PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Keistimewaan Kucing

Kucing mempunyai beberapa ciri unik pada tubuhnya seperti keupayaan untuk mendarat pada kakinya, deria bau yang tinggi, kelenturan badan yang mengagumkan, mendandan diri, berdengkur dan keupayaan melihat dalam gelap.

Kiriman ini akan menghimpunkan topik-topik berkaitan dalam blog ini dan akan di kemas kini dari masa ke semasa (klik pautan di bawah). Terdapat banyak keunikan yang ada pada kucing, dan ini akan kita lihat sedikit demi sedikit, kita pasti akan rasa terpegun dengan kehebatan ciptaan Allah ini.


Malah Leonardo Da Vinci juga pernah menyebut:

The smallest feline is a masterpiece.

Kucing Berdengkur Jika Dia Gembira?

Dengkuran kucing adalah suatu yang agak misteri, berbagai-bagai pendapat diberikan bagaimana kucing melakukannya, tetapi masih belum ada jawapan yang jelas. Kiriman ini memberitahu bahawa kucing bukan hanya berdengkur kerana gembira, tetapi juga atas sebab-sebab lain. 

Deria Bau Kucing

Kesemua deria yang ada pada kucing adalah penting, tetapi mungkin deria bau adalah yang paling mustahak. Ketika baru lahir, matanya belum terbuka tapi deria baunya telah memulakan tugasnya. 


Kelihatannya kucing lebih banyak menggunakan deria bau berbanding matanya. Malah jika kucing mendengar sesuatu, dia akan bangun dengan mata terbuka luas, dan hidungnya seperti bergerak-gerak menghidu apakah yang berlaku samada ancaman, makanan atau sesuatu yang boleh diabaikan. 

Keperluan Kucing Untuk Tidur

Mungkin ramai yang tidak perasan, tetapi kucing sebenarnya lebih banyak tidur berbanding jaga. 

Rahsia Di sebalik Misai Kucing 

Misai adalah salah satu deria penting untuk kucing, dan mengapa kita perlu mengajar anak-anak, atau adik-adik yang nakal tu, supaya tidak mengambil pemetik api dan membakar misai kucing!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com