Kucing hutan (Prionailurus planiceps) merupakan keluarga kucing liar kecil yang taburannya bertompok-tompok di Thailand, Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera. Sejak 2008, ia telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh IUCN akibat kemusnahan tanah rawa ("wetland") habitat mereka. Kucing ini amat jarang dalam kurungan, dengan kurang 10 ekor – kesemuanya di zoo di Asia Tenggara – direkod oleh ("International Species Information System - ISIS") pada awal tahun 2010. Sebagaimana sesetengah kucing kecil lain, ia pada asalnya ditempatkan dalam genus Felis, tetapi kini dianggap sebagai salah satu dari lima spesies dalam Prionailurus.
Gambaran
Habitat
Habitat kucing hutan terhad di kawasan tropika tanah rendah di jauh keselatan Thailand, Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam, Kalimantan dan Sumatera. Kucing ini juga dikenali sebagai kucing yang suka pada air. Mereka biasanya terdapat di habitan air tawar berhampiran persisiran dan kawasan tanah rendah. Lebih 70% rekod dikumpul kurang dari 3 kilometer (1.9 bt) dari kawasan berair. Kucing hutan wujud di kawasan hutan utama dan hutan tanam semula.
Ciri-ciri
Kucing Hutan adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : .Kucing Hutan adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Jantung Kucing Hutan terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Ekologi dan tingkah laku

Kandungan perut kucing hutan jantan dewasa yang ditembak di tebing sungai Malaysia mengandungi hanya ikan. Mereka telah dilihat mencuci objek seperti rakun. Ikan hidup mudah ditangkap, dengan kepala diselam sepenuhnya, dan ikan di bawa sekurang-kurangnya dua meter jauh, mencadangkan strategi makan bagi mengelak mangsa lepas kembali ke air. Spesimen yang dikurung lebih berminat dengan mangsa dalam air berbanding di darat, mencadangkan kecenderungan kuat bagi memburu di sungai dalam habitat semulajadi mereka. Pengkhususan morfologi mencadangkan permakanan mereka kebanyakannya adalah ikan, tetapi mereka dilaporkan turut memburu katak, dan dipercayai menangkap krustasia. Mereka turut menangkap tikus dan ayam.
Pembiakan
Sebagai mamalia, Kucing Hutan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kucing Hutan akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari. Bunyi anak kucing hutan menyerupai kucing ternakan. Repertoire kucing dewasa belum dianalisa sepenuhnya, tetapi mereka berdengkur dan menghasilkan bunyi julat-pendek yang lain. Tempoh bunting mereka adalah sekurang-kurangnya 56 hari. Dari tiga sarang yang direkod dalam kurungan satu terdiri dari dua anak kucing, yang lain tunggal. Dua individual yang dikurung hidup selama empat belas tahun.
Pengekalan
Ancaman utama kucing hutan adalah kemusnahan dan kemerosotan tanah paya dan hutan tanah rendah. Punca kemusnahan ini termasuk penempatan manusia, penukaran hutan ke kawasan ladang, penyaliran bagi pertanian, pencemaran, dan pemburuan melampau, menebang kayu api dan penangkapan ikan. Selain itu, penghapusan hutan bakau di persisiran pantai dalam abad kebelakangan ini semakin meningkat di Asia tropika. Kemerosotan stok ikan akibat penangkapan ikan melampau berlaku secara meluas dan kemungkinannya merupakan ancaman besar. Mereka juga diancam oleh perangkap, jerat, dan racun. Mereka ditangkap dalam jerat yang dipasang bagi melindungi ayam ternakan. Kucing Hutan merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.
Status
Kucing hutan ini di anggap sebagai spesies terancam oleh IUCN dan disenaraikan dalam appendix 1 oleh CITES. Kucing ini dilindungi sepenuhnya oleh perundangan kebangsaan sepanjang julatnya, dengan pemburuan dan perdagangan diharamkan di Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Populasi keseluruhan kini sekitar kurang 2,500 dewasa dangan tiada populasi kecil mengandungi lebih dari 250 dewasa. Sungguhpun kehilangan habitat dan pencemaran air merupakan ancaman utama, pengawasan dari ladang kelapa sawit mencadangkan bahawa ia pemangsa kurang khusus dari apa yang dipercayai umum. Kucing hutan dilindungi sepenuhnya diseluruh julat semula jadinya, kecuali di Brunei, di mana spesies ini ketiadaan perlindungan perundangan. Ia amat sukar dilihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan