PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Kucing vs Anjing

Saya nak share pasal Kucing vs Anjing sebab ini adalah binatang peliharaan paling popular di dunia. Mesti ramai yang nak tahu info tentang kedua binatang yang comel ni. Sifat Kucing adalah lebih berdikari dan suka aktiviti yang mencabar. Manakala sifat Anjing sangat setia dan taat pada tuannya tetapi memerlukan perhatian dan senaman yang lebih. Jom semak perbandingan.

Perbandingan:
Bil
Info




1
Keluarga:
Felidae
Canidae (Canis lupus familiaris)
2
Jenis:
Haiwan
Haiwan
3
Filum:
Chordata
Chordata
4
Kumpulan:
Mamalia
Mamalia
5
Golongan:
Karnivor
Karnivor
6
Baka:
Felis
Canis
7
Spesies:
F. catus
C. lupus familiaris(Anjing bela jinak)
8
Jangka Hayat :
12-25 tahun
12-20 tahun
9
Keupayaan memburu:
Cekap dalam memburu
Kurang cekap
10
Kos tahunan:
RM 450+
RM 660+
11
Penjagaan :
Rapi terutama sekali baka berbulu panjang
Senang dijaga namun berbeza dengan Anjing berbulu panjang namun tidak serumit Kucing berbulu panjang.
12
Kos Perubatan:
Lebih kurang RM160+ setahun
Lebih kurang RM290+ setahun
13
Latihan di rumah:
Mudah dilatih untuk menggunakan litter box
Sukar menggunakan litter box namun jika di ajar dengan betul pasti anda berjaya
14
Keseorangan:
Boleh ditinggalkan sendirian di siang hari
Jika perlu, boleh ditinggalkan sendirian di siang hari, tetapi biasanya memerlukan perhatian sepanjang hari.  Berbeza-beza Antara baka .
15
Ruang:
Boleh tinggal di pangsapuri kecil
Bergantung kepada baka
16
Kasih Sayang:
Sangat penyayang terhadap tuan mereka, tetapi mereka lebih suka bebas.
Penyayang jika dijaga
17
Perlindungan:
Tidak memberi pelindungan kepada tuan mereka.
Sentiasa melindungi tuan mereka serta harta benda tuam mereka
18
Bagus untuk kanak-kanak:
Bergantung kepada kucing
Sesetengah Anjing berbahaya pada kanak-kanak
19
Tenaga:
Secara amnya pemalas kerana kucing lebih suka tidur  sehingga mencapai 16 jam sehari
bergantung kepada umur dan baka
20
Bersiar-siar:
Sesetengah kucing suka bersiar-siar
Kebanyakan anjing suka bersiar-siar di taman  tetapi bergantung kepada sesetengah Anjing

Resepi Mee Goreng Sedap

Mee goreng ni saya dapat idea daripada zaman masa saya kecil, ada kedai makan di kampung saya yang jual mee yang sangat sedap. Sekarang ni pak cik tu dah tutup kedai..mungkin sebab dah tua..saya tak dapat rasa lagi masakan mee goreng pak cik tu..memang frust juga. Di kampung saya memang orang ramai suka sangat beli mee goreng kat situ sebab mee goreng pak cik tu memang sedap. Masa pak cik tu masak saya memang tekun tengok cara dia masak, so saya tahu sikit-sikit bahan apa yang pak cik tu letak. Tapi cara masakan saya mungkin tak sehebat pak cik tu tapi saya sangat puas hati dengan masakan saya. Kalau anda nak cuba boleh juga ^_^
Bahan-bahan: 
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • Cili kering 
  • 3 biji bawang merah kecil 
  • 2 ulas bawang putih kecil 
  • Sos cili thai..kalau nak cuba sos lain pun boleh..ikut citrarasa.. 
  • Kicap manis 
  • 1 biji telur...untuk 1/2 mee bungkus yg mentah tu.. 
  • Sayur sawi 
  • Tauge 
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh ajinamoto 
  • Secubit gula 
  • Sedikit minyak masak
  • Seketul ayam atau daging dipotong kecil dan direbus dengan sedikit air kemudian air rebusan disimpan. 

Cara-cara: 
  • Blander bahan merah
  • Masuk minyak untuk menumis
  • Masuk bahan biru apabila minyak panas
  • Masuk bahan blander 2 atau 3 sudu
  • Gaul sekali sekala jangan sampai hangit dan tunggu sampai pecah minyak 
  • Masuk sos cili dan kicap (agak2 je byk mne..bagi balance dengan mee) 
  • Masuk garam,ajinamoto dan gula 
  • Masuk ayam atau daging yang direbus tadi bersama sedikit air rebusan dan kacau.. 
  • Masuk telur tunggu sampai telur tu sedikit masak 
  • Masuk sayur sawi dan gaul..kalau kering tambah air rebusan ayam atau daging tadi 
  • Masuk mee dan kacau..kalau warna nampak pucat tambah lagi kicap bagi hitam sikit mee tu, kemudian gaul
  • Last sekali masuk tauge... 
  • Tutup api
  • Siap
p/s: kalau kering tambah je air rebusan tadi bagi mee tu basah sedikit untuk yang suka mee goreng yang tak terlalu kering.

Cara Upgrade Samsung Galaxy S Advance I9070 Ke Android 4.1.2 Jellybean

First sekali saya happy sangat, sebab saya berjaya upgrade my phone ke jellybean 4.1.2. So di sini saya ingin kongsikan dengan anda semua tutorial 'Cara Upgrade Samsung Galaxy S Advance I9070 Ke Android 4.1.2 Jellybean'
Samsung Galaxy S Advance I9070
Download File
  1. Download firmware android 4.1.2 jellybean dan extract dalam satu folder kemudian save di pc/laptop.
  2. Download Odin 3.07 save dan extract.
  3. Pastikan backup perkara penting dalam phone anda contact/mesej or sebagainya.
Untuk Upgrade
  1. Off kan phone.
  2. Masuk ke download mode dengan tekan butang home + volume up + power secara serentak.
  3. Buka software Odin 3.07 tadi dan sambungkan usb ke phone.
  4. Tunggu sehingga Odin detect phone(tunggu dengan sabar..sy tunggu hampir 1jam lebih) sehingga kotak ID:COM menjadi warna biru atau kuning.
  5. Lihat pada Odin ada kotak PDA. Klik di PDA dan pilih file HOME_I9070XXLPZ_I9070SERLPZ_660490_REV00_user_low_ship.tar.md5 yang di extract tadi.
  6. Pastikan jangan klik apa-apa di Odin.
  7. Tekan butang start di Odin dan tunggu sehingga proses selesai.
  8. Perkataan "PAS" akan keluar dan bermakna anda telah berjaya upgrade phone anda ke 4.1.2 jellybean!
Selepas BERJAYA
  1. Off kan phone(cabut bateri dan pasang balik)
  2. Masuk ke mode recovery dengan cara tekan butang home + volume up + power dengan serentak.
  3. Pilih Wipe data/factory resect dan wipe cache.
  4. Pilih wipe data kemudian wipe cache.
  5. Reboot phone setelah selesai proses di atas.
Mudah sebenarnya kalau ikut step by step, untuk permulaan mungkin agak berat dan boleh reboot sekali lagi. Apapun yang berlaku adalah tanggungjawab anda. Untuk tutorial phone Samsung jenis lain klik line di sini. Kredit by 'Soleheen.com'

Kucing Sphinx - Kucing tak ada bulu

RENUNGAN mamalia berwarna putih kemerahan dengan tompokan bulat kebiruan dan ekornya yang panjang tirus dari jauh sudah membuatkan perasaan membuak-buak untuk mendekati dan menyentuh haiwan itu.

Aneh. Itu perkataan pertama yang terpacul dari mulut melihat kucing bernama Tutankhamun Naked dan Qabilah Osmond Naked kerana tubuh kedua-dua mamalia itu tiada bulu, matanya pula bulat bak buah badam manakala telinganya agak besar jika dibandingkan dengan kucing yang biasa dilihat di negara ini.

Namun, spesies kucing yang memiliki kepala yang kecil dengan leher panjang itu membuatkan perasaan teruja seketika. Apabila disentuh, rasanya umpama kain baldu dan kadangkala seperti memegang lapisan getah.

Itu antara ciri-ciri nyata baka kucing Sphynx yang turut mempunyai kaki yang panjang, kulit kepala dan leher yang berkedut serta tapak kaki yang unik.

Asal usul Sphynx

Mengimbau kembali kemunculan kucing tanpa bulu, ia ditemui di Ontario, Kanada pada tahun 1966 apabila kucing tempatan berbulu pendek yang mempunyai warna hitam dan putih bernama Elizabeth kepunyaan Micalwaith melahirkan seekor kucing jantan tanpa bulu bernama Prune.

Apabila Prune telah dewasa, ia dikacukkan pula dengan ibunya lalu terhasil kucing tanpa bulu malah, setengahnya diimport ke Eropah.

Baka Sphynx pertama yang diimport adalah dari Kanada ke Belanda oleh seorang pembiak kucing, Hugo Herenandez yang memiliki kucing bernama Punkie dan Paloma.


Dari masa ke semasa, pembiakan kucing itu semakin berkembang melalui proses mutasi dengan beberapa spesies kucing lain agar baka kucing tanpa bulu tidak pupus.

Bagi yang pertama kali melihat mamalia itu, mereka mungkin menganggap kucing berkenaan dijangkiti penyakit. Mungkin juga, ada pihak yang mengandaikan pemiliknya mencukur bulu haiwan terbabit.

Bagaimanapun, seorang pembiak baka Sphynx dari Kajang, Selangor, Norhayati Zakaria, 51, mahu orang ramai mengetahui lebih lanjut mengenai haiwan yang dikatakan agak sukar ditemui di Malaysia itu.

Menjelaskan lebih lanjut, Norhayati memberitahu, antara cabaran memelihara kucing Sphynx adalah usaha mendapatkan baka tulen yang berkualiti dari segi standard daripada pembiak yang sudah berjaya.

"Selain sukar mendapatkan pembiak yang telah berjaya, kos juga memainkan peranan penting kerana ia agak mahal dan baka tersebut perlu diimport dari luar negara memandangkan ia terlalu terhad dan hampir tiada di negara ini.

"Kos tersebut termasuklah harga kucing dan kos pengangkutan di samping pertukaran nilai mata wang yang tinggi," katanya yang memiliki kira-kira tujuh ekor kucing baka Sphynx.

Karakter Sphynx

Norhayati yang juga pembiak kucing berdaftar dengan sebuah pertubuhan dunia, Federation International Feline (FIFe), faktor utama dia tertarik kepada kucing berkenaan disebabkan sifatnya yang lincah, sangat manja, aktif dan paling penting spesies ini mempunyai sifat tersendiri.

"Kucing ini suka dibelai dan akan merajuk jika tidak dihiraukan.

"Jika terasa sejuk, haiwan ini bijak mencari tempat yang boleh menghilangkan kesejukan seperti di bawah kain selimut atau tidur di sebelah pemiliknya," ujarnya yang turut memelihara kira-kira 50 ekor kucing pelbagai spesies di rumahnya.

Bagaimanapun terangnya, sebelum memelihara sebarang baka kucing, individu yang berminat memelihara kucing itu perlu memahami serta mempelajari serba sedikit mengenai kucing berkenaan sebagai panduan.

Malah, untuk memiliki baka Sphynx, Norhayati memberitahu, peminat dinasihatkan mendapatkannya daripada pembiak berdaftar sama ada dalam negeri atau luar negara agar ketulenan baka dapat ditentukan dengan baik.

Akuinya yang memelihara baka dari jenis Canadian Sphynx, ada juga kucing yang dibiakkan di dalam negara malah, dia sendiri salah seorang pembiak itu. Namun, bukan mudah melakukannya kerana ada etika tertentu yang mesti dipatuhi.

"Saya membiak Sphynx secara terhad kerana saya tidak mempunyai banyak baka kucing itu selain tidak membiaknya secara komersial," jelasnya.

Melalui pengalaman Norhayati sebelum ini, tidak ada negara tertentu yang dianggap paling baik dalam pembiakan Sphynx kerana hampir seluruh dunia mempunyai pembiak baka Sphynx tulen.

"Kebanyakan pembiak di luar negara tidak mudah menjual baka Sphynx kepada peminat dari negara lain kerana mereka mengutamakan kriteria tertentu.

"Nilai kucing ini sebenarnya ditentukan melalui standard atau profil baka itu sendiri. Jika ia jenis kualiti pertunjukan maka nilainya juga bersesuaian dengan statusnya itu," tuturnya yang juga Setiausaha Kelab Kucing Malaysia.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Aneka Haiwan, Bahagian Pembangunan Komuniti Ternakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr. Fadzilah A'ini Abdul Kadir memberitahu, kewujudan baka kucing tanpa bulu terbabit disebabkan oleh faktor genetik.

Terang beliau, apabila berlaku kacukan antara ibu dan anak kucing berkenaan melalui proses silang balik (backcrossing), maka akan ada satu hasil anak daripada gen resesif.

Namun, tidak semua kucing Sphynx memiliki gen resesif kerana terdapat juga antara baka itu memiliki gen dominan.

"Gen resesif merujuk kepada gen yang mempunyai ciri-ciri tidak menarik. Sebagai contoh, ia juga juga boleh menyebabkan albino.

"Lain pula bagi situasi kucing ini. Setelah dihasilkan melalui proses silang, ramai pula yang sukakannya dan lama-kelamaan ia disebarkan ke merata tempat," katanya.

Menurut Fadzilah, kucing Sphynx sebenarnya mempunyai bulu tetapi, ia tidak begitu ketara kerana bulunya sangat halus, pendek serta memiliki warna yang cerah seperti bulu roma (vellus hair) yang terdapat pada bayi atau muka wanita.

"Kucing ini mempunyai bulu terutama di bahagian hidung dan belakang telinga jika diteliti. Oleh kerana kekurangan bulu, kucing ini mudah sejuk," katanya.

Ada sesetengah pihak berpendapat kucing ini sesuai dipelihara individu yang mengalami alergik terutama pesakit asma memandangkan kucing berkenaan tiada bulu.

Bagaimanapun dedah Fadzilah, alergik terhadap kucing itu tetap berlaku akibat penghasilan protein yang dikenali sebagai Fel d1 oleh kucing itu dan selalunya berada dalam air liur dan peluh yang mungkin boleh menyebabkan alahan.

"Bagaimanapun, ia masih selamat dipelihara oleh pesakit asma berbanding kucing yang mempunyai banyak bulu," jelasnya.

Copy From : Kosmo

Tudung Jenama Fareeda

Entry kali ni saya nak sebut tentang 'Tudung Fareeda' yang menjadi kegilaan sebahagian wanita Malaysia. Di Facebook ramai peniaga online yang menjual tudung berjenama ini..walaupun agak mahal tapi berbaloi dengan kualiti tudung tersebut.
Fareeda Sofeya

Saya adalah seorang penggemar tudung Fareeda Sofeya, setakat ini style Fareeda Sofeya yang menarik minat saya walaupun ketika ini fenomena Fareeda Aisya sangat hangat di pasaran. Tambah-tambah Cik Mawar baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Pelakon Fezo Omar, lagi la bertambah hangat Fareeda Aisya. Saya pernah jugak terfikir nak beli tudung Fareeda Aisya tapi saya buang hasrat tu sebab terpaksa pakai byk step..contoh terpaksa pakai pin di atas kepala dan laraskan selendang bagi kemas dan satu lagi kalau nak iron tudung ni mesti makan masa juga. Berbanding dengan tudung Fareeda Sofeya yang tak begitu sukar untuk memakainya..just sarung..siap..walau simple tetap menawan..heheh, yang paling puas hati awaning tudung Fareeda memang terbaik! Tudung brand lain atau tak ada brand..memang tak dapat menangdingi kehebatan awaning tudung Fareeda dan sususan layer yang begitu kemas dan terletak biarpun berkali-kali dicuci. Sebab itu dari hari ke hari makin bertambah pelanggan Fareeda, biarpun harga yang agak tinggi tapi memang berbaloi untuk dibeli.

Fareeda Aisya
Ok habis cerita pasal kelebihan tudung Fareeda ni..ada juga beberapa saya tak berapa puas hati..contohnya kebanyakkan tudung Fareeda 'Free Size'. Tambah-tambah tudung kegemaran saya tu..tudung Fareeda Sofeya semua 'Free Size'..OMG! Kekadang sebab minat dengan Tudung Fareeda ramai pelanggan Fareeda tutup mata dan pekakkan telinga kalau ada orang komplen or tegur "singkatnye tudung ni.." Saya pun tak terkecuali juga..tambah-tambah bila dah berstatus isteri orang dan Mr. H plak bukannya seorang yang open minded. Memang mata dia berasap kalau tengok saya pakai tudung singkat(atas dada). Penah juga dia bagi amaran kalau pakai lagi dia nak koyakkan tudung-tudung ni. Sejak dari tu saya fikir 10x nak pakai tudung Fareeda Sofeya ni. Memang ada tudung Fareeda yang labuh contohnya tudung Fareeda Aisya dan Fareeda Khadeeja dan Fareeda Zainab. Tapi tudung seperti ini tak berapa menarik perhatian saya, so saya terpaksa cari alternatif lain..beli tudung 'Cetak Rompak'!
Fareeda Khadeeja

Bukan saya sahaja malah ramai lagi wanita yang membeli tudung 3 layer cetak rompak sebab dah putus asa dengan Tudung Fereeda yang hanya mengeluarkan tudung bersaiz 10.5 inci hingga 11.5 inci. Bagi wanita berkahwin mesti bermasalah bila memakainya. Sebab itu kebanyakkannya wanita beralih ke tudung cetak rompak sebab kebanyakkannya bersaiz 12 inci ke atas untuk tudung 3 layer. So jangan salahkan kami kalau kami membeli tudung cetak rompak sebab pihak Fareeda sendiri yang limite kan saiz tudung dan pekakkan telinga kalau kami requast untuk labuhkan sedikit tudung Fareeda Sofeya sekurang-kurangnya saiz 12inci(tutup dada).
Fareeda Zainab

Ada juga beberapa pelanggan wanita yang terpaksa menjual koleksi tudung Fareeda setelah mendapat tentangan hebat dari orang ramai terutamanya suami mereka. So terpaksa let go koleksi kesayangan mereka. Bukan niat mereka nak let go tapi oleh kerana saiz yang tidak bersesuaian terpaksa melepaskan juga, sebab sudah banyak melabur semata-mata nak dapatkan tudung Fareeda.Walaupun pihak Fareeda banyak mengeluarkan paten-paten menarik, namun paten Sofeya tetap no.1. Di harap pihak Fareeda alert pasal masalah kami ini.

Sekilas~Sebenarnya sekarang ni Tudung Fareeda Sofiya ada saiz 12', tetapi pihak Fareeda sepatutnya letak saiz  supaya senang pelanggan memilih saiz..sebab setiap kali pergi ke butik Fareeda di S*** diorang akan cakap semua free saiz. So time nak memilih tu bukan senang sebab terpaksa test 1...1 untuk dapatkan saiz 12' sebab kebanyakkannya saiz standart iaitu saiz 10.5' - 11'. Risau juga takut orang butik tu meluat tengok, asyik test tudung 1...1 pastu beli satu jer. Nak beli banyak2 tak mampu coz beli untuk diri sendiri.


Terima kasih,
~peminat tudung Fareeda~

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com