PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Resepi Masak Kari Ayam Simple

Saya nak share resepi Masak Kari atau Gulai Ayam Simple. Kari ni sangat simple, sesuai sangat bagi yang nak masak cepat atau mudah tapi tetap sedap. Orang-orang bujang yang nak masak sendiri tu boleh la cuba resepi ni, sebab sangatlah mudah berbanding resepi kari yang asal.
Bahan-bahan:
  • Serbuk kari ayam 1 paket kecil (ikut sukatan sendiri) di gaul dengan sedikit air
  • Santan pekat 1 cawan 
  • Ayam 4 ketul (medium saiz)
  • Air 1 mangkuk kecil (ikut sukatan sendiri)
  • 2 biji bawang kecil atau1 biji bawang besar (medium saiz) dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis (ikut sukatan sendiri)
  • Sedikit halia yang diketuk.
  • 1 keping asam keping boleh di tukar kepada asam jawa
  • 3 sudu serbuk teh garam (ikut sukatan sendiri)
  • 1 sudu serbuk teh ajinamoto (ikut sukatan sendiri)



Cara-caranya:

  • Tumis kesemua yang berwarna merah sehingga kekuningan
  • Masuk kari ayam tumis sehinga pecah minyak( pecah minyak = keluar minyak dari kari)
  • Masuk Ayam kemudian gaul sebati dan air tunggu sehingga menggelegak atau mendidih dan empuk
  • Masuk santan dan asam keping gaul sampai sebati tunggu sampai mengelegak atau mendidih
  • Masuk garam dan ajinamoto kemudian gaul sehingga sebati dan tutup api 
  • Siap ^_^

Hanya yang SimPle SaHaja! ^_^

1 ulasan:

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com