PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Rahsia Di sebalik Misai Kucing



Misai yang dimiliki oleh kucing pernah diberi jolokan deria ke-enam kucing. Misai ini adalah sangat sensitif sehinggakan jika ia digerakkan hanya 1/2000 daripada lebar rambut manusia, ia akan menghantar isyarat kepada otak kucing. Dari segi anatomi, misai kucing ini dipanggil tactile vibrissae. Misai yang bertindak sebagai sensor sentuhan ini digunakan untuk mengendap buruan, mengukur dan memberi amaran kepada kucing terhadap halangan yang tidak dapat dilihat oleh kucing.


Misai yang rosak akan menyebabkan salah tafsir dan meraba-raba teutamanya dalam keadaan gelap. Misai mengesan angin dan perubahan terhadap gerakan angin. Maklumat ini digunakan untuk mengenalpasti lokasi binatang buruannya. Dalam suasana gelap, kucing bergantung kepada misainya untuk navigasi dan koordinasi. Jika kucing kehilangan misainya, dia terpaksa bergantung kepada matanya sahaja untuk berjalan dan memburu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com