![]() |
Norwegian Forest Cats |
Norwegian Forest Cat merupakan breed yang berasal dari Utara Eropah dan dapat hidup dalam kawasan beriklim sejuk. Di Norway mereka dikenali sebagai Skogkatter atau Norsk Skogkatter yang mana terjemahannya adalah Norwegian Forest Cat. Breed ini adalah antara yang tertua dan muncul secara semulajadi sebagai satu penyesuaian diri oleh kucing di negara yang beriklim sejuk. Ia hanya dianggap sebagai kucing biasa sehinggalah tahun 1930-an apabila mereka muncul di pameran kucing di German.
Mereka juga dikatakan moyang kepada kucing Maine Coon dan Manx. Norwegian Forest Cat mempunyai double-layered coat yang tebal, telinga berjumbai dan ekor mengerbang yang panjang untuk melindungi diri mereka dari cuaca sejuk. Bulu mereka adalah kalis air disebabkan outer layer yang kasar dan underlay yang tebal serta padat.
Mereka adalah kucing yang besar di mana kucing jantan mempunyai berat antara 6 – 10 kg manakala kucing betina hampir separuh daripadanya. Kucing Norwegian Forest Cat (NFC) adalah kucing yang pintar, suka bermain dan gemar ditemani manusia. Mereka turut dikenali sebagai Wegie, singkatan terhadap nama baka mereka.
Sepertimana Maine Coon, NFC adalah baka yang sangat suka bermain dan sukakan outdoor serta pemburu yang cekap. Mereka senang menerima manusia dan binatang peliharaan lain, kadangkala juga mereka akan keluar mencari teman lain jika pemilik mereka tiada di rumah untuk menemani mereka. Mereka tidak mudah stress dan agak penyabar, menjadikan mereka sesuai berada di rumah yang mempunyai anak-anak kecil. Mereka juga begitu gemar memanjat dan menghargai pemilik yang menyediakan cat tree untuk mereka.
Mereka adalah gentle giants dengan perilaku yang lembut dan sangat kasih serta setia kepada mereka yang berkongsi kehidupan dengan mereka samada manusia atau binatang. NFC merupakan kucing double coat,semi long-haired dengan bulu yang kalis air untuk membantu menghangatkan badan dalam suasana sejuk di Norway. Mereka juga mempunyai bulu berjumbai pada jari kaki untuk melindungi kaki daripada kesejukan. Tulang mereka adalah kukuh dengan bahagian kepala berbentuk segitiga. Mata berbentuk almond dan bersudut pada tapak telinga. Secara keseluruhannya, NFC sememangnya mempunyai penampilan yang kacak dan segak.
Perwatakan NFC adalah antara ciri-ciri yang sangat disukai oleh penggemar kucing. Mereka adalah teman yang ideal untuk manusia, kucing lain mahupun anjing. Mereka amat suka berkawan, pintar, setia, bertenaga dan akan mengembalikan kasih sayang kepada tuannya berganda-ganda. Disebabkan fitrah mereka yang tidak gentar pada apa sahaja, kebanyakan breeder mengesyorkan agar tempatkan secara indoor atau di kawasan taman rumah yang selamat. Mereka gemar memanjat dan memburu.
Walaupun susuk tubuh yang besar, mereka mampu menonjolkan pecutan kelajuan yang sangat mengagumkan dan memukau manusia. NFC adalah kucing yang periang dan suka mengambil tahu, walaupun pada peringkat dewasa, dan sentiasa mahukan teman tetapi ada batasnya. Mereka suka menjadi boss dan akan mendominasi rumah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan