PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Nak Tambah Ke Tak?

Comot
Totie
Pening aku fikir..fikir pasal nak tambah kucing..azam tahun baru..aku cuma cakap..tapi tak sangkaazam baruku itu. Tapi yang aku hairannya, sebelum ini suamiku membangkang habis niat aku nak menambah kucing. Tapi bila dia nampak comot terus  bawa balik rumah. Marah tu tidak la..aku cuma geram je hehehh. Hujung minggu ni kalau suamiku senang aku nak ajak dia pergi ke vet untuk cucuk vaksin kat si comot. Totie pun belum vaksin rasanya, sebab onwer Totie yang sebelum ni pun jumpa Totie juga. Alang-alang suruh doktor cek keempat-empat kucingku lagi senang..

Suamiku Selamatkan Kucing Lagi

Pagi tadi suamiku terjumpa lagi anak kucing domestic medium hair betina berwarna celico berusia antara 4 ke 5 bulan, aku pun tidak berapa pasti. Anak kucing ini aku beri nama 'Comot' oleh kerana tompokannya yang agak comot..heheh. Kemudian aku terus mandikan comot dengan air suam kerana badannya terlalu kotor. Aku balik kerja nanti baru aku nak letak ubat kutu di badan comot dan kucing-kucingku yang lain, takut berjangkit pula. Aku akan bagi secara percuma kepada sesiapa yang berminat, kerana aku sudah mempunyai 3 ekor kucing. Tapi jika tidak ada sesiapa berminat aku bela comot macam kucing-kucingku yang lain dan aku akan merawat comot menjadi kucing yang sihat insyaAllah.

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com