PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

RESEPI SAMBAL DAN AYAM PENYET YANG SIMPLE

Masakan "Ayam penyet" berasal dari negara Indonesia dan agak popular di Malaysia. Maybe masakan Ayam Penyet begitu dekat dengan makanan orang-orang Malaysia so makanan ini tak begitu asing bagi rakyat malaysia. Resepi ni saya dah cuba sendiri dan bagi saya sangat sedap..hubby saya pun suka ^_^

Bahan-bahan untuk SAMBAL
  • 3 biji bawang merah sederhana besar (dihiris 5-6)
  • 4 ulas bawah putih (dihiris 2)
  • 1/2 genggam cili kecil
  • Sedikit halia (dihiris kecil-kecil)
  • 1 biji buah Tomato (potong 6)
  • 1/2 genggam ikan bilis
  • Belacan (ikut suka anda berapa banyak anda suka)
  • Minyak masak untuk menumis dan goreng ayam
  • Sedikit gula merah
  • 1 biji limau nipis/kasturi (untuk ambil jus n sebagai perhiasan)
Cara-cara: 
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali
  • Masukkan bahan berwarna biru apabila minyak sedikit panas
  • goreng sehingga agak-agak garing kemudian tutup api dan masuk dalam bekas
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali lagi
  • Masuk bahan berwarna merah apabila minyak panas
  • Tumis bahan berwarna merah sampai sedikit layu kemudian tutup api dan masukkan bahan merah ke dalam bekas.
  • Tumbuk bahan berwarna merah (jangan terlalu lumat)
  • Kemudian masukkan ke dalam bekas
  • Tumbuk bahan berwarna biru (jangan terlalu lumat)
  • Kemudian masukkan ke dalam bekas, campurkan dengan bahan berwarna merah
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali
  • Masukkan kesemua bahan berwarna merah dan biru dan juga 1 sudu atau 2 sudu gula merah apabila minyak sedikit panas
  • Masak sampai kesemua bahan masak
  • Tutup api dan angkat..letakkan limau nipis sebagai perhiasan, anda juga boleh perahkan limau nipis ke dalam sambal tadi. Done!

Bahan-bahan untuk AYAM PENYET DAN NASI
  • 4 ketul ayam (ikut suka hati korang nak banyak mana)
  • 4 ulas bawang putih (kalau ayam lebih..lebih kan bawang putih)
  • sedikit halia (dihiris kecil-kecil atau diketuk)
  • sedikit gula putih (sukatan secukup rasa)
  • 2 setengah air putih (sukatan ini untuk 2 cawan beras)
  • 1 ketul kiub ayam (tak ada pun tak apa)
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu serbuk jintan putih
  • 1 sudu serbuk jintan manis
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu serbuk lada putih/sulah
  • 2 cawan beras (basuh dulu tau..)
  • Gula secukup rasa
  • sedikit halia (dihiris kecil-kecil atau diketuk)
Cara-cara: 
  • Masuk kesemua bahan yang berwarna biru ke dalam periuk
  • Rebus ayam sehingga separuh masak 
  • Asingkan ayam ke dalam bekas dan air rebusan ayam disimpan
  • Masuk kesemua bahan berwarna merah ke dalam ayam yang diasingkan tadi dan gaul sehingga sebati kemudian tutup dan perap sebentar.
  • Campur kesemua bahan yang berwarna hijau dan masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam beras yang dicampur tadi. Masak nasi sehingga masak..(saya masak guna rice cooker)
  • Kemudian ambil ayam yang diperap tadi dan goreng sampai masak 
  • Done! ^_^...selamat mencuba...sayur tambahan..korang boleh celur sayur kangkung dan makan bersama Nasi Ayam Penyet.

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com