PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Lolie Beranak Kali Kedua

Bobo dan Tetam
Dodi dan Cico
Pada 09 Jun 2012, pada pukul 10.40malam Lolie beranak untuk kali kedua.. 2 jantan dan 2 betina. Ketika itu Lolie hampir-hampir beranak di atas riba saya, sebab ketika itu saya kusyuk menonton tv patut la Lolie manja semacam je.. rupa-rupa dia tengah tahan sakit nak beranak. Lolie nak beranak punya la banyak ragam.. waktu tu saya tak sedar dia nak beranak... saya tergerak hati mengangkat ekor Lolie kemudian saya ternampak ** .. saya pun cepat-cepat angkat Lolie di tempat yang saya sediakan beberapa hari yang lalu.. Lolie mengiaw-ngiaw tak mahu duduk di situ.. jadi saya terpaksa duduk di sebelah lolie dari pukul 10.40 malam sampai 11.30 malam... waktu itu 3 ekor yang keluar... saya ingat Lolie dah selesai.. tapi selepas saya menonton tv kemudian saya menjenguk Lolie semula rupa-rupanya dah 4 ekor.. saya happy sangat waktu tu, yela Lolie tak pernah lahir sampai 4 ekor. Sebelum ni pun hanya 2 ekor. Harap kali ni biarlah anak Lolie lahir dalam keadaan sihat sampai ke tua. =)

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com