PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

10 Tanda-tanda Anda Seorang Pencinta Kucing

Adakah benar anda seorang pencinta kucing? Sebenarnya ramai yang sukakan haiwan yang comel ini, tetapi sukar untuk menjadi seorang Pencinta Kucing. Mungkin ramai yang mempunyai beberapa sebab mengapa mereka tidak dapat melakukan seperti seorang pencinta kucing, mungkin kerana masa, ekonomi, komitmen dan masalah-masalah lain. Jadi kita tak berhak untuk memandang rendah pada mereka yang belum mencapai tahap seorang 'Pencinta Kucing'. Namun jika anda mempunyai 10 Tanda-tanda seperti dibawah, tahniah! Anda Memang Seorang Pencinta Kucing!

Anda Seorang pencinta kucing jika...

1. Anda lebih suka tidur bersama dengan kucing anda, walaupun beberapa bulu kucing melekat di muka anda. Daripada anda menolak kucing anda jauh apabila kucing anda datang bertenggek di bantal anda.

2. Selepas anda minum air, anda tidak berasa jijik jika kucing anda pula yang meminum air di dalam cawan anda.

3. Ketika anda melihat kucing jalanan, anda terus ingin menyelamatkannya. 

4. Jika anda memiliki berus gigi kucing, anda akan memberus gigi kucing anda sekali seminggu.

5. Pada anda, bunyi dengkuran kucing adalah salah satu bunyi yang paling tenang di dunia. 

6. Apabila anda memarahi kucing anda, anda terus memeluk dan mencium kucing anda. Tanda penyesalan anda terhadapnya.

7. Ketika leka kucing anda berada diriba anda, anak-anak anda menarik kucing anda kerana dia turut ingin berada diriba anda.

8. Anda menyediakan air tambahan untuk kucing anda seperti auto water untuk kucing, kerana kucing suka minum air dengan kerap.

9. Anak anda dan kucing anda bermain permainan kanak-kanak yang sama. 

10. Tidak kira berapa banyak kucing anda, anda sentiasa berfikir anda mungkin akan mengambil kucing angkat lagi. Kerana anda benar-benar sukakan kucing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com