PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Mengajar Anak Kucing Menggunakan Litter Box


Jika anda merancang untuk memelihara kucing outdoor, anda masih perlu mempunyai litter box untuk beberapa minggu pertama kerana anak kucing perlu diletakkan di dalam rumah sehinggalah mereka menerima vaksin dan sehingga mereka telah bersedia untuk meneroka dunia luar. Latihan menggunakan litter box yang baik pada peringkat ini amat penting kerana dapat mengelakkan masalah pada masa hadapan.

Memilih Litter Box dan Isiannya
Pilih kotak najis yang agak dalam dan isian yang halus (tetapi tidak berdebu). Kebanyakan kucing menjauhi litter box kerana ia terlalu cetek atau isiannya kasar. Jangan beli litter yang mempunyai pewangi kerana kucing tidak akan menggunakannya.

Ada sesetengah orang yang menggunakan cebisan suratkhabar yang dicarik-carik sebagai isian untuk anak kucing. Saya berbelah bagi dalam hal ini samada ia satu idea yang baik atau tidak. Najis anak kucing biasanya lebih cair (terutamanya yang berumur kurang 8 minggu) dan suratkhabar bukanlah bahan yang baik untuk menyerap cairan pejal sebegini. Dakwat yang ada pada akhbar juga adalah toksik dan boleh dipindahkan ke tapak kaki anak kucing dan akhirnya dihadam jika dia menjilatnya. Lagipun, saya tidak fikir mengajar anak kucing menggunakan suratkhabar untuk membuang adalah satu idea yang bagus. Anak kucing akan mula cenderung untuk menggunakan suratkhabar yang ada pada meja atau sofa dan ini bukanlah perilaku yang kita mahu galakkan. 

Jika anda masih mahu menggunakan kertas, gunakanlah kertas kosong tanpa dakwat. Jika anda mempunyai paper shredder, itu lebih baik. Isian kertas seperti ini tidak perlu di scoop, setiap kali anak kucing membuang di situ anda perlu membuang keseluruhan isian dan meletakkan isian yang baru. Namun begitu, jika anak kucing berumur lebih dari 8 minggu, gunakanclumping litter.

Lokasi
Lokasi adalah perkara kedua yang sangat penting. Kucing perlu berasa selesa setiap kali menggunakannya atau dia akan mula mencari lokasi yang lebih tersorok. Litter box perlu berada di kawasan yang kurang trafik dimana kurang terdapat gangguan dan sama sekali tidak setempat dengan kawasan dia minum atau makan. 

Kucing kebiasaannya akan menjauhi kotak najis yang diletakkan berhampiran dengan kawasan dia makan atau kawasan yang sibuk. Jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing, asingkan litter box untuk setiap kucing di lokasi berbeza. 

Anda digalakkan untuk meletakkan juga tikar pengalas yang lebar di bawah kotak najis ini. Anak kucing suka bermain-main dengan isian yang berada di dalam kotak dan ini dapat mengelakkan lantai anda menjadi kotor. Pengalas juga dapat membendung sisa-sisa isian atau tracking dari tapak kaki kucing. Jangan menggunakan pengalas karpet 'rumput' atau apa sahaja pengalas yang mempunyai pointed side kerana kucing tidak menyukainya.

Melatih Anak Kucing
Jika anak kucing masih bersama ibunya, tugas ini menjadi lebih senang kerana anak kucing akan belajar dari gerak laku ibunya. Anda hanya perlu menunjukkan di mana kotak itu berada dan tugas anda akan selesai. Tetapi memang secara amnya, mengajar anak kucing adalah lebih mudah kerana kucing mempunyai naluri semulajadi untuk menjadikan kawasan berpasir sebagai tempat untuk membuang. 

Jika anda baru sahaja membawa anak kucing pulang ke rumah, bawakan dia ke litter box sebelum membuat perkara-perkara lain. Ini adalah perkara paling mustahak. Letakkan anak kucing di dalamnya dan biarkan dia menghidu atau menguis-nguisnya. 

Bawakan anak kucing itu ke litter box dari masa ke semasa terutamanya selepas dia makan, bangun dari tidur atau menunjukkan tanda-tanda dia mahu membuang. Jika dia tidak tahu menggunakannya, anda mungkin perlu menggerakkan kaki hadapannya seperti menguis-nguis untuk merangsangnya. Jika anda melihat anak kucing menguis-nguis lantai atau menyorokkan diri, ini adalah tanda-tanda dia mahu membuang. Berikan pujian jika dia berjaya menggunakan litter box itu. 

Jika anak kucing anda membuang di tempat lain, pindahkan najis atau lapkan air kencing dan letakkan kain itu ke dalam litter box. Bau yang ada pada najis dan air kencing itu akan menggalakkan anak kucing untuk menggunakannya pada masa hadapan. Jika anda melihat anak kucing anda sedang membuang di tempat lain, angkatkannya dan letakkan dalam litter box (berhati-hati jangan sampai meleret-leret pula najisnya!). 

Basuh kawasan 'jenayah' itu sebaik-baiknya dengan pencuci berenzim supaya tidak ada bau najis di kawasan itu. Jika tidak, anak kucing akan menganggap kawasan itu sebagai tandasnya kerana masih ada bau najisnya di situ. Jangan menghukum kucing seperti meletakkan hidungnya pada najis kerana ini hanya akan memburukkan keadaan dengan menambahkan stress dan ketakutan kepada kucing. Ketakutan dan stress adalah antara punca yang membawa lebih banyak perilaku yang anda sendiri tidak akan sanggup menghadapinya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com