PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Asal Usul Kucing Siam

Siamese Cats
Kucing Siam mudah dikenali melalui matanya yang biru dan pointed color pada bahagian telinga, muka, ekor dan kaki yang memberikan tarikan yang kontra terhadap badannya yang berwarna cerah. Kucing Siam berasal dari Thailand, yang suatu masa dahulunya dikenali sebagai kucing Siam eksotik. 
Ianya mula dieksport pada lewat tahun 1800 ke England sebagai hadiah daripada kerajaan Siam kepada duta England yang kemudian membawanya pulang ke England. Sejak itu kucing Siam mula mendapat perhatian dan diperkenalkan di pameran kucing di England dan Amerika, seterusnya ke serata dunia. Dengan ciri-ciri garisan licin, tarikan warna kontra, bahagian kepala yang aristokrat, mata kebiruan dan kaki yang 'berkasut', kucing Siam nyata kelihatan begitu cantik dan segak. 
Kucing Siam juga dianggap antara breed tertua dikalangan kucing lain. Mereka adalah pintar dengan personaliti suka ingin tahu dan cintakan alam sekitar. Kini baka tertua ini adalah antara pedigree yang paling popular. Satu lagi ciri istimewa kucing Siam adalah suaranya yang masyhur. Mereka merupakan kucing yang peramah dan tidak sepertimana kucing lain mereka berkomunikasi dengan kedua-dua suara dan tubuh mereka. Kucing Siam juga sangat intim dengan manusia. 


Mereka suka ditemani dan menghabiskan masa dengan tuan mereka serta gemar duduk di riba manusia. Kebanyakan pemilik kucing Siam mendapati kecantikan dan fitrah sosial mereka dengan lapisan bulu pendek yang tidak perlu dibersihkan merupakan tarikan yang tidak dapat diendahkan. Kucing Siam bersaiz kecil hingga sederhana, tubuh yang ramping dan tampan disusuli dengan susuk dan leher yang panjang dan ekor panjang berbentuk baji. Color point yang utama adalah biru, coklat, ungu muda dan keputih-putihan. Variasi keputih-putihan adalah variasi yang paling dikenali. 


Variasi ini mempunyai warna perang kekuning-kuningan dan segmen hitam yang ekstrim. Variasi coklat adalah yang kedua popular dengan warna krim putih pada tubuh dan coklat susu pada segmennya. Kemudiannya adalah variasi biru dengan tubuh putih kebiruan dengan segmen kelabu kebiruan. Yang terakhir adalah variasi ungu muda iaitu tubuh putih dan segmen merah jambu kekelabuan. Kucing Siam adalah kucing yang mempunyai mata yang mempesonakan dikalangan kucing lain. Matanya berbentuk almond, berwarna biru, diletakkan pada kedudukan condong yang memberikan ekspresi bijak, emosi dan bersikap ingin tahu. Ini adalah ciri terpenting yang meletakkan kucing Siam dalam kelasnya yang tersendiri.
Siamese Cats

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com