PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Deria Bau Kucing

Manusia dan kucing hidup dalam dunia yang berbeza dari segi keupayaan deria bau. Deria bau kucing lebih tinggi berbanding manusia (namun anjing mempunyai deria bau yang jauh lebih tinggi berbanding kucing). Adakah kini anda masih terkejut jika kucing anda enggan menggunakan litter box yang anda anggap OK tapi KO bagi kucing?

Sudah tentu perihal litter box itu adalah masalah moden dan deria bau kucing ini bukan hanya digunakan untuk menentukan samada benda itu cukup bersih atau tidak. Bau memainkan peranan penting dalam menentukan sempadan kawasan, aktiviti memburu, dan juga mengenalpasti samada makanan itu selamat dimakan atau tidak.

Anjing bersifat pembangkai dalam hal makanan, iaitu mereka akan makan apa sahaja, "Makan dahulu, tanya kemudian" manakala kucing adalah bersifat pemburu. "Makanan segar sahaja, terima kasih" atau "Baru sahaja dibunuh, masih segar, terima kasih". Pernahkah anda melihat kucing yang memalingkan hidungnya daripada menghidu makan dalam tin yang telah dibuka untuk beberapa lama? Jawapannya mudah, ada yang tidak kena pada baunya.

Namun begitu, jika kucing anda begitu cerewet sehingga tiada makanan yang mahu dijamahnya, atau anda sedang merawat kucing yang sakit (ketiadaan selera makan), cuba panaskan makanan itu sehingga tahap yang kita biasa panggil suam-suam kuku, tapi janganlah sampai berasap-asap!. Dengan cara ini makanan itu akan berbau lebih sedap dan menjadikan ia lebih lazat dan berselera untuk kucing.

Selain daripada hidung, kucing mempunyai bahagian badan yang dipanggi organ vomeronasal, pada bahagian depan lelangit mulut kucing. Ia digunakan untuk memproses bau terutamanya yang melibatkan seksual seperti bau yang ditinggalkan oleh kucing betina pada musim mengawan. Setiap kali kucing menggunakan organ ini, mereka akan membuka mulut mereka sedikit dan 'merasa' bau tersebut. Keadaan ekspresi sebegini dipanggil Flehmen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com