Pada masa sama anda memastikan kotak najis kucing anda bersih, anda juga perlu memberikan idea kepadanya untuk tidak menggalakkannya mengunjungi tempat buangan lain selain dari litter box yang disediakan. Kaedahnya adalah dengan membuatkan kawasan itu berbau yang tidak menyenangkan atau meloyakan baginya. Bagaimana melakukannya? Melalui penggunaan bau, sentuhan dan beberapa pengetahuan asas tentang kucing
Perkara pertama adalah bersihkan sepenuhnya kawasan jenayah itu menggunakan pembersih berenzim yang dirumus khas untuk najis binatang peliharaan. Sebarang kesan bau akan menjemput kucing anda kembali ke situ. Setelah kawasan itu bersih, cuba beberapa kaedah berikut untuk tidak menggalakkannya daripada menggunakan tempat itu atau mengubah bagaimana dia menggunakan kawasan itu
Kita Makan Di Sini
Letakkan mangkuk makanan berhampiran dengan kawasan jenayah itu berlaku. Kucing tidak suka membuat 'pelaburan' ditempat ia makan. Anda boleh ubah lokasi makanan itu dari masa ke semasa setelah kucing anda mula menggunakan kotak najisnya semula
Jerangkap Samar
Letakkan peralatan pencegah di kawasan itu. Anda boleh menutupnya dengan bahan-bahan yang tidak disukai oleh kucing seperti pita pelekat, foil aluminium atau hamparan plastik. Anda juga boleh menyembur kawasan itu dengan bau yang tidak digemari kucing seperti citrus tapi saya sendiri tidak pernah mencubanya. Jika kucing anda membuang di dalam bekas tanaman, letakkan batu-batu tajam bersaiz sederhana di atasnya.
Buang Di Sini

Jangan sesekali menggunakan kekerasan fizikal. Seringkali saya ingatkan di sini, pertamanya ia tidak berkesan. Keduanya, menghukum kucing yang menjauhi kotak najis kerana dia tertekan tidak akan membantunya untuk bertenang. Saya pernah melihat bagaimana seorang pemilik marahkan kucing lalu memegangnya pada bahagian kepala, kemudian memaksa kucing itu menghidu kesan kencingnya sendiri dan menghentak-hentak hidungnya pada air kencing itu. Dia seakan berbangga dengan teknik zalimnya dengan mengatakan kucing itu tidak lagi kencing di situ, tapi apa yang saya perhatikan, kucingnya mengalami stress atau tekanan yang serius, mudah terkejut dan mendengus, seringkali sakit dan dietnya terganggu kerana ia enggan makan makanan yang diberi oleh pemiliknya lagi, sebaliknya memilih untuk mencari makanan dalam tong sampah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan