PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Saat-saat Terakhir Bersama Ayah

“Banyaknya durian…ayah beli ke?”kata aku setelah memasuki ruang dapur, sambil membelek-belek durian satu persatu. Pecah air liur aku melihatnya dan tanganku meraba-raba durian dengan lembut. “Ayah beli kat Pak Mat..dia jual banyak betul, lagipun murah-murah.”kata ayahku yang duduk di kerusi meja makan. Sambil tangannya memegang cawan yang berisi kopi panas. “ Nak makan..kopek la durian tu..kamu pun balik sekali-sekala..nanti kamu dah balik sana, nak beli durian kat bandar pun mahal”. Sambung ayahku lagi dan menhirup kopinya itu. “Tak pandai la yah..”. kataku menjeling ke arah durian yang masak ranum.Kemudian ayahku terus mengopek durian untukku. Beep! Beep! Tiba-tiba telefon berjenama Nokia 5610 Xpress Music berbunyi menyentap lamunanku. Kenangan terakhir bersama ayah datang lagi, itulah saat terakhir aku bersama ayah. Sudah setahun ayahku pergi meninggalkan kami sekeluarga. Pergi untuk selama-lamanya dan tidak akan kembali kepada kami lagi. Mungkin Allah amat menyayanginya kerana itulah Allah membawanya pergi. Tiba-tiba air mataku mengalir tanpa henti-henti seperti hujan lebat menyembah bumi. Aku benar-benar rindukan ayah! Aku masih perlukan ayah! Rentap hatiku, aku tahu berdosa besar aku mengeluh demikian, tapi ayahlah insan yang menjadi tulang belakang keluargaku yang kini kian lemah tanpa ayah di sisi. Ibuku, pasti lagi sedih dariku dengan pamergian ayah. Kehilangan suami disisinya memberi tamparan hebat dalam hidupnya, setelah lebih 30 tahun bersama. Aku dapat rasakan derita hati ibuku. Kadangkala ibuku mengadu padaku yang dia rindukan ayahku. Aku berpura-pura tenang memberi kata-kata semangat pada ibuku, sedangkan dalam diam-diam aku tidak berdaya menahan kesedihanku. Aku redha dengan ketentuan ilahi, namun rinduku pada ayah sering menikam hatiku. Mungkin kerana ayahku meninggalkan kami dengan tiba-tiba tanpa kami tahu sebarang tanda kesakitannya itu. Aku ingat lagi saat-saat ayah jatuh sakit dengan tiba-tiba. Pada malam itu, ketika aku, abang-abangku dan kakakku tiada di rumah kerana kami jauh dirantauan, dan aku baru 2 hari balik ke bandar, masa itulah ayahku tiba-tiba tidak sedarkan diri. Keesokkan harinya barulah ibuku memberitahu aku yang ayahku masuk ke hospital. Tapi kata ibuku ayahku cuma sakit biasa, tidak perlulah balik kampung. Aku tahu ibuku tidak mahu aku bimbang dan faham, aku bekerja jauh di kampung. Namun sejam kemudian abangku menelefonku, menyuruhku pulang segera ke kampung kerana keadaan ayah sangat kriktikal. Tanpa berlengah-lengah aku terus balik ke kampung dengan perasaan yang sedih, sebak dan hiba. Semasa di kampung aku dan keluarga aku menemani ayahku tanpa henti. Namun ayahku langsung tidak memberi sebarang reaksi. Doktor cakap saluran darah di otak ayah pecah 3 tempat, lebih tepat lagi ayahku kena strok kerana darah tinggi. Peratusan ayah untuk hidup Cuma 50% sahaja. Pada hari kelima aku kembali bekerja seperti biasa. Walaupun hatiku kecewa tidak dapat menemani ayah. Namun aku tabah menhadapi semua itu, kerana pekerjaanku mambataskan aku, aku redha. Di pejabat ramai kawanku bertanyakan tentang keadaan ayahku. Aku tenang dan mengatakan ayahku masih tidak sedarkan diri lagi. Keesokkan harinya semasa aku sedang sibuk menyiapkan kerjaku, tiba-tiba telefonku berbunyi kerana panggilan dari kakak iparku. “Hello?” Kataku agak kelam. Perasaanku begitu gundah-gulana, takut, bermacam-macam andaian kubayangkan. “Ayah dah takda lagi, dia dah pergi..” hanya itu yang aku ingat perkataan dari kakak iparku. Berita yang tidak ingin kudengar kini merayap juga di telingaku. Aaaagrrrrrhhh!!!!

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com