PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Resepi Penkek Simple

Contoh Pankek
Resepi ini saja je saya nak share sebab mungkin ada segelintir yang tengah cari resepi Penkek yang mudah dan senang di buat kan.. resepi ni simple jer tapi sangat sedap dan gebu.
Bahan-bahan:
  • Tepung 1 cawan
  • Serbuk penaik 2 sudu
  • Soda Bikarbonat secubit ( tak letak pun tak apa)
  • 2 sudu gula
  • Secubit garam
  • Susu cair atau susu segar 1 cawan
  • 1 biji telur
  • Sedikit minyak atau butter
Cara-caranya:
  • Gaulkan yang bertanda merah sampai sebati
  • Masukkan telur, susu dan gaul sampai sebati
  • Setelah adunan sudah sebati biarkan adunan rehat 30 minit
  • Setelah rehat letak sedikit minyak atau butter menggunakan tisu atau kain bersih dan 
  • layang sikit-sikit di pan atau kuali.
  • Guna senduk bulat kemudian dipper adunan ke dalam kuali
  • Apabila adunan di pan atau kuali mengeluarkan bubble atau belon kecil-kecil, terbalikkan adunan dan tggu masak dan angkat.
  • Hidang ^_^ boleh di makan bersama kaya atau butter atau sama dengannya.
p/s--> maaf kalau ayat berterabur ^_^


Hanya yang SimPle SaHaja! ^_^

10 ulasan:

  1. sedap sgtttt...thanks princesskitty share resepi ni =) seyes..my hubby pn suke..gebu sgt =) pasni nak wat lagi =)

    BalasPadam
  2. nak tanye, tepung tu pakai tepung ape? gandum ke?

    BalasPadam
  3. cam senang je ni, kena cb ni. msti anak suka ni.

    BalasPadam
  4. salam kak.. baru try wat td.. & mjd+gebu lg... sedap(^^,).. sblm nie saya wat, telur kuning n putih kena asing.. tp utk resepi nie xasing...

    BalasPadam
  5. Nnti.kita cuba.buat... nampak mudah

    BalasPadam

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com