Tanggal 15.01.2011 Comot dan Ucang telah pun di adopt. Syukur alhamdulillah, ada juga orang berkenan pada Comot dan Ucang. Sebenarnya hatiku sedih tapi inilah jalan terbaik yang aku fikirkan sebab aku tak mampu bela banyak-banyak kucing kerana kos makanan, pasir dan rawatan terlalu tinggi. Sebenarnya Comot dan ucang suamiku yang jumpa kelaparan di luar. Oleh kerana kasihan suamiku terus membawa Ucang yang kurus kering dan lemah longlai ke rumah, sebelum ini aku pernah menulis pertemuan suamiku dan Ucang. Kalau berminat mahu ketahui lebih lanjut mengenai Ucang korang click nama Ucang. Begitu juga dengan Comot, Comot hampir-hampir digilis dengan bas. Mujurlah suamiku sempat menyelamatkan Comot, kemudian suamiku terus membawa Comot pulang ke rumah. Harapan aku agar mereka terus bergembira di sana. Insyaallah!








Ucang Dan Comot Telah Di Adopt



