PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Tutorial Pulihkan Feed Link Error Networked Blogs?

Salam semua..saya nak sharing tutorial ni sebab saya pernah mengalaminya. Puas juga saya godek-godek kat gogel untuk mencari info-info masalah 'Feed Link Error di Networked Blogs' tapi tak berjaya. Sebelum ni Networked Blogs boleh je connect dengan Blogspot saya. Tapi mungkin saya tersilap tekan ke, lepas tu terus je tak boleh nak connect di Blogspot. Sebab setiap kali saya post entri baru di Blogspot, Networked Blogs tak dapat nak baca. Tapi akhirnya saya dapat tahu juga masalah yang saya alami setelah puas godek-godek kat setting Networked Blog. Masalah-masalah yang saya alami seperti gambar di bawah ini:
1. Contoh pertama:
Di edit blog yang petak warna merah iaitu 'Feed Link' akan keluar seperti ini. "Feed Link tak boleh sama dengan Blog Link."

2.Contoh Kedua:
Di edit blog yang petak warna merah iaitu 'Feed Link' akan keluar seperti ini. "Kami cuba untuk memproses suapan anda tetapi ia seolah-olah diformatkan dengan betul. Ini adalah kesilapan yang kami temui, sila lulus ia bersama-sama web admin anda: <Tidak diketahui>: 18:29: tidak dibentuk dengan baik (tanda tidak sah)"

~Cara-caranya untuk pulihkan kembali connection Networked Blog adalah seperti gambar di bawah:

Pastikan link di 'Feed Link' seperti berikut: http://NAMABLOG.blogspot.com/feeds/posts/default. Tulisan biru tu gantikan dengan nama link Blogspot korang, pastikan link di tulisan merah korang tak tertinggal. Contoh: http://princesskittyku.blogspot.com/feeds/posts/default. Kemudian save!

Jika anda berjaya akan keluar image macam ni. Good luck yer.. ^_^

Tutorial Buka Template Baru Di Autocad

Salam semua..sambil-sambil saya buat kerja tetiba tergerak hati plak nak buat Tutorial ni. Mesti ramai yang konfius pasal Program Autocad ni kan..bagi orang baru nak mengenali Autocad ni memang pening sikit nak draw drawing di Autocad. Ada juga orang yang dah lama dalam Autocad, tp masih tak tahu nak draw dalam NEW TEMPLATE. Sekarang ni pun saya free, takde la job sangat so baik saya share tutorial ni hope ada juga yang dapat ilmu yang saya berikan.
Cara-caranya:

1. Korang open dulu Autocad korang tu, yang new templates. Bukan buka drawing yang sedia ada.

2. Kemudian Korang pergi ke "Format". lepas tu klik 'Dimension Style', Contoh seperti gambar di atas.

3. Klik 'Dimension Style' contoh seperti gambar di atas.

4. Kemudian akan keluar image macam ni, lepas tu kalau korang nak letak nama apa-apa pun boleh di 'New Style Name' dan klik 'Continue'.

5. Akan pop up image macam ni, di 'Lines', Symbols and Arrow dan 'Text'.. korang bleh tukar warna yang korang mahukan seperti gambar di atas ini.


6. Klik 'Symbols and Arrows', pilih simbol arrow yang korang nak kemudian lihat di kotak 'Arrow size' tukar menjadi saiz yang korang nak..contoh 10 atau apa-apa nombor yang korang rasa sesuai dengan drawing yang hendak dilukis.

7. Kemudian klik 'Text', lepas tu lihat kotak 'Text hight' tukar menjadi saiz yang korang nak..yang korang rasa sesuai dengan drawing yang hendak dilukis. Seperti step no. 6 tadi, lihat seperti image di atas.

8.Seterusnya klik 'Primary Units', lepas tu lihat kotak 'Precision' contoh seperti gambar di atas. Pilih pilihan yang korang nak.

9. Last sekali klik 'Ok'..kemudian klik 'Set Current' dan klik 'Ok'. Done! Korang boleh start draw....

Kalau ada pertanyaan..sila komen.. ^_^

Tutorial Masukkan Subtitle/Senikata Di Movie

Oleh sebab saya ada sharing Subtitle di entri saya yang lepas, mungkin ada yang tak tahu nak masukkan subtitles. Cara dia senang jer..ikut step yang diberi.

Cara-caranya:

1. Bagi yang tak ada player movie download VLC Media Player dahulu, atau jenis-jenis player yang anda rasa selesa dengannya. Tapi saya suka VLC Media Player sebab simple dan senang guna.

2. Buat 1 folder untuk movie atau filem, contoh gambar seperti di atas.

3. Download subtitles/senikata untuk movie anda.

4. Paste/tampal kan di dalam folder movie ada, seperti gambar di atas yang kotak yang berwarna merah.

5. Play VLC Media Player untuk mainkan movie anda. Right click lepas tu click subtittles kemudian click Add Subtitle File.(Contoh seperti gambar di atas)

6. 1 folder akan keluar lepas tu pilih subtitle yang anda download tadi dan click open. DONE!

Enjoy dengan movie anda.  ^_^

Subtiles Malay/Senikata Melayu Dalam Filem

Saya nak share subtitles malay atau senikata melayu dalam filem. Mesti ramai yang tercari-cari subtitles untuk filem kan. Kalau ada pun banyak pautan iklan-iklan atau ntah pape yang di pautkan. Di sini saya nak kongsikan bersama pembaca blog ini tanpa iklan..tanpa pautan selain subtitles sahaja. ^_^
Filem Hollywood Subtittles
  1. Legally Blonde(2001)-Malay Subtitles (Edit Correction)
  2. Legally Blonde 2 (2003)-Malay Subtitles  (Edit Correction)
  3. The Princess Diaries(2001)-Malay Subtitles (Edit Correction)
  4. The Princess Diaries 2(2004)-Malay Subtitles (Edit Correction)
  5. Another Cinderella Story (2008)-Malay Subtitles
  6. Mirror Mirror (2012)-Malay Subtitles (Edit Correction)
  7. 17 Again (2009)-Malay Subtitles
  8. Scary Movie (2006)-Malay Subtitles
  9. The Man In The Iron Mask (1998)-Malay Subtittles
  10. Brave (2012)-Malay Subtittles
  11. Robot and Frank (2012)-Malay Subtittles
  12. Bring It On All Or Nothing (2006)-Malay Subtittles
  13. War Of The Worlds (2005)-Malay Subtittles
  14. Haywire (2011)-Malay Subtittles
Drama Korea Subtittles
  1. Winter Sonata Full Episod Subtitles


Untuk permintaan subtitles filem atau drama korea atau pun subtitle bahasa selain Malay sila komen di bawah ini, saya akan tunaikan permintaan anda. Untuk lebih perhatian, sila komen atau inbox di Halaman Facebook Kucingku My Cats kerana saya selalu online di sana.

~jika file ini rosak/broken atau tak boleh download..please komen, saya akan memperbaharui file ini..tq

Keistimewaan Kucing Yang Kucing Tidak Tahu

Topik kali ni mengenai 'Keistimewaan Kucing Yang Kucing Tidak Tahu'.. mesti ramai yang pelik kenapa saya post entry macam ni. Tapi sebenarnya apabila dihitungkan mengenai isu tajuk ni memang ada juga di antara kita yang tidak tahu mengenai kucing, malah kucing lagi la..tak tahu yang dirinya begitu istimewa buat manusia. Jom kita semak:
 Kucing tidur 16 jam sehari dan tiada sesiapa memanggil ia pemalas.

 Kucing sentiasa tidak berpakaian seurat benang pun tetapi tetapi tidak dianggap menyakitkan hati.

 Kucing tidak rasa terhina apabila dipanggil pussy cat..(tengok la cerita kartun Tom & Jerry)

 Kucing mempunyai hamba yang menjaga segala keperluan dirinya malah hambanya tidak perlu dibayar gaji,makan & minum.

 Kucing tidak dianggap gatal atau gila se** kerana suka duduk diriba manusia atau bertenggek di atas manusia.

 Kucing boleh membuang najis di mana-mana tanpa ada perasaan malu dan bersalah.

 Kucing adalah haiwan peliharaan paling popular di dunia.

 Kucing adalah peneman manusia dikala suka-duka yang paling berkesan.

 Kucing mempunyai 9 nyawa.

 Kucing pernah dianggap tuhan semasa zaman Firaun.

 Kucing adalah haiwan termahal.

 Kucing sentiasa dianggap paling comel meskipun mereka mempunyai pelbagai rupa dan tingkah-laku.

 Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.a.w.

p/s: jangan maree...

Jangkitan Mata Kucing: Gejala, Diagnosis, Prognosis dan Rawatan

Apabila kucing berkelip luar biasa, menggosok mata dan bertaik mata boleh menjadi tanda-tanda jangkitan mata. Masalah mata disebabkan oleh ejen berjangkit seperti bakteria atau virus adalah perkara biasa bagi kucing, di bawah ini ada beberapa tanda-tanda klinikal yang dialami kucing.

Punca Jangkitan Mata Pada Kucing

Walaupun penyakit lain banyak memberi kesan kepada mata kucing, namun agen jangkitan adalah salah satu punca paling biasa penyakit mata kucing. Kucing yang dijangkiti yang berada berhampiran dengan kucing lain adalah satu risiko yang akan menjangkiti kucing lain dan juga sukar untuk pulihkan mata kucing kerana keadaan yang sesak dan bakteria makin membiak.

Kebiasaannya kucing kecil, senang terkena jangkitan mata oleh bakteria dan virus. Bakteria Chlamydia dan Mycoplasma adalah dua bakteria diagnosis. Kucing herpesvirus jenis 1 sering terkena virus, tetapi virus lain seperti calicivirus juga boleh menyebabkan jangkitan mata. Jangkitan mata sering berlaku pada kucing kecil kerana sistem imun mereka yang lemah dan mereka yang terdedah kepada persekitaran tekanan tinggi seperti tempat perlindungan, namun begitu kucing-kucing lain juga berisiko akan terjejas.

Ada juga kes lain kucing dewasa yang berada di persekitaran yang baik secara tiba-tiba mendapat jangkitan mata mungkin mereka mendapat jangkitan oleh masalah-masalah lain. Penyumbang utama yang terjadi mungkin disebabkan Trauma pada mata, penyakit autoimun, kanser dan sistemik jangkitan virus seperti kucing leukemia (FeLV) dan virus kucing immunodeficiency (FIV).

Gejala Jangkitan Mata Kucing

Ibu bapa kucing boleh menunjukkan beberapa tanda jangkitan, termasuk:

  • Putih mata boleh menjadi merah.
  • Pelepasan okular boleh terjadi dan menyebabkan urat mata nampak dengan jelas, mata berkelip-kelip dengan kerap dan selalu menggosok mata.
  • Taik mata boleh menyebabkan kelopak mata menonjol kerana boleh menyebabkan mata membengkak 
  • Kucing anda mungkin mempunyai tanda-tanda klinikal lain seperti jangkitan pernafasan atas, seperti bersin atau selsema.

Gejala-gejala ini boleh menjejaskan kedua-dua mata. Ia adalah perkara biasa bagi kucing yang menunjukkan salah satu daripada gejala di atas, terutamanya pada awal jangkitan.

Diagnosis Pada Jangkitan Mata Kucing

Bertemu dengan doktor haiwan adalah penting untuk mengetahui masalah dengan tepat. Disamping itu doktor haiwan dapat melakukan ujian diagnostik yang paling sesuai untuk kucing anda. Ujian akan dilakukan dengan menilai mata si colmel anda iaitu tanda-tanda trauma, seperti tanda-tanda sistemik jangkitan pernafasan atas, dan menilai semua struktur mata.

Doktor haiwan akan mengambil swab kecil atau mengambil sel-sel dari kawasan radang yang dijangkiti untuk diuji. Jika terdapat masalah, doktor haiwan juga akan mencadangkan ujian tambahan seperti mengambil darah untuk memastikan tidak ada masalah yang lebih besar yang perlu ditangani.

Prognosis Pada Jangkitan Mata Kucing

Prognosis adalah jangkitan rumit yang sangat baik. Jangkitan bakteria biasanya bertindak balas dengan baik kepada rawatan yang sesuai, kerana boleh menghadkan bakteria dari merebak.

Masalah lain boleh berlaku seperti FIV, neoplasia atau kecacatan anatomik dan prognosis jangka panjang bergantung kepada kritikal penyakit yang dialami. Malah dalam kes-kes ini, jangkitan mata boleh dirawat dengan mengasingkan kucing ke kawasan yang baik.

Rawatan untuk Jangkitan Mata Kucing

Jangkitan bakteria boleh dirawat dengan antibiotik, biasanya dalam bentuk cecair. Rawatan oral biasanya tidak ditunjukkan.

Walaupun virus jangkitan mata boleh hilang dengan sendirinya, namun ramai doktor haiwan masih mengesyorkan antibiotik kerana ia adalah sesuatu yang baik kepada kucing yang mendapat jangkitan pada kedua-dua mata yang dijangkiti dengan serentak. Kes yang kritikal doktor haiwan akan mengesyorkan ubat anti-virus.

Perlu diingat bahawa gejala jangkitan pada mata kucing adalah sama namun kita harus membawa si comel melakukan checkup oleh doktor haiwan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Walaupun jangkitan mata adalah perkara biasa bagi kucing namun penyakit-penyakit lain seperti glaukoma, badan-badan lemah atau kecacatan anatomi mungkin kelihatan sama dengan jangkitan mata. Jika kucing anda menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan, selepas diberi antibiotik sila segera untuk berjumpa dengan doktor haiwan untuk tindakan langjut.

Bagaimana Membuat Kucing Anda Menyukai Anda?

Adakah anda mahu kucing anda menyukai anda? Ia mungkin mengambil sedikit masa, tetapi sangat berbaloi apabila kucing menyayangi kita seperti mana kita menyanyangi mereka.
Langkah-langkah:

1.Beri perhatian kepada kucing anda. Sukar untuk kucing menyukai seseorang apabila anda tidak memberi perhatian kepada mereka. kucing sering menunjukkan sikap mereka kepada anda supaya anda mengambil berat tentang mereka. Tetapi jangan terlalu memberi perhatian kepada mereka kerana adakala sikap mereka akan menjadi keterlaluan.

2.Cuba menjaga kucing anda daripada mereka mendapat masalah. Anda mahu kucing anda tahu bahawa mereka selamat dan dilindungi ketika bersama anda. Jika mereka tahu anda sentiasa melindungi mereka, mereka akan mengasihi anda.
Oyen kucingku sayang

3.Untuk makanan. Jangan menukar makanan mereka ke makanan yang lain dengan drastik. Apabila mereka melakukan sesuatu yang baik cuba memberi ganjaran kepada mereka.

4.Apabila anda keluar biarkan kucing anda di luar untuk mendapat kedamaian dan ketenangan atau jika kucing anda pandai menggunakan litter box biarkan mereka berada di dalam rumah. Jika anda perlu meninggalkan mereka untuk satu jangka masa, pastikan kucing anda mempunyai makanan dan minuman yang mencukupi dan apabila anda kembali mereka sentiasa menunggu anda dengan sihat. Pastikan kucing anda tahu anda merindukannya.

5.Apapun personaliti mereka, mereka lebih suka bebas. Jika dia tidak memberi perhatian kepada anda , mungkin mereka sedang memerhati burung di luar atau apa-apa sahaja yang menarik perhatian mereka ketika itu, jangan risau kerana mereka begitu hanya perlu seketika.
Sama seperti kita, kucing memerlukan ruang peribadi mereka juga! Ingat jangan terlalu mengongkong mereka kerana kucing tidak suka kita melayan mereka seperti itu.

6.Jika kucing anda berbulu panjang sikap bulu kucing anda dengan kerap kerana mereka mempunyai banyak bulu yang gugur yang masih melekat di badan mereka, mereka akan rasa lebih disayangi. Anda juga boleh memberus gigi mereka, dapatkan berus khas dan ubat gigi dari doktor haiwan anda. Memberi kasih-sayang kepada kucing anda membuatkan kucing semakin menyayangi anda.

7.Jangan banyak mengejar mereka dan biarkan mereka datang kepada kamu kemudian jemput mereka ke atas riba anda, jangan pula mengheret mereka.
Oyen sentiasa dalam kenangan

8.Apabila kucing anda hendak tidur dan ingin melihat anda, anda datang kepada mereka dengan suara yang menenangkan mereka.

9.Pastikan litter box bersih supaya mereka tidak mencari tempat baru untuk membuang. Jangan secara drastik menukar jenama pasir, campurkan kedua-dua jenama supaya lama-kelamaan bau pasir lama akan menghilang.

10.Biarkan kucing anda datang kepada anda. Kucing tidak suka melihat muka anda ketika anda lebih tinggi dari mereka, kucing mungkin akan berfikir anda akan menyerang mereka!

11.Bercakap dengan kucing anda. Ini mungkin bunyi gila. Tetapi selepas itu mereka akan mula memahami anda. Mereka suka anda mengambil berat dan mendengar suara anda. Selepas beberapa ketika mereka akan mengenali perkataan-perkataan yang berbeza.

12.Jika kucing anda telah melakukan sesuatu yang betul pada kali pertama berikan mereka ganjaran seperti makanan atau sebagainya.

13.Beri kucing anda sedikit ruang. Ia tidak suka jika anda sentiasa memberi perhatian kepada mereka, mereka pun mahu tidur dengan aman dan jangan mengganggu mereka biarkan mereka berehat.
mama rindu pada Oyen

14.Apabila anda pulang ke rumah, perlahan-lahan berjalan ke depan dan membongkok ke bawah untuk mengambil kucing anda. Kucing seperti kita apabila berada di tahap yang sama mereka akan rasa lebih selamat. Ia menakutkan mereka apabila mereka perlu melihat ke atas dan melihat gergasi yang menakutkan! (Bukannya takut kepada anda tapi mereka takut dengan ketinggian anda).

15.Apabila anda duduk dan anda mahu ia datang kepada anda, letakkan tangan anda di atas kaki anda, pastikan anda meninggalkan ruang yang mencukupi bagi mereka untuk melompat di atas riba anda.

16.Tawarkan susu kepada mereka dengan jumlah yang kecil. Kebanyakan kucing suka susu, jika kucing minum susu terlalu banyak, mereka boleh jatuh sakit. Kebanyakan kucing. Susu sering menyebabkan kucing cirit-birit, anda boleh mencari susu laktosa di kedai-kedai, yang dibuat khas untuk kucing.

17.Bermain dengan mereka. Gunakan tali atau mainan untuk berinteraksi dengan mereka, pastikan anda berinteraksi dengan mereka supaya mereka berseronok bermain dengan anda.

18.Jika kucing anda bergesel kepada anda bermakna dia menyukai anda.
sifat manja Oyen sentiasa di hati

19.Jika di rumah anda, ada tinggal dengan ramai orang, biarkan kucing mengenali siapa yang selalu sediakan makanan kepada mereka. Lama-kelamaan kucing akan membiasakan diri dan terus akan datang kepada anda jika mereka terasa lapar.

20.Cuba memberi makan kepada kucing anda dengan tapak tangan atau hujung jari anda supaya mereka tahu bahawa mereka boleh mempercayai anda.

Kucing vs Anjing

Saya nak share pasal Kucing vs Anjing sebab ini adalah binatang peliharaan paling popular di dunia. Mesti ramai yang nak tahu info tentang kedua binatang yang comel ni. Sifat Kucing adalah lebih berdikari dan suka aktiviti yang mencabar. Manakala sifat Anjing sangat setia dan taat pada tuannya tetapi memerlukan perhatian dan senaman yang lebih. Jom semak perbandingan.

Perbandingan:
Bil
Info




1
Keluarga:
Felidae
Canidae (Canis lupus familiaris)
2
Jenis:
Haiwan
Haiwan
3
Filum:
Chordata
Chordata
4
Kumpulan:
Mamalia
Mamalia
5
Golongan:
Karnivor
Karnivor
6
Baka:
Felis
Canis
7
Spesies:
F. catus
C. lupus familiaris(Anjing bela jinak)
8
Jangka Hayat :
12-25 tahun
12-20 tahun
9
Keupayaan memburu:
Cekap dalam memburu
Kurang cekap
10
Kos tahunan:
RM 450+
RM 660+
11
Penjagaan :
Rapi terutama sekali baka berbulu panjang
Senang dijaga namun berbeza dengan Anjing berbulu panjang namun tidak serumit Kucing berbulu panjang.
12
Kos Perubatan:
Lebih kurang RM160+ setahun
Lebih kurang RM290+ setahun
13
Latihan di rumah:
Mudah dilatih untuk menggunakan litter box
Sukar menggunakan litter box namun jika di ajar dengan betul pasti anda berjaya
14
Keseorangan:
Boleh ditinggalkan sendirian di siang hari
Jika perlu, boleh ditinggalkan sendirian di siang hari, tetapi biasanya memerlukan perhatian sepanjang hari.  Berbeza-beza Antara baka .
15
Ruang:
Boleh tinggal di pangsapuri kecil
Bergantung kepada baka
16
Kasih Sayang:
Sangat penyayang terhadap tuan mereka, tetapi mereka lebih suka bebas.
Penyayang jika dijaga
17
Perlindungan:
Tidak memberi pelindungan kepada tuan mereka.
Sentiasa melindungi tuan mereka serta harta benda tuam mereka
18
Bagus untuk kanak-kanak:
Bergantung kepada kucing
Sesetengah Anjing berbahaya pada kanak-kanak
19
Tenaga:
Secara amnya pemalas kerana kucing lebih suka tidur  sehingga mencapai 16 jam sehari
bergantung kepada umur dan baka
20
Bersiar-siar:
Sesetengah kucing suka bersiar-siar
Kebanyakan anjing suka bersiar-siar di taman  tetapi bergantung kepada sesetengah Anjing

Resepi Mee Goreng Sedap

Mee goreng ni saya dapat idea daripada zaman masa saya kecil, ada kedai makan di kampung saya yang jual mee yang sangat sedap. Sekarang ni pak cik tu dah tutup kedai..mungkin sebab dah tua..saya tak dapat rasa lagi masakan mee goreng pak cik tu..memang frust juga. Di kampung saya memang orang ramai suka sangat beli mee goreng kat situ sebab mee goreng pak cik tu memang sedap. Masa pak cik tu masak saya memang tekun tengok cara dia masak, so saya tahu sikit-sikit bahan apa yang pak cik tu letak. Tapi cara masakan saya mungkin tak sehebat pak cik tu tapi saya sangat puas hati dengan masakan saya. Kalau anda nak cuba boleh juga ^_^
Bahan-bahan: 
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • Cili kering 
  • 3 biji bawang merah kecil 
  • 2 ulas bawang putih kecil 
  • Sos cili thai..kalau nak cuba sos lain pun boleh..ikut citrarasa.. 
  • Kicap manis 
  • 1 biji telur...untuk 1/2 mee bungkus yg mentah tu.. 
  • Sayur sawi 
  • Tauge 
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh ajinamoto 
  • Secubit gula 
  • Sedikit minyak masak
  • Seketul ayam atau daging dipotong kecil dan direbus dengan sedikit air kemudian air rebusan disimpan. 

Cara-cara: 
  • Blander bahan merah
  • Masuk minyak untuk menumis
  • Masuk bahan biru apabila minyak panas
  • Masuk bahan blander 2 atau 3 sudu
  • Gaul sekali sekala jangan sampai hangit dan tunggu sampai pecah minyak 
  • Masuk sos cili dan kicap (agak2 je byk mne..bagi balance dengan mee) 
  • Masuk garam,ajinamoto dan gula 
  • Masuk ayam atau daging yang direbus tadi bersama sedikit air rebusan dan kacau.. 
  • Masuk telur tunggu sampai telur tu sedikit masak 
  • Masuk sayur sawi dan gaul..kalau kering tambah air rebusan ayam atau daging tadi 
  • Masuk mee dan kacau..kalau warna nampak pucat tambah lagi kicap bagi hitam sikit mee tu, kemudian gaul
  • Last sekali masuk tauge... 
  • Tutup api
  • Siap
p/s: kalau kering tambah je air rebusan tadi bagi mee tu basah sedikit untuk yang suka mee goreng yang tak terlalu kering.

Cara Upgrade Samsung Galaxy S Advance I9070 Ke Android 4.1.2 Jellybean

First sekali saya happy sangat, sebab saya berjaya upgrade my phone ke jellybean 4.1.2. So di sini saya ingin kongsikan dengan anda semua tutorial 'Cara Upgrade Samsung Galaxy S Advance I9070 Ke Android 4.1.2 Jellybean'
Samsung Galaxy S Advance I9070
Download File
  1. Download firmware android 4.1.2 jellybean dan extract dalam satu folder kemudian save di pc/laptop.
  2. Download Odin 3.07 save dan extract.
  3. Pastikan backup perkara penting dalam phone anda contact/mesej or sebagainya.
Untuk Upgrade
  1. Off kan phone.
  2. Masuk ke download mode dengan tekan butang home + volume up + power secara serentak.
  3. Buka software Odin 3.07 tadi dan sambungkan usb ke phone.
  4. Tunggu sehingga Odin detect phone(tunggu dengan sabar..sy tunggu hampir 1jam lebih) sehingga kotak ID:COM menjadi warna biru atau kuning.
  5. Lihat pada Odin ada kotak PDA. Klik di PDA dan pilih file HOME_I9070XXLPZ_I9070SERLPZ_660490_REV00_user_low_ship.tar.md5 yang di extract tadi.
  6. Pastikan jangan klik apa-apa di Odin.
  7. Tekan butang start di Odin dan tunggu sehingga proses selesai.
  8. Perkataan "PAS" akan keluar dan bermakna anda telah berjaya upgrade phone anda ke 4.1.2 jellybean!
Selepas BERJAYA
  1. Off kan phone(cabut bateri dan pasang balik)
  2. Masuk ke mode recovery dengan cara tekan butang home + volume up + power dengan serentak.
  3. Pilih Wipe data/factory resect dan wipe cache.
  4. Pilih wipe data kemudian wipe cache.
  5. Reboot phone setelah selesai proses di atas.
Mudah sebenarnya kalau ikut step by step, untuk permulaan mungkin agak berat dan boleh reboot sekali lagi. Apapun yang berlaku adalah tanggungjawab anda. Untuk tutorial phone Samsung jenis lain klik line di sini. Kredit by 'Soleheen.com'

Kucing Sphinx - Kucing tak ada bulu

RENUNGAN mamalia berwarna putih kemerahan dengan tompokan bulat kebiruan dan ekornya yang panjang tirus dari jauh sudah membuatkan perasaan membuak-buak untuk mendekati dan menyentuh haiwan itu.

Aneh. Itu perkataan pertama yang terpacul dari mulut melihat kucing bernama Tutankhamun Naked dan Qabilah Osmond Naked kerana tubuh kedua-dua mamalia itu tiada bulu, matanya pula bulat bak buah badam manakala telinganya agak besar jika dibandingkan dengan kucing yang biasa dilihat di negara ini.

Namun, spesies kucing yang memiliki kepala yang kecil dengan leher panjang itu membuatkan perasaan teruja seketika. Apabila disentuh, rasanya umpama kain baldu dan kadangkala seperti memegang lapisan getah.

Itu antara ciri-ciri nyata baka kucing Sphynx yang turut mempunyai kaki yang panjang, kulit kepala dan leher yang berkedut serta tapak kaki yang unik.

Asal usul Sphynx

Mengimbau kembali kemunculan kucing tanpa bulu, ia ditemui di Ontario, Kanada pada tahun 1966 apabila kucing tempatan berbulu pendek yang mempunyai warna hitam dan putih bernama Elizabeth kepunyaan Micalwaith melahirkan seekor kucing jantan tanpa bulu bernama Prune.

Apabila Prune telah dewasa, ia dikacukkan pula dengan ibunya lalu terhasil kucing tanpa bulu malah, setengahnya diimport ke Eropah.

Baka Sphynx pertama yang diimport adalah dari Kanada ke Belanda oleh seorang pembiak kucing, Hugo Herenandez yang memiliki kucing bernama Punkie dan Paloma.


Dari masa ke semasa, pembiakan kucing itu semakin berkembang melalui proses mutasi dengan beberapa spesies kucing lain agar baka kucing tanpa bulu tidak pupus.

Bagi yang pertama kali melihat mamalia itu, mereka mungkin menganggap kucing berkenaan dijangkiti penyakit. Mungkin juga, ada pihak yang mengandaikan pemiliknya mencukur bulu haiwan terbabit.

Bagaimanapun, seorang pembiak baka Sphynx dari Kajang, Selangor, Norhayati Zakaria, 51, mahu orang ramai mengetahui lebih lanjut mengenai haiwan yang dikatakan agak sukar ditemui di Malaysia itu.

Menjelaskan lebih lanjut, Norhayati memberitahu, antara cabaran memelihara kucing Sphynx adalah usaha mendapatkan baka tulen yang berkualiti dari segi standard daripada pembiak yang sudah berjaya.

"Selain sukar mendapatkan pembiak yang telah berjaya, kos juga memainkan peranan penting kerana ia agak mahal dan baka tersebut perlu diimport dari luar negara memandangkan ia terlalu terhad dan hampir tiada di negara ini.

"Kos tersebut termasuklah harga kucing dan kos pengangkutan di samping pertukaran nilai mata wang yang tinggi," katanya yang memiliki kira-kira tujuh ekor kucing baka Sphynx.

Karakter Sphynx

Norhayati yang juga pembiak kucing berdaftar dengan sebuah pertubuhan dunia, Federation International Feline (FIFe), faktor utama dia tertarik kepada kucing berkenaan disebabkan sifatnya yang lincah, sangat manja, aktif dan paling penting spesies ini mempunyai sifat tersendiri.

"Kucing ini suka dibelai dan akan merajuk jika tidak dihiraukan.

"Jika terasa sejuk, haiwan ini bijak mencari tempat yang boleh menghilangkan kesejukan seperti di bawah kain selimut atau tidur di sebelah pemiliknya," ujarnya yang turut memelihara kira-kira 50 ekor kucing pelbagai spesies di rumahnya.

Bagaimanapun terangnya, sebelum memelihara sebarang baka kucing, individu yang berminat memelihara kucing itu perlu memahami serta mempelajari serba sedikit mengenai kucing berkenaan sebagai panduan.

Malah, untuk memiliki baka Sphynx, Norhayati memberitahu, peminat dinasihatkan mendapatkannya daripada pembiak berdaftar sama ada dalam negeri atau luar negara agar ketulenan baka dapat ditentukan dengan baik.

Akuinya yang memelihara baka dari jenis Canadian Sphynx, ada juga kucing yang dibiakkan di dalam negara malah, dia sendiri salah seorang pembiak itu. Namun, bukan mudah melakukannya kerana ada etika tertentu yang mesti dipatuhi.

"Saya membiak Sphynx secara terhad kerana saya tidak mempunyai banyak baka kucing itu selain tidak membiaknya secara komersial," jelasnya.

Melalui pengalaman Norhayati sebelum ini, tidak ada negara tertentu yang dianggap paling baik dalam pembiakan Sphynx kerana hampir seluruh dunia mempunyai pembiak baka Sphynx tulen.

"Kebanyakan pembiak di luar negara tidak mudah menjual baka Sphynx kepada peminat dari negara lain kerana mereka mengutamakan kriteria tertentu.

"Nilai kucing ini sebenarnya ditentukan melalui standard atau profil baka itu sendiri. Jika ia jenis kualiti pertunjukan maka nilainya juga bersesuaian dengan statusnya itu," tuturnya yang juga Setiausaha Kelab Kucing Malaysia.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Aneka Haiwan, Bahagian Pembangunan Komuniti Ternakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr. Fadzilah A'ini Abdul Kadir memberitahu, kewujudan baka kucing tanpa bulu terbabit disebabkan oleh faktor genetik.

Terang beliau, apabila berlaku kacukan antara ibu dan anak kucing berkenaan melalui proses silang balik (backcrossing), maka akan ada satu hasil anak daripada gen resesif.

Namun, tidak semua kucing Sphynx memiliki gen resesif kerana terdapat juga antara baka itu memiliki gen dominan.

"Gen resesif merujuk kepada gen yang mempunyai ciri-ciri tidak menarik. Sebagai contoh, ia juga juga boleh menyebabkan albino.

"Lain pula bagi situasi kucing ini. Setelah dihasilkan melalui proses silang, ramai pula yang sukakannya dan lama-kelamaan ia disebarkan ke merata tempat," katanya.

Menurut Fadzilah, kucing Sphynx sebenarnya mempunyai bulu tetapi, ia tidak begitu ketara kerana bulunya sangat halus, pendek serta memiliki warna yang cerah seperti bulu roma (vellus hair) yang terdapat pada bayi atau muka wanita.

"Kucing ini mempunyai bulu terutama di bahagian hidung dan belakang telinga jika diteliti. Oleh kerana kekurangan bulu, kucing ini mudah sejuk," katanya.

Ada sesetengah pihak berpendapat kucing ini sesuai dipelihara individu yang mengalami alergik terutama pesakit asma memandangkan kucing berkenaan tiada bulu.

Bagaimanapun dedah Fadzilah, alergik terhadap kucing itu tetap berlaku akibat penghasilan protein yang dikenali sebagai Fel d1 oleh kucing itu dan selalunya berada dalam air liur dan peluh yang mungkin boleh menyebabkan alahan.

"Bagaimanapun, ia masih selamat dipelihara oleh pesakit asma berbanding kucing yang mempunyai banyak bulu," jelasnya.

Copy From : Kosmo

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com