
RENUNGAN mamalia berwarna putih kemerahan dengan tompokan bulat kebiruan dan ekornya yang panjang tirus dari jauh sudah membuatkan perasaan membuak-buak untuk mendekati dan menyentuh haiwan itu.
Aneh. Itu perkataan pertama yang terpacul dari mulut melihat kucing bernama Tutankhamun Naked dan Qabilah Osmond Naked kerana tubuh kedua-dua mamalia itu tiada bulu, matanya pula bulat bak buah badam manakala telinganya agak besar jika dibandingkan dengan...
