PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Resepi Masak Lemak Ayam Cili Padi

Resepi kali ini adalah resepi Masak Lemak Ayam Cili Padi, memang my favourite, sebab ada rasa lemak dan rasa pedas. Resepi sangatlah mudah memang sesuai untuk yang nak cepat dan nak yang simple-simple je ^_^.

Bahan-bahan:
  • Santan pekat 1 cawan 
  • Santan cair 1 mangkuk kecil (sukatan sampai tenggelam ayam)
  • Ayam 4 ketul (medium saiz)
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
    2 biji bawang kecil atau1 biji bawang besar (medium saiz) dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 batang serai diketuk
  • Sedikit kunyit hidup diketuk (tak nak letak pun tak apa)
  • Sedikit halia yang diketuk
  • 4 atu 5 biji cili padi (ikut sukatan sendiri).
  • 1 keping asam keping boleh di tukar kepada asam jawa
  • 3 sudu serbuk teh garam (ikut sukatan sendiri)
  • 1 sudu serbuk teh ajinamoto (ikut sukatan sendiri)



Cara-caranya:

  • Masuk kesemua yang berwarna merah ke dalam periuk gaul rata (jangan letak atas api lagi)
  • Kemudian letak atas api tunggu senhingga mendidih dan ayam empuk
  • Masuk santan pekat dan asam keping tunggu sehingga mendidih
  • Masuk garam dan ajinamoto kemudian gaul sehingga sebati dan tutup api 
  • Siap ^_^
Hanya yang SimPle SaHaja! ^_^

1 ulasan:

  1. menarik untuk dikongsikan...thanx(^__________^)

    BalasPadam

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com