka sangat jika aku bersembang dengannya sambil membelai serta menyebut namanya.
Ucang

Citam Kucing Pertamaku

Citam
Kisah ini aku ingin kongsikan bersama pembaca, diharap pembaca suka dengan coretan yang tidak seberapa ini. Sebenarnya sejak aku dilahirkan aku sudah pun mengenali kucing, kerana ibu dan ayahku membela kucing untuk menhindarkan tikus dari berkuasa di rumahku. Biasalah bagi rumah kampung, senang sangat tikus nak ceroboh jika tidak ada tuan pemangsa menjaga rumah. Selepas aku berkahwin barulah aku mempunyai kucing sendiri, bukan kucing ibu atau ayah mahupun saudara-mara aku iaitu kucing aku sendiri. Aku akan memulakan cerita citam kepada pembaca, maaflah kalau aku berceloteh agak membosankan. Ceritanya begini, pertemuan antara aku dan citam pada waktu malam kerana aku dan suami balik daripada dinner di luar jam kira-kira pukul 9.00 malam ketika itu. Sebaik sahaja sampai di pangsapuriku, aku dan suami terus menuju ke kedai topup berdekatan, sedang aku membeli topup suamiku sedang leka bermain dengan seekor kucing. Aku cuma mencuri pandang dari jauh, selesai sahaja urusan aku, aku terus mendekati suamiku dan mengajak pulang ke rumah kami yang berada di tingkat 3. Ketika melangkah kaki beberapa langkah tiba-tiba kucing yang bermain bersama suamiku mengiaw-ngiaw, seperti tidak mahu kami melangkah pergi. Oleh kerana kasihan dan juga rupa kucing yang comel aku dan suami buat keputusan untuk membela dan menamakan kucing itu 'citam', oleh kerana citam adalah jantan dan juga bulunya yang hitam campur putih yang ketika itu umur citam baru mencecah 6 atau 7 bulan. Tapi sayang aku sempat bersama citam hanya 8bulan, ini kerana aku terpaksa menyerahkan citam kepada maksuku ketika itu aku meninggalkan citam di rumah ibuku di kampung sebelah utara. Dalam perancangan aku mahu membungtingkan kucing betina ibuku. Tapi lain pula yang jadinya, kerana tanpa disangka citam telah memakan hampir kesemua anak-anak ayam ibuku. Menambah kegeraman ibuku apabila citam memakan anak-anak ayam jiran ibu pula. Waktu itu aku tidak dapat pulang untuk mengambil citam kerana suamiku tidak dapat cuti. Mahu tidak mahu aku terpaksa serahkan kepada maksu aku. Kini citam hanya dalam kenanganku.
Citam

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com