PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Kucing Suka Makan Ikan



Fakta sejarah mendakwa bahawa orang-orang Mesir adalah orang pertama yang menjinakkan kucing , mereka memancing kucing dengan ikan di rumah mereka bagi menarik perhatian kucing.

Sesiapa yang mempunyai tangki ikan atau akuarium pasti menarik minat kucing kesayangan anda.

Kucing adalah karnivor ini bererti mereka mesti makan daging sebagai sumber makanan utama mereka. Mereka juga boleh makan sedikit sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Usus kucing adalah lebih pendek daripada kita dan mereka tidak boleh mencerna bahan tumbuhan sepenuhnya.

Kucing memerlukan taurina di dalam badan mereka, contoh terdekat adalah Ikan yang mengandungi taurina. Taurina adalah sejenis asid amino yang mengawal degupan jantung, pembiakan, penghadaman dan penglihatan. Kebanyakan mamalia mengeluarkan taurina daripada asid amino lain.

Ikan merupakan satu lagi sumber protein untuk kucing. Ikan mengandungi paras tinggi raksa dan toksin lain. Jika kucing anda makan ikan setiap hari ia boleh memudaratkan kucing kerana ikan mengandungi tinggi diet dan ikan juga dikaitkan dengan Jangkitan Saluran Kencing (UTIs) dan hipertiroidisme. Sesetengah kucing alah kepada ikan. Terbaik untuk kucing kesayangan anda adalah menghadkan makanan ikan tidak lebih daripada dua kali seminggu.

Kucing juga boleh menjadi agak cerewet tentang makanan. Anda mungkin perlu kaji apa yang kucing anda suka makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com