PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Pengenalan Vaksin Kepada Kucing

Pernahkah kucing anda menerima suntikan vaksin di klinik? Jika pernah, mungkin kita akan tertanya-tanya apakah maksud FRCP, FeLV dan FIP yang tertera pada kad klinik yang diberikan.

Kebanyakannya tidak pernah bertanya apakah makna perkataan-perkataan tersebut, dan hanya berkata kepada doktor, "Buatlah apa yang perlu".

Tidaklah salah meletakkan keyakinan itu pada mereka yang pakar, tetapi adalah lebih baik jika kita juga memahami apa yang mereka lakukan.

Sebagai pemilik kucing, amat berguna jika kita mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang beberapa penyakit yang boleh dihindari (atau dikurangkan risikonya) melalui suntikan vaksin.


Kita juga mungkin akan terkejut apabila mengetahui yang suntikan vaksin sebenarnya tidaklah bersifat pelindung mutlak, sepertimana yang kita sangkakan, malah suntikan berkala pada setiap tahun juga mungkin tidak begitu sesuai untuk kucing anda.

Tujuan vaksin adalah untuk mengajar sistem imunisasi kucing melawan beberapa penyakit berjangkit yang menyerang kucing. Adakah sistem ini perlu diingatkan pada setiap tahun?
Kiriman kali ini dan beberapa lagi pada masa akan datang mungkin agak membosankan, kerana kita akan bercerita tentang aspek perubatan dan penyakit-penyakit tertentu. Namun saya akan cuba mengolahnya kepada bahasa yang kita semua faham, dan tidak terlalu fokus kepada istilah-istilah teknikal.

Perlu ke vaksin?

Vaksinasi adalah antara beberapa perkara kontroversi sejak bertahun-tahun. Sesetengahnya berpendapat jika kucing tersebut indoor, tidak melepaskan diri dan tidak berhubung dengan binatang di luar maka tidak perlu lagi di vaksin selepas tempoh matang.

Ada juga yang berpendapat vaksinasi tahunan adalah tidak perlu tetapi yang penting adalah di vaksin secara kerap atau 2-3 kali setahun. Ada juga yang berkata vaksinasi tahunan adalah satu-satunya cara untuk selamat.

Bukan itu sahaja, jenis vaksin yang diberikan juga merupakan topik yang kontroversi. Sebab itu jika kita pergi ke 3 buah klinik dan bertanya mengenai perkara ini mungkin kita akan mendapat 3 jawapan yang berbeza. Namun begitu, setiap pendapat yang berbeza ini mempunyai hujah yang boleh diterima, dan tidak bermakna pendapat orang lain adalah salah.

Sistem imunisasi kucing yang tidak terdedah kepada mana-mana penyakit adalah tidak begitu kuat berbanding yang pernah mengalaminya. Ini kerana mereka tidak berpeluang untuk membina imuniti untuk melawan penyakit tersebut.

Sepertimana kehidupan kita sendiri, jika kita tidak pernah jatuh, bagaimana kita akan belajar untuk bangun? Sebab itu kita tidak perlu takut untuk gagal kerana ini akan mengajar kita menjadi manusia yang lebih baik.

Maka, apabila sistem imunisasi kucing dirangsang dengan penyakit, ia berpeluang untuk membina pertahanan melawan penyakit tersebut. Vaksinasi membolehkan kucing didedahkan kepada beberapa virus (dengan selamat), dan mengukuhkan imunisasi bukan sahaja melindungi dari penyakit tertentu sahaja tetapi untuk semua penyakit, secara umumnya.

Dalam masa yang sama juga, terdapat risiko yang melibatkan vaksinasi dan risiko ini meningkat dengan peningkatan kekerapan kucing kita divaksin. Kucing saya yang terakhir, Putih, mengalami kanser yang terlalu agresif dan tidak boleh dibendung lagi. Kanser ini dirangsang oleh vaksin, iaitu ia mempunyai kaitan dengan vaksin feline leukemia yang diberi secara tahunan sebagai kucing outdoor.

Suntikan yang bertujuan untuk menyelamatkan nyawa akhirnya menjadi kanser yang membunuhnya. Ada sesetengah kucing pula mengalami tumor dari vaksin tertentu, seperti feline leukemia dan rabies.

Bukan semua kucing akan mengalami kes seperti ini. Cuma saya lebih suka bersikap adil, berkongsi pengetahuan dan meraikan pendapat walaupun ianya berbeza.
Ia adalah ibarat pil Panadol. Jika kita demam, kita boleh memilih untuk makan Panadol untuk meredakan demam. Dalam masa yang sama, Panadol juga memberi risiko kepada kesihatan jika berlebihan, iaitu menjadi racun yang tersimpan di dalam hati dan buah pinggang.

Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah, vaksin adalah sebahagian aspek penting sebagai langkah pencegahan dalam penjagaan kesihatan kucing. Tetapi ramai yang salah faham dan menganggap vaksin adalah lebih penting berbanding pemeriksaan hands-on oleh doktor. Suntikan vaksin kini adalah murah sehingga ada pemilik yang mengabaikan pemeriksaan tahunan kesihatan kucing (medical check-up/annual health care).

Membuang Kuku Kucing | Declawing

Adakah anda perlu mengambil kira kaedah declawing?


Jika ada topik yang pasti akan menimbulkan perbincangan hangat dikalangan pencinta kucing, ia adalah declawing. Prosedur ini dijalankan untuk mengatasi masalah mencakar atau scratching sepenuhnya. Sesetengah pembiak kucing atau breeder dan organisasi kemanusiaan enggan meletakkan kucing kepada mana-mana pemelihara atau adopter yang tidak berjanji untuk tidak melakukan declawing. Saya sendiri tidak menyetujui prosedur declawing ini. Sesetengah negara juga mengharamkan amalan declawing ini. Setahu saya, yang banyak mengamalkan declawing ini adalah di Amerika. Saya berharap pencinta kucing di Malaysia tidak akan melakukannya sama sekali.


Declawing adalah pembedahan untuk memotong bahagian terakhir jari kaki. Bayangkan anda membuang hujung jari anda pada ruas pertamanya, begitulah gambarannya. Kulit kucing akan dijahit pada sendi yang terdedah dan kakinya akan di balut dan memerlukan masa beberapa minggu untuk pulih. Dalam kebanyakan kes, hanya kuku hadapan sahaja yang dibuang.


Declawing adalah berbeza dengan memotong kuku. Seperti anda memotong kuku, anda hanya memotongnya agar tidak terlalu panjang atau tajam. Atau anda hanya mengikirnya sedikit. Anda sama sekali tidak akan membuang kuku anda sepenuhnya, tetapi declawing akan membuang keseluruhan kuku kucing. Kuku kucing bukanlah sekadar kuku, tetapi ia adalah sebahagian daripada struktur tulangnya, malah ia bersambung dengan sendi kakinya. Kerana itu dikatakan declawing adalah proses mengkudungkan kakinya.

Walaupun prosedur ini berjaya mengatasi perilaku ganas, namun seringkali berlaku declawing ini dilakukan setelah kucing itu mencakar buat pertama kalinya dalam rumah! Yang paling dahsyat lagi adalah ada sebahagian pemelihara kucing ini menganggap ini adalah sesuatu yang rutin jika mahu membela kucing, sama seperti rutin memberi makan kepada kucing.

Scratching atau mencakar adalah semulajadi dan kucing berasa puas jika dapat melakukannya dan adalah tanggungjawab anda sepenuhnya untuk berusaha mengajarnya mencakar di tempat yang sesuai sebelum anda berfikir mahu melakukan declawing. Ada yang berpendapat bahawa declawing ini tidak mengapa jika kucing itu tidak dapat diubah langsung tabiatnya dan mengganas, namun saya tidak fikir terdapat begitu ramai pemelihara kucing yang mampu bertoleransi dengan baik. Kebanyakan mereka hanya tidak mahu menanggung risiko kerosakan perabot mereka dan akhirnya melakukan declawing.

Bagi saya, anda tidak seharusnya mengambil jalan mudah dengan melakukan declawing. Sepatutnya anda mencuba kaedah ubahan perilaku, seperti mana yang saya anjurkan di blog ini dan banyakkan bersabar. Anda juga boleh melakukan trimming pada kuku kucing agar tidak terlalu tajam tetapi lakukannya dengan berhati-hati. Tanya diri anda sendiri, adakah anda memberi pilihan kepada kucing anda?




Jika anda memilih juga untuk melakukan declawing, pastikan kucing anda sentiasa berada dalam rumah. Ini kerana tanpa kuku, kucing anda akan terdedah kepada segala bahaya yang ada di luar rumah dan dia tidak akan mampu mempertahankan dirinya. Dia tidak mampu untuk memanjat pokok atau apa sahaja untuk melarikan diri.

Kucing Anda Original Ke?

Kebanyakan kucing yang tinggal di rumah bukanlah dari baka pedigree. Kucing pedigree membawa maksud ianya dari keturunan atau baka yang mempunyai rekod, atau salasilah yang jelas. Misalnya kucing Siam, Bali, Parsi, Bengal, Maine Coon dan Norwegian Forest Cat.

Sesetengah dari kita agak salah faham mengenai perkara ini, ada yang berkata dia mempunyai kucing Parsi dan dibeli di sekian-sekian kedai tetapi apabila ditanya tentang sijil, dia tidak mempunyainya. Kucing pedigree, termasuk kucing Parsi original, mempunyai sijil dari CFA atau TICA yang mengesahkan bahawa dirinya adalah dari baka kucing Parsi.

Memiliki bentuk muka besar dan ke dalam, berbulu tebal panjang tidak beerti kucing itu adalah kucing Parsi, yang mengesahkannya adalah sijil dan hanya boleh diperolehi dari breeder yang bertauliah sahaja.

Namun begitu, jika kucing itu bukan kucing Parsi sebenar sekalipun, tidaklah membawa maksud ianya perlu dijauhi, kerana kucing tetap kucing, samada bersijil atau tidak.
Saya hanya berkongsi perkara ini kerana mahu mengelakkan diri anda ditipu pula apabila membeli kucing biasa dengan harga RM3,000 kerana menyangka ia adalah Parsi.

Kucing Yang Lain Tidak Original?

Seperti saya katakan tadi, kucing tetap kucing dan jika anda memeliharanya maka tanggungjawab anda ke atas peliharaan anda adalah sama. Kucing biasa ini bermaksud kucing yang tidak berdaftar, sama seperti ibubapanya dan dalam kebanyakan situasi, berasal dari keturunan campuran.

Kucing ini juga dikenali sebagai mix breed, domestic shorthair (DSH) atau domestic longhair (DLH). Atau nama yang lebih glamer di sini adalah kucing biasa, atau kucing kampung. Jadi, jika kita mempunyai kucing yang kelihatan seperti kucing Parsi, tetapi tidak ada sijil, maka ianya dipanggil DLH.

Hukum Memandulkan Kucing Dalam Islam

Islam adalah agama yang sempurna dan tidak ada suatu pun dalam kehidupan ini yang tidak disentuh oleh Islam. Begitu juga dengan hal memandulkan / neuter / spay / kembiri / kasi kucing peliharaan. Fatwa dan hukum yang berkaitan telah lama ditetapkan oleh ulama seluruh dunia.

Saya bukan pakar dalam penentuan hukum agama, tetapi saya hanya mengguna pakai apa yang telah ditentukan oleh ulama.
Sudah tentu mereka telah merujuk kepada nas-nas yang jelas sebelum membuat keputusan mengenainya. Saya harap kiriman ini akan dapat memberikan penjelasan bagi mereka yang masih ragu-ragu mengenainya.

Khilaf di kalangan Ulama

Pertamanya, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam hal binatang peliharaan. Jika ianya binatang ternakan, kebanyakan ulama berpendapat ianya adalah harus untuk mengkasikannya. Bagi binatang peliharaan, ada yang menegah (atas sebab-sebab tertentu), namun ada juga yang membenarkannya, iaitu dari pendapat Imam Hanafi (juga atas sebab-sebab tertentu).

Maka kita boleh bertaklid kepada pendapat yang membenarkan perbuatan mengembiri kucing peliharaan, atas sebab menjaga hubungan baik dengan jiran serta kesihatan kucing, dengan syarat pembedahan itu tidak akan membahayakan nyawa kucing itu sendiri.
Pernyataan di atas adalah kesimpulan yang boleh diperolehi di IslamOnline.com, pada pautan itu juga anda boleh melihat perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam pelbagai mazhab. 
Therefore, we say that if there is some benefit in neutering the cat and if that will not cause its death, then it is permissible.
Dipetik dari IslamOnline.com

Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan

Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
Dipetik dari FelineMalaysia.com

Tapi Masih Ada Yang Kata Haram?

Memanglah, kan telah diterangkan tadi bahawa ada pendapat yang mengharuskannya, dan ada juga yang mengharamkannya. Jika ada terdengar ustaz yang berkata ianya adalah haram, maka fahamlah bahawa dia bertaklid kepada pendapat yang mengatakan ianya adalah haram.

Tetapi haram di sini bukanlah mutlak untuk semua orang, kerana terdapat khilaf dikalangan ulama. Ia bukanlah ijma' ulama atau sepakat dikalangan ulama.
Jika anda berpegang kepada pendapat yang mengatakan ianya haram, tidak mengapa. Tetapi anda tetap perlu menjaga hak jiran anda. Jangan pula jika jiran anda bertanya kenapa tidak dimandulkan kucing jantan itu (kerana kucing anda kencing pada pasu bunganya), anda hanya pandai menjawab, "HARAM!". Anda tetap wajib membasuh kesan kencing itu sehingga hilang. Dan percayalah, kucing jantan yang tidak dimandulkan, pasti akan kencing untuk menanda kawasannya.

Cumanya, dalam suasana di Malaysia ini anda lihatlah sendiri keupayaan kita untuk menjaga kucing masing-masing. Besar sangatkah rumah di Malaysia ini? Kucing memerlukan 3 blok rumah sebagai sempadan minimum untuk kawasannya. Mana nak cari? Melainkan kawasan rumah anda sememangnya sangat luas dan confirm perlakuan kucing anda tidak akan mengganggu jiran.

Saya harap anda telah jelas dengan masalah ini. Kesimpulannya adalah, hukum mengembiri binatang peliharaan (termasuk kucing) adalah harus, bukan untuk memuaskan hati anda, tetapi untuk menjaga hubungan baik dengan jiran, kesihatan kucing serta manfaat lain, selagi mana pembedahan itu tidak membahayakan nyawa kucing itu.

Penyakit Yang Dicegah Melalui Vaksin

Biasanya kita perlukan sehingga 14 hari selepas suntikan vaksin sebelum tindakbalas imuniti berfungsi dengan sepenuhnya.
Jadi, jika kita suntik kucing pada hari ini, dia tidak akan mempunyai perlindungan imuniti sehingga sekurang-kurangnya 14 hari selepas suntikan diberi. Keputusan untuk vaksinasi terhadap penyakit-penyakit tertentu dinilai melalui beberapa faktor. Terdapat 11 jenis penyakit berjangkit yang boleh dilindungi oleh vaksin (dikeluarkan oleh beberapa pengeluar). Setiap vaksin adalah spesifik, hanya memberikan perlindungan terhadap 1 jenis penyakit sahaja (dan mungkin 1-2 penyakit ringan yang lain). Senarainya disertakan dibawah, namanya memang pelik-pelik, tapi saya letakkan penerangan ringkas di sebelahnya supaya kita mudah faham.



  • Rhinotracheitis virus/feline herpes

    • Juga dikenali sebagai FVR (Feline Viral Rhinotracheiteis) atau FRV (Feline Rhinotracheiteis Virus), menyebabkan keradangan pada mata dan hidung.



  • Calici virus

    • Seperti FVR,  virus Calici menyerang sistem pernafasan termasuk mulut dan boleh merebak ke paru-paru.



  • Panleukopenia virus

    • Juga dikenali sebagai FPV, sangat-sangat merbahaya, mudah berjangkit di kalangan kucing, menyerang sistem saraf dan imuniti. Anda MEMANG tidak mahu kucing anda dijangkiti penyakit ini.



  • Chlamydia (pneumonitis)

    • Virus ini hidup dalam sistem perkumuhan, kemaluan, pernafasan dan penghadaman, kesannya boleh dilihat pada mata dan jika dijangkiti oleh anak kucing boleh menyebabkan kerosakan paru-paru yang serius.



  • Feline leukemia virus

    • Ringkasannya adalah FeLV, sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kanser yang membunuh. Risiko tinggi jika kucing anda adalah outdoor, merebak melalui air liur (menjilat bulu, bekas makanan dll) atau gigitan (bergaduh, bermain dll).



  • Rabies virus

    • Pernah dengar penyakit anjing gila? Air liur yang sentiasa meleleh, agresif dan suka menyerang. Boleh menjangkiti manusia atau binatang lain.



  • Feline infectious peritonitis virus

    • Ringkasannya FIP, atau FECV (Feline Enteric Coronavirus), jangkitannya tidaklah serius dan biasanya kucing boleh kembali sihat. Tak banyak diketahui tentang penyakit ini, vaksin boleh kurangkan risiko tetapi jangkitan mungkin boleh berlaku juga.



  • Bordetella

    • Sangat merbahaya kepada anak kucing kerana boleh menyebabkan kematian. Lendiran tebal pada hidung dan mulut, bersin dan batuk (kucing sebenarnya jarang batuk, beri perhatian jika kucing anda batuk).



  • Ringworm fungus

    • Cacing gelang, didapati dari tanah dan najis, susah dikawal jika kucing outdoor. Boleh menjangkiti manusia tapi tidak serius, mudah diubati (kecuali anak kucing, jangkitan boleh menjadi serius).



  • Feline immunodeficiency virus

    • Ringkasannya FIV, kucing yang menghidapi FeLV berkemungkinan besar juga menghidapi FIV. Virus ini menyerang sel darah putih kucing, sama seperti AIDS pada manusia. Sistem imuniti akan lumpuh dan kucing terdedah kepada pelbagai penyakit lain, sangat merbahaya (tapi tidak menjangkiti manusia).



  • Giardia

    • Berpunca dari parasit yang hidup dalam najis kucing, sebab itu amat penting kita bersihkan kotak najisnya seberapa kerap (dan bersihkan diri anda selepas itu).  Menyebabkan kucing kehilangan nutrisi yang boleh membawa kepada penyakit lain. Boleh berjangkit pada manusia.
    Rujukan: alam kucing

    Accessories Dan Keperluan Kucingku

    Aku cuma ingin berkongsi dengan pembaca mengenai barang-barang kucingku, saja suka-suka sambil berkongsi dengan pembaca.. mana la tahu anda pun berminat hehe..barang-barang ni ada juga penting..ada juga tak penting, mengikut kehendak onwer mahu yang bagaimana yang terbaik terhadap kucing kesayangan. Kalau time gaji je mesti aku nak singgah petshop walaupun kekadang barang-barang keperluan kucingku sudah ada namun perasaan ingin bershopping untuk kucing-kucingku tetap membara. Ada saja nak membelinya biarpun hanya sekadar accessories kucing..hehe. Ingin aku persembahkan Koleksi barangan Kucing-kucing kesayanganku. ENJOY!!
    Baju Oyen dan Lolie..sorry la sedikit kotor baju-baju ini 
    sebab time snap baju ni belum dibasuh :) 
    Ubat-ubatan dan keperluan Kucingku
    Shampoo kucingku..bagus juga shampoo ni...
    makin bersinar je bulu kucingku
    Makanan kucingku brand iAMS..
    Ok la juga brand ni..
    Oyen dan Lolie suka sangat main Play Ball hehe
    Setakat ni dah 4biji bola dah aku beli..
    Kebanyakkannya hilang entah ke mana.

    Beberapa Sebab Bulu Kucing Gugur

    My cat: Oyen


    Masalah bulu kucing yang melekat pada baju, sofa, permaidani dan sebagainya adalah perkara biasa. Tetapi amat menyakitkan hati apa bila masalah tersebut makin menjadi-jadi. Masalah keguguran pada bulu kucing sering terjadi terutama pada kucing yang berbulu lebat dan panjang.

    Tahukah kamu apakah yang menyebabkan terjadinya masalah keguguran bulu kucing? Kebiasaannya Kucing akan mengalami keguguran bulu sebanyak setahun sekali dan diikuti serentak dengan pertumbuhan bulu-bulu yang baru. Tetapi ada juga kucing yang mengalami dua kali setahun dengan jumlah yang tidak terlalu banyak.

    Sebab-sebab yang lain adalah seperti Kekurangan nutrisi, kelebihan vitamin juga adalah salah satu penyebabnya. Selain itu suhu kandang atau tempat tinggal kucing terlalu panas juga boleh menyebabkan keguguran bulu kucing, pemilihan syampu sangat penting. Syampu yang tidak sesuai boleh menyebabkan keguguran bulu kucing. selain itu kutu, tungau dan kulat juga adalah musuh utama pada kucing. Seperti manusia kucing juga mempunyai gangguan hormon, ini juga adalah salah satu penyebabnya. Alahan pada ubat dan gangguan antibodi yang tidak kuat juga membolehkan masalah bulu kucing gugur

    Sedihnya Bila Dapat Tahu Lolie Sakit

    Sian Lolie..harap cepat sembuh
    Aku pun tak tahu macamana nak luahkan..hati aku sebak sangat memikirkan Lolie. Sebulan yang lalu firstime Lolie datang ke rumahku kami sambut dengan keceriaan tidak terhingga kedatangannya. Kemudian aku mandikan seperti biasa iaitu seminggu sekali. Waktu aku mandikan Lolie, dia seperti tidak sukakan air namun Lolie tidak meronta-ronta untuk melepaskan diri. Lolie tersangat cool walaupun adakalanya dia mahu keluar dari bekas mandiannya. Hampir selesai aku mandikan Lolie, dengan tiba-tiba dia kejang dan badannya seakan terinjut-injut seperti tidak terkawal. Cepat-cepat aku lapkan Lolie sambil memanggil namanya tanpa henti-henti. Hatiku berdebar kencang melihat Lolie berkeadaan begitu. Lebih kurang seminit kemudian Lolie sembuh seperti biasa. Hatiku lega tidak terkata, pada minggu berikutnya aku mandikan semua kucing-kucingku seperti biasa termasuklah Lolie. Tapi pada hari itu Lolie tidak pula sakit seperti hari pertama dia dimandikan, aku fikir mungkin Lolie sudah sembuh tapi rupa-rupanya itu hanya andaian aku sahaja. Minggu berikutnya aku tidak mandikan Kucing-kucingku seperti biasa oleh kerana aku terlalu sibuk pada hujung minggu ketika itu. Kemudian minggu berikutnya barulah aku mandikan Oyen dan Lolie. Sebaik sahaja Oyen selesai mandi, aku terus mandikan Lolie dengan air suam yang telah aku sediakan untuk kali kedua. Ini kerana aku tidak pernah mandikan kucing-kucingku dengan air paip walaupun kucing itu adalah kucing kampung aku tetap melayan mereka sama sahaja. Aku letak Lolie dalam bekas yang telah aku sediakan dan air di dalam bekas tersebut hanya paras kaki Lolie sahaja, kemudian aku sapu air ke badan Lolie dengan meratakan air keseluruhan badan Lolie walaupun agak sangat sukar sedikit kerana bulunya agak tebal berbanding Oyen, aku hati-hati ketika aku mandikan Lolie kerana kelembutkan sikapnya membuat aku risau sedikit berbanding kucing-kucingku yang lain. Lepas itu aku angkat ke lantai dan sabunkan Lolie keseluruhan badannya kecuali muka and telinga. Kemudian aku ambil air suam di dalam bekas kedua yang bekasnya terlalu kecil berbanding bekas pertama, aku jirus perlahan-lahan leher sampai ke ekor..akhir sekali aku masukkan Lolie ke bekas pertama untuk membuang baki-baki sabun yang ada. Tiba-tiba apabila aku selesai dan ingin mengangkat Lolie untuk di lap dengan tiba-tiba badan Lolie jadi kejang dan terinjut-injut sambil mengiaw-ngiaw dengan mulutnya tertutup rapat. Terkejut aku tidak terkira kerana sakitnya datang kembali. Aku lap-lapkan badan Lolie dengan tuala sambil memanggil-manggil namanya dengan nada teresak-esak. Aku rasa menyesal sangat sebab mandikan Lolie, aku rasa serba salah tidak terhingga sebak menusuk jangtungku. 2 minit kemudian Lolie sembuh kembali. Namun hatiku terasa serba-salah teramat sangat sebab mandikan Lolie, aku berjanji lepas ini aku tak mahu mandikan Lolie. Aku takut jadi sesuatu yang lebih buruk. 2 hari kemudian aku bawa Lolie ke vet dan doktor mengesahkan Lolie ada "sawan babi" disebabkan air ketika mandi. Doktor syorkan supaya kurangkan mandi, cukuplah sebulan 2 kali dan jangan lama-lama ketika mandikan Lolie. Aku harap Lolie sembuh seperti kucing-kucingku yang lain.
    Sayang Lolie

    Lolie dan Oyen Dapat Baju Baru

    Saja je nak share kt sini sebab firstime beli baju untuk kucing..sebelum ni mana pernah beli pun. Nasib baik Lolie dan Oyen suka baju ni..3hari berturut-turut aku biarkan baju kat badan kucing-kucingku. Mereka memberi respon yang baik dengan baju mereka. Cuma semalam aku buang baju mereka..bukan buang dalam tong sampah ye..buang dalam bakul..hehe..kasihan la pula tengok Lolie dengan Oyen tak boleh menjilat atau menggaru badan mereka. 
    Cantik tak Lolie pakai baju..hehe
    Lolie malu la..
    Hamsome tak oyen..hehe
    ZZZZZ....

    Letak Lagu Dalam Blog


    Korang yang baru buat blog mesti pening nak fikir cmne nak letak lagu, widget and accessories lain kan...Takpe-takpe biar sy ajarkan..tu pun kalau yg sy tahu la..tak salahkan klu kongsi ilmu kan...tp klu yg sy tak tahu tu..sorry k...heheh
    Letak lagu dalam blog click link: Music Box Accessorydalam web tu korang leh lagu favourite korang..
    Untuk widget and accessories click link: Music Box AccessoryDalam web ni korang leh pilih widget and accerssories favourite..music box pun disediakan..
    Kalau yang tak brapa yang nak faham pasal ni boleh tya sy...Ok harap korang dapat dapat reka blog yang cantik-cantik k....selamat mencuba!

    Kucing Bersin

    Kucing tidak dapat menghembuskan hidungnya untuk membuang hingus seperti manusia. Malangnya disebabkan inilah apabila kucing bersin mereka akan mengeluarkan begitu banyak 'sampah sarap'. Bunyinya seperti menjijikkan dan ya, ia memang menjijikkan..hehe. Bersin adalah tanda penyakit (tetapi tidak spesifik) yang berlaku apabila laluan nasal dirangsang oleh cairan atau ejen lain seperti debu. Tidak ada penyembuh mutlak untuk bersin kerana ia boleh berpunca dari banyak perkara. Antara penyebab bersin adalah :
    • Jangkitan viral
    • Jangkitan bakteria
    • Jangkitan fungus
    • Alahan
    • Bendasing
    Antihistamin dan semburan nasal yang digunakan pada manusia kebiasaannya tidak sesuai pada kucing. Jika anda mempunyai kucing yang bersin, perkara terbaik adalah membawanya ke pemeriksaan klinik supaya puncanya dikenalpasti dan rawatan spesifik dapat diberikan. Walaupun memeriksa hingus kucing adalah tugas yang sangat tidak seronok…tetapi warna dan kekerapannya dapat memberi gambaran berkenaan penyakitnya. Secara umumnya, jika hingusnya jernih dan berair maka tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Jika warnanya hijau, kuning atau berdarah maka pemeriksaan kesihatan diperlukan. Kucing boleh mendapat hidung berdarah dari udara kering atau kegatalan seperti manusia, tetapi hidung berdarah juga adalah salah satu tanda jangkitan serius sedang berlaku, begitu juga dengan ketumbuhan nasal.

    Alahan

    Walaupun kebanyakan kucing menunjukkan tanda alahan seperti kulit yang gatal-gatal, tapi ada juga yang bersin. Kucing boleh mendapat alahan terhadap hampir semua benda di dunia, termasuklah debunga, debu malah najisnya sendiri. Alahan biasanya menghasilkan hingus yang jernih apabila bersin. Alahan boleh dikawal tetapi tidak boleh diubati. Sangat susah untuk menentukan apakah ejen alahan yang menyebabkan kucing itu bersin. Walaupun hampir mustahil untuk menguji kucing terhadap kesemua kemungkinan ejen alahan, doktor anda boleh mengujinya dengan beberapa penyebab utama. Jika ejen yang spesifik diketahui, anda boleh cuba mengasingkan puncanya dari persekitaran kucing atau memberikan kucing anda suntikan alahan tersebut.

    Kegatalan

    Asap, bau dari produk pencuci/kebersihan atau mungkin juga rambut kita sendiri boleh menyebabkan gangguan pada laluan nasal dan menyebabkan kucing bersin. Untuk menguji samada benda tertentu menyebabkan gangguan, hanya asingkannya dari persekitaran dan bersin itu sepatutnya berhenti. Asap rokok juga boleh menjadi gangguan hebat kepada kucing dan mereka juga terdedah kepada semua risiko penyakit dari hembusan asap rokok sepertimana manusia. Ini adalah termasuk bersin, bronkitis dan juga kanser paru-paru. Saya tidak mahu nasihatkan anda supaya jangan merokok di hadapan kucing, tetapi saya nasihatkan anda supaya berhenti terus dari merokok.

    Bendasing

    Kucing sepertimana kanak-kanak, boleh terdedah kepada kemalangan, seperti hidung tersumbat oleh objek-objek tertentu. Antara benda yang sering tersumbat dalam hidung kucing adalah cebisan rumput. Jika anda mempunyai kucing yang bersin sehingga 7-8 kali berturut-turut, kemungkinan besar hidungnya tersumbat dengan bendasing. Adalah menjadi tugas yang sukar bagi doktor untuk mencari bendasing di dalam hidung kucing kecuali ianya dibiuskan. Kebanyakan kucing sangat 'tidak bersetuju' dengan idea memasukkan skop di dalam hidung mereka atau mengangakan mulut sementara doktor memasukkan probe ke belakang mulutnya.

    Bagaimana Meredakan Kucing Yang Bersin

    Kita boleh menambahkan keselesaan kucing dengan cara lapkan hidungnya dan sentiasa membersihkannya dari hingus yang meleleh. Jika kucing anda kelihatan lemas, anda boleh cuba letakkan beberapa baldi air panas dalam bilik air dan tempatkan kucing anda dalam bilik air itu (bukan dalam baldi air panas pula ye). Wap air atau stim itu boleh membantu melegakan ruang pernafasannya tapi janganlah sampai terbakar kulit.

    Bulu Kucing Sah Solat

    Sebagaimana yang telah dijawab oleh panel al-ahkam yang lain, bulu kucing bukanlah najis, oleh kerana kucing itu sendiri bukan binatang yang najis, malahan bulu kucing yang jatuh kedalam air minuman juga tidak menajiskan minuman tersebut.

    Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-
    “Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang2 al-Sunan dari Kabshah bt Ka’b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wudhu’. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :’Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, ‘Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraky?’. Aku berkata,’Ya’. Dia berkata :’Rasulullah :saw bersabda :’sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum).

    Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih (Taher) dan tidak memudharatkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seeorang itu boleh meinggalkannya sebab menjaga kesihatan” [Fatwa IslamWeb : 52034]

    Berikut adalah jawapan dari JAKIM mengenai status bulu kucing :

    Soalan : saya ada memelihara kucing di rumah saya..adakah sah sembahyang saya,jika kain sembahyang atau sejadah terdapat bulu kucing.Adakah bulu kucing ini dikategorikan sebagai najis?

    Jawapan : Sah solat saudari kerana bulu kucing bukan najis..

    Asal Usul Kucing Siam

    Siamese Cats
    Kucing Siam mudah dikenali melalui matanya yang biru dan pointed color pada bahagian telinga, muka, ekor dan kaki yang memberikan tarikan yang kontra terhadap badannya yang berwarna cerah. Kucing Siam berasal dari Thailand, yang suatu masa dahulunya dikenali sebagai kucing Siam eksotik. 
    Ianya mula dieksport pada lewat tahun 1800 ke England sebagai hadiah daripada kerajaan Siam kepada duta England yang kemudian membawanya pulang ke England. Sejak itu kucing Siam mula mendapat perhatian dan diperkenalkan di pameran kucing di England dan Amerika, seterusnya ke serata dunia. Dengan ciri-ciri garisan licin, tarikan warna kontra, bahagian kepala yang aristokrat, mata kebiruan dan kaki yang 'berkasut', kucing Siam nyata kelihatan begitu cantik dan segak. 
    Kucing Siam juga dianggap antara breed tertua dikalangan kucing lain. Mereka adalah pintar dengan personaliti suka ingin tahu dan cintakan alam sekitar. Kini baka tertua ini adalah antara pedigree yang paling popular. Satu lagi ciri istimewa kucing Siam adalah suaranya yang masyhur. Mereka merupakan kucing yang peramah dan tidak sepertimana kucing lain mereka berkomunikasi dengan kedua-dua suara dan tubuh mereka. Kucing Siam juga sangat intim dengan manusia. 


    Mereka suka ditemani dan menghabiskan masa dengan tuan mereka serta gemar duduk di riba manusia. Kebanyakan pemilik kucing Siam mendapati kecantikan dan fitrah sosial mereka dengan lapisan bulu pendek yang tidak perlu dibersihkan merupakan tarikan yang tidak dapat diendahkan. Kucing Siam bersaiz kecil hingga sederhana, tubuh yang ramping dan tampan disusuli dengan susuk dan leher yang panjang dan ekor panjang berbentuk baji. Color point yang utama adalah biru, coklat, ungu muda dan keputih-putihan. Variasi keputih-putihan adalah variasi yang paling dikenali. 


    Variasi ini mempunyai warna perang kekuning-kuningan dan segmen hitam yang ekstrim. Variasi coklat adalah yang kedua popular dengan warna krim putih pada tubuh dan coklat susu pada segmennya. Kemudiannya adalah variasi biru dengan tubuh putih kebiruan dengan segmen kelabu kebiruan. Yang terakhir adalah variasi ungu muda iaitu tubuh putih dan segmen merah jambu kekelabuan. Kucing Siam adalah kucing yang mempunyai mata yang mempesonakan dikalangan kucing lain. Matanya berbentuk almond, berwarna biru, diletakkan pada kedudukan condong yang memberikan ekspresi bijak, emosi dan bersikap ingin tahu. Ini adalah ciri terpenting yang meletakkan kucing Siam dalam kelasnya yang tersendiri.
    Siamese Cats

    Asal Usul Kucing Norwegian Forest

    Norwegian Forest Cats
    Norwegian Forest Cat merupakan breed yang berasal dari Utara Eropah dan dapat hidup dalam kawasan beriklim sejuk. Di Norway mereka dikenali sebagai Skogkatter atau Norsk Skogkatter yang mana terjemahannya adalah Norwegian Forest Cat. Breed ini adalah antara yang tertua dan muncul secara semulajadi sebagai satu penyesuaian diri oleh kucing di negara yang beriklim sejuk. Ia hanya dianggap sebagai kucing biasa sehinggalah tahun 1930-an apabila mereka muncul di pameran kucing di German. 


    Mereka juga dikatakan moyang kepada kucing Maine Coon dan Manx. Norwegian Forest Cat mempunyai double-layered coat yang tebal, telinga berjumbai dan ekor mengerbang yang panjang untuk melindungi diri mereka dari cuaca sejuk. Bulu mereka adalah kalis air disebabkan outer layer yang kasar dan underlay yang tebal serta padat. 


    Mereka adalah kucing yang besar di mana kucing jantan mempunyai berat antara 6 – 10 kg manakala kucing betina hampir separuh daripadanya. Kucing Norwegian Forest Cat (NFC) adalah kucing yang pintar, suka bermain dan gemar ditemani manusia. Mereka turut dikenali sebagai Wegie, singkatan terhadap nama baka mereka. 


    Sepertimana Maine Coon, NFC adalah baka yang sangat suka bermain dan sukakan outdoor serta pemburu yang cekap. Mereka senang menerima manusia dan binatang peliharaan lain, kadangkala juga mereka akan keluar mencari teman lain jika pemilik mereka tiada di rumah untuk menemani mereka. Mereka tidak mudah stress dan agak penyabar, menjadikan mereka sesuai berada di rumah yang mempunyai anak-anak kecil. Mereka juga begitu gemar memanjat dan menghargai pemilik yang menyediakan cat tree untuk mereka. 


    Mereka adalah gentle giants dengan perilaku yang lembut dan sangat kasih serta setia kepada mereka yang berkongsi kehidupan dengan mereka samada manusia atau binatang. NFC merupakan kucing double coat,semi long-haired dengan bulu yang kalis air untuk membantu menghangatkan badan dalam suasana sejuk di Norway. Mereka juga mempunyai bulu berjumbai pada jari kaki untuk melindungi kaki daripada kesejukan. Tulang mereka adalah kukuh dengan bahagian kepala berbentuk segitiga. Mata berbentuk almond dan bersudut pada tapak telinga. Secara keseluruhannya, NFC sememangnya mempunyai penampilan yang kacak dan segak. 


    Perwatakan NFC adalah antara ciri-ciri yang sangat disukai oleh penggemar kucing. Mereka adalah teman yang ideal untuk manusia, kucing lain mahupun anjing. Mereka amat suka berkawan, pintar, setia, bertenaga dan akan mengembalikan kasih sayang kepada tuannya berganda-ganda.  Disebabkan fitrah mereka yang tidak gentar pada apa sahaja, kebanyakan breeder mengesyorkan agar tempatkan secara indoor atau di kawasan taman rumah yang selamat. Mereka gemar memanjat dan memburu. 


    Walaupun susuk tubuh yang besar, mereka mampu menonjolkan pecutan kelajuan yang sangat mengagumkan dan memukau manusia. NFC adalah kucing yang periang dan suka mengambil tahu, walaupun pada peringkat dewasa, dan sentiasa mahukan teman tetapi ada batasnya. Mereka suka menjadi boss dan akan mendominasi rumah.
    Norwegian Forest Cats

    Asal Usul Kucing Parsi

    Persian Cats
    Kucing Parsi, yang memiliki lapisan bulu panjang beralun dan muka penyek merupakan breed yang paling popular,mungkin juga yang paling mudah dikenali. Walaupun tidak ramai orang yang boleh menamakan beberapa baka kucing, namun hampir kebanyakan mereka akan dapat mengenali dan mengingati kucing Parsi. 


    Dikatakan bahawa kucing Parsi pada hari ini telah dibawa keluar oleh pelayar Eropah pada kurun ke-17 bersama-sama permata, sutera dan rempah ratus dari pedalaman negara Parsi. Kucing berbulu panjang yang lain datang dari Turki dan dikelaskan sebagai Angora. Dipandang sebagai barang mewah, mereka akhirnya menjadi status simbol elit bangsawan. 


    Kucing ini dipanggil Parsi kerana asal-usul negara mereka namun rujukan hieroglafik terhadap baka ini ditemui seawal 1684 Sebelum Masihi menyebabkan ketidak tentuan terhadap kesahihan asal-usul mereka. Kucing Parsi mempunyai susunan tulang yang padu, diseimbangi dengan sesuai dan mempunyai eksperisi muka yang manis dan bulat. Walaupun penampilan yang besar, kucing Parsi bergerak dengan ketangkasan yang tak terduga. 


    Kucing ini juga mempunyai lapisan bulu yang panjang dan kelihatan tergantung pada badan yang tembam dan padat. Disokong oleh kaki yang pendek dan tebal. Matanya besar, bulat dan berjarak lebar dengan kepala yang bulat dan luas sementara telinga mereka kecil dan bulat. Ekor yang panjang selebar badan dan mengerbang melengkapkan gambaran fizikal kucing Parsi. Lapisan bulu kucing Parsi yang cantik ini adalah panjang dan tebal. Bahagian kolar leher kelihatan besar, tebal dan merambu diantara kaki hadapan. 


    Penjagaan rapi diperlukan dimana bulu mereka perlu disikat setiap hari dengan sikat besi untuk mengelakkan daripada kekusutan dan bebola rambut. Mandian juga diperlukan untuk memelihara kebersihan, kecantikan dan kesihatan bulu kucing. Komitmen dan masa diperlukan untuk menyikat bulu dan kebanyakan pemilik kucing Parsi berasa seronok dengan sessi menyikat kerana dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan kucing mereka. 


    Kucing Parsi dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap persekitaran dalam rumah dan secara umumnya mereka agak pendiam, tenang dan selamba. Pesonaliti yang manis dan lembut dapat diserasikan dengan baik untuk kebanyakan rumah. Suara mereka yang perlahan dan bermelodi begitu menyenangkan. Mereka berkomunikasi dengan baik dan meluahkannya melalui mata dan ini menjadikan mereka peliharaan yang sangat sesuai untuk semua golongan umur. Mereka juga sangat mengasihi dan menyayangi pemilik dan sentiasa responsif terhadapnya. Walaupun mereka selalunya tenang, kucing Parsi ini suka bermain-main dengan cara mereka sendiri. Parsi yang lembut ini sentiasa menjadi sumber ketenangan dan kesukaan manusia mejadikan mereka teman yang baik, rapat dan intim.
    Persian Cats

    Asal Usul Maine Coon



    Maine Coon Cats


    Tidak dapat dipastikan dari mana asal-usul kucing Maine Coon ini. Apa yang diketahui adalah kucing ini adalah satu-satunya breed jenis long-haired yang hidup di Utara Amerika secara native. Kucing ini mula dikenali di Maine dimana mereka disayangi kerana kebolehannya untuk mengawal populasi tikus. Kini Maine Coon dikenali dengan saiznya yang besar, perwatakan santai dan penampilan yang tampak kasar. 


    Juga dikenali sebagai gentle giant dalam keluarga kucing, adalah tidak asing untuk bertemu dengan kucing Maine Coon yang bersaiz besar berbanding kucing biasa. Kucing ini dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam cuaca yang sejuk. Maine Coon mempunyai susuk yang bersegi empat dan panjang, tulangnya besar dan penampilan keseluruhannya tegap kelihatan seperti pemburu yang hebat. 


    Maine Coon juga mempunyai mata oval yang besar, telinga dan kaki berjumbai serta ekor panjang beralun. Kucing Maine Coon sentiasa diminati kerana kecantikan dan ciri-ciri nyata seperti coat yang panjang selembut sutera namun kelihatan kasar. Bulunya lebih pendek di bahagian bahu dan panjang pada perut dan ekor. Bulunya kalis air dan mudah untuk disikat. Satu lagi ciri yang sangat menarik adalah kucing ini dilihat begitu sukakan air. Tidak memeranjatkan jika anda melihat mereka membantu pemilik mereka mengisi air mandi dalam tub atau melihat mereka merendam makanan mereka dalam air dan bermain-main dengannya. 


    Maine Coon sangat dikenali dengan sikapnya yang penyayang, kecenderungan untuk berkawan dan kebijaksaannya. Mereka dapat belajar bermain fetch dan dapat menyesuaikan diri berjalan dengan tali kekang tanpa memberi kesusahan pada pemiliknya. Breed yang menyerikan ini menjadi popular kepada mereka yang mahukan teman dalam hidup mereka. Pemilik Maine Coon menghargai keupayaannya menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan menjadikan mereka sangat versatil. 


    Maine Coon boleh dijumpai dalam beberapa warna dan corak termasuk solid, tabby, bicolor, tortoiseshells, tabby-tortoise, smoke dan shaded. Yang paling umum dan dikenali adalah warna brown-classic-tabby. Matanya besar berbentuk oval dan warnanya berbeza samada hijau, keemasan atau biru. Maine Coon agak lambat untuk matang dan memerlukan antara 3-4 tahun untuk mencapai saiz penuh sebenar.
    Maine Coon Cats

    Asal Usul Kucing Bali

    Balinise Cats
    Kucing Bali mempunyai badan yang panjang dan lampai, corak garis yang menirus dan arus bulu yang panjang dan megah. Susuk badannya mudah lentur namun cukup kukuh. Baka kucing Bali dipercayai berasal secara spontan hasil dari mutasi Kucing Siam yang berbulu panjang. 


    Kerana itu dikatakan kucing ini adalah versi Kucing Siam berbulu panjang, dan disebabkan itu kucing Bali kelihatan mempunyai garis yang lebih lembut dan kurang ekstrim berbanding Kucing Siam atau kucing-kucing yang lain. Hanya pada 1940-an versi Kucing Siam berbulu panjang ini diangkat sebagai breed. Sepertimana moyangnya, kucing Bali juga merupakan kucing yang mempunyai penampilan rapi dan aristokrat dengan tubuh, kepala, kaki dan ekor yang panjang.


    Kucing Bali mempunyai lapisan tunggal bulu yang halus, selembut sutera yang rapat dengan kulit dimana rerambutnya berukuran antara setengah hingga 2 inci. Lapisan tunggal bulu ini membuatkan penjagaan kebersihannya mudah dan tidak muda berserabut seperti kucing-kucing lain yang mempunyai dwi lapisan (double coat) . Antara ciri mengagumkan baka ini adalah ekor yang panjang dan cantik. 


    Terdapat juga versi kucing Bali yang bebulu pendek dikenali sebagai Varians. Ini terhasil dari pengawanan antara kucing Bali dan Kucing Siam. Varians mempunyai lapisan bulu yang pendek dan lembut. Kucing Bali mempunyai personaliti yang hampir sama dengan Kucing Siam. Mereka mudah meluahkan perasaan, menunjukkan kasih sayang dan begitu pintar dengan sikap suka ingin tahu. 


    Pemilik kucing Bali sememangnya begitu asyik dengan kucing yang menyerikan dan kelihatan begitu megah ini. Baka ini juga dikatakan kurang vokal dan mempunyai suara yang lebih lembut berbanding Kucing Siam. Bali, sepertimana Kucing Siam datang dengan beberapa color point seperti biru, coklat, ungu muda dan keputih-putihan. Point lain adalah seperti krim dan merah. Mata mereka tampak besar, dalam, jelas dan bersinar-sinar seakan nilam biru.
    Balinise Cats

    Asal Usul Kucing Bengal

    Bengal Cats
    Kucing Bengal adalah breed kucing domestik bertompok yang sangat istimewa. Breed ini terhasil daripada kacukan silang breed lain seperti Abyssinian, American Shorthair, Burma atau Egyptian Mau dengan Asian Leopard Cat. Nama Bengal ini datangnya dari nama Latin bagi Asian Leopard Cat iaitu Feline Bengalensis.


    Domestik Bengal telah mewarisi corak tompok liar yang eksotik dan mengagumkan daripada Asian Leopard Cat, yang banyak dijumpai di Asia tengah. Breed yang sangat cantik ini merupakan kucing yang penyayang, sangat mengasihi dan suka berkawan di samping mengekalkan ciri unik keluarga liarnya. Kucing Bengal ini bersaiz sederhana dan besar berbanding kucing shorthaired yang lain.


    Kucing Bengal juga mempunyai tubuh berotot dengan susuk yang panjang, menampakkan ia lebih besar. Penampilan mereka juga lebih tegap dan teguh. Bahagian kepala mereka mempunyai riak liar dan menggentarkan dengan telinga bulat kecil, tandaan belang dan tompok yang mendalam pada bahagian muka serta lapis misai yang nyata. Di sebalik struktur fizikal yang mengingatkan kita kepada moyangnya di hutan liar, kucing Bengal adalah kucing yang mempunyai sifat kasih yang mengagumkan.


    Kucing Bengal kadangkala boleh menjadi nakal dan riuh di dalam rumah. Mereka sangat aktif dan sentiasa bersedia untuk bermain. Mereka juga mempunyai personaliti vokal, bijak, penyayang dan suka mendampingi manusia dan memuaskan hati manusia. Pemilik kucing Bengal akan mendapati bahawa breed ini hampir dengan anjing dari segi personaliti di mana mereka akan mengikuti anda ke mana sahaja anda pergi dari bilik ke bilik dan sentiasa menantikan kepulangan anda dengan sambutan yang ceria. 


    Kucing Bengal amat sesuai untuk berdamping dengan anak-anak kecil dan binatang peliharaan lain. Kucing yang cantik ini pasti akan menyerikan mana-mana rumah dan menjadi teman setia manusia. Satu lagi keunikan kucing Bengal adalah mereka sebenarnya suka dengan air. Mereka dapat menghabiskan masa berjam-jam dengan air yang mengalir dari pili air yang terbuka dan menggembirakan kanak-kanak atau golongan dewasa dengan keliincahan mereka bermain dengan air.


    Kucing Bengal mempunyai enam warna rasmi iaitu brown-black spotted, brown-black marbled,snow-spotted dan snow-marbled. Variasi popular adalah brown-black spotted kerana ia paling hampir menyerupai penampilan Asian Leopard Cat. Brown spotted dan brown marbled mempunyai mata yang besar, ekspresif, berjaga-jaga, berbentuk almond berwarna biru atau hijau. Snow pula boleh dijumpai dengan mata berwarna biru atau lain-lain warna.

    Bengal Cats

    Abu Hurairah r.a. Diberi Gelaran Kerana Suka Kucing

    Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a

    Rujukan: ms.wikipedia.org

    Tentang Kucing

    Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

    Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

    Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. 


    Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

    Rujukan: ms.wikipedia.org

    Pasti My Cats Cyg Kamu!!

    Secebis Rumusan

    Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

    Komen Pelawat

    Comment Box

    Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com