PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Membuang Kuku Kucing | Declawing

Adakah anda perlu mengambil kira kaedah declawing?


Jika ada topik yang pasti akan menimbulkan perbincangan hangat dikalangan pencinta kucing, ia adalah declawing. Prosedur ini dijalankan untuk mengatasi masalah mencakar atau scratching sepenuhnya. Sesetengah pembiak kucing atau breeder dan organisasi kemanusiaan enggan meletakkan kucing kepada mana-mana pemelihara atau adopter yang tidak berjanji untuk tidak melakukan declawing. Saya sendiri tidak menyetujui prosedur declawing ini. Sesetengah negara juga mengharamkan amalan declawing ini. Setahu saya, yang banyak mengamalkan declawing ini adalah di Amerika. Saya berharap pencinta kucing di Malaysia tidak akan melakukannya sama sekali.


Declawing adalah pembedahan untuk memotong bahagian terakhir jari kaki. Bayangkan anda membuang hujung jari anda pada ruas pertamanya, begitulah gambarannya. Kulit kucing akan dijahit pada sendi yang terdedah dan kakinya akan di balut dan memerlukan masa beberapa minggu untuk pulih. Dalam kebanyakan kes, hanya kuku hadapan sahaja yang dibuang.


Declawing adalah berbeza dengan memotong kuku. Seperti anda memotong kuku, anda hanya memotongnya agar tidak terlalu panjang atau tajam. Atau anda hanya mengikirnya sedikit. Anda sama sekali tidak akan membuang kuku anda sepenuhnya, tetapi declawing akan membuang keseluruhan kuku kucing. Kuku kucing bukanlah sekadar kuku, tetapi ia adalah sebahagian daripada struktur tulangnya, malah ia bersambung dengan sendi kakinya. Kerana itu dikatakan declawing adalah proses mengkudungkan kakinya.

Walaupun prosedur ini berjaya mengatasi perilaku ganas, namun seringkali berlaku declawing ini dilakukan setelah kucing itu mencakar buat pertama kalinya dalam rumah! Yang paling dahsyat lagi adalah ada sebahagian pemelihara kucing ini menganggap ini adalah sesuatu yang rutin jika mahu membela kucing, sama seperti rutin memberi makan kepada kucing.

Scratching atau mencakar adalah semulajadi dan kucing berasa puas jika dapat melakukannya dan adalah tanggungjawab anda sepenuhnya untuk berusaha mengajarnya mencakar di tempat yang sesuai sebelum anda berfikir mahu melakukan declawing. Ada yang berpendapat bahawa declawing ini tidak mengapa jika kucing itu tidak dapat diubah langsung tabiatnya dan mengganas, namun saya tidak fikir terdapat begitu ramai pemelihara kucing yang mampu bertoleransi dengan baik. Kebanyakan mereka hanya tidak mahu menanggung risiko kerosakan perabot mereka dan akhirnya melakukan declawing.

Bagi saya, anda tidak seharusnya mengambil jalan mudah dengan melakukan declawing. Sepatutnya anda mencuba kaedah ubahan perilaku, seperti mana yang saya anjurkan di blog ini dan banyakkan bersabar. Anda juga boleh melakukan trimming pada kuku kucing agar tidak terlalu tajam tetapi lakukannya dengan berhati-hati. Tanya diri anda sendiri, adakah anda memberi pilihan kepada kucing anda?




Jika anda memilih juga untuk melakukan declawing, pastikan kucing anda sentiasa berada dalam rumah. Ini kerana tanpa kuku, kucing anda akan terdedah kepada segala bahaya yang ada di luar rumah dan dia tidak akan mampu mempertahankan dirinya. Dia tidak mampu untuk memanjat pokok atau apa sahaja untuk melarikan diri.

2 ulasan:

  1. eima kalau sy mmg x setuju declawing nape nk nafikan hak diorg..kita mahu bela diorg terima mereka sebaik mgkin.kesian tau....even nk kerat kuku mereka sikit pn sy x smpi hati sbb kbykn kucig saya jenis outdoor pndgn saya mereka perlukn kuku yg perlu diasah tajam tujuannya defend diri mereka..

    BalasPadam

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com