PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Penyakit Yang Dicegah Melalui Vaksin

Biasanya kita perlukan sehingga 14 hari selepas suntikan vaksin sebelum tindakbalas imuniti berfungsi dengan sepenuhnya.
Jadi, jika kita suntik kucing pada hari ini, dia tidak akan mempunyai perlindungan imuniti sehingga sekurang-kurangnya 14 hari selepas suntikan diberi. Keputusan untuk vaksinasi terhadap penyakit-penyakit tertentu dinilai melalui beberapa faktor. Terdapat 11 jenis penyakit berjangkit yang boleh dilindungi oleh vaksin (dikeluarkan oleh beberapa pengeluar). Setiap vaksin adalah spesifik, hanya memberikan perlindungan terhadap 1 jenis penyakit sahaja (dan mungkin 1-2 penyakit ringan yang lain). Senarainya disertakan dibawah, namanya memang pelik-pelik, tapi saya letakkan penerangan ringkas di sebelahnya supaya kita mudah faham.



  • Rhinotracheitis virus/feline herpes

    • Juga dikenali sebagai FVR (Feline Viral Rhinotracheiteis) atau FRV (Feline Rhinotracheiteis Virus), menyebabkan keradangan pada mata dan hidung.



  • Calici virus

    • Seperti FVR,  virus Calici menyerang sistem pernafasan termasuk mulut dan boleh merebak ke paru-paru.



  • Panleukopenia virus

    • Juga dikenali sebagai FPV, sangat-sangat merbahaya, mudah berjangkit di kalangan kucing, menyerang sistem saraf dan imuniti. Anda MEMANG tidak mahu kucing anda dijangkiti penyakit ini.



  • Chlamydia (pneumonitis)

    • Virus ini hidup dalam sistem perkumuhan, kemaluan, pernafasan dan penghadaman, kesannya boleh dilihat pada mata dan jika dijangkiti oleh anak kucing boleh menyebabkan kerosakan paru-paru yang serius.



  • Feline leukemia virus

    • Ringkasannya adalah FeLV, sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kanser yang membunuh. Risiko tinggi jika kucing anda adalah outdoor, merebak melalui air liur (menjilat bulu, bekas makanan dll) atau gigitan (bergaduh, bermain dll).



  • Rabies virus

    • Pernah dengar penyakit anjing gila? Air liur yang sentiasa meleleh, agresif dan suka menyerang. Boleh menjangkiti manusia atau binatang lain.



  • Feline infectious peritonitis virus

    • Ringkasannya FIP, atau FECV (Feline Enteric Coronavirus), jangkitannya tidaklah serius dan biasanya kucing boleh kembali sihat. Tak banyak diketahui tentang penyakit ini, vaksin boleh kurangkan risiko tetapi jangkitan mungkin boleh berlaku juga.



  • Bordetella

    • Sangat merbahaya kepada anak kucing kerana boleh menyebabkan kematian. Lendiran tebal pada hidung dan mulut, bersin dan batuk (kucing sebenarnya jarang batuk, beri perhatian jika kucing anda batuk).



  • Ringworm fungus

    • Cacing gelang, didapati dari tanah dan najis, susah dikawal jika kucing outdoor. Boleh menjangkiti manusia tapi tidak serius, mudah diubati (kecuali anak kucing, jangkitan boleh menjadi serius).



  • Feline immunodeficiency virus

    • Ringkasannya FIV, kucing yang menghidapi FeLV berkemungkinan besar juga menghidapi FIV. Virus ini menyerang sel darah putih kucing, sama seperti AIDS pada manusia. Sistem imuniti akan lumpuh dan kucing terdedah kepada pelbagai penyakit lain, sangat merbahaya (tapi tidak menjangkiti manusia).



  • Giardia

    • Berpunca dari parasit yang hidup dalam najis kucing, sebab itu amat penting kita bersihkan kotak najisnya seberapa kerap (dan bersihkan diri anda selepas itu).  Menyebabkan kucing kehilangan nutrisi yang boleh membawa kepada penyakit lain. Boleh berjangkit pada manusia.
    Rujukan: alam kucing

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Pasti My Cats Cyg Kamu!!

    Secebis Rumusan

    Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

    Komen Pelawat

    Comment Box

    Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com