PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Senarai Kucing Beekor Pendek



Kucing  yang berekor pendek adalah berlaku secara semula jadi atau berlaku secara tidak semula jadi. Beberapa baka kucing berekor pendek berkembang melalui generasi pembiakan kucing domestik dengan kucing liar, seperti Bobcat, Lynx dan Kucing Hutan, manakala kucing berekor pendek yang lain terjadi secara semulajadi.

American bobtail

Kucing American bobtail adalah kucing berekor pendek yang semulajadi, berasal dari Amerika Utara. Kucing bersaiz besar sederhana ini berkelakuan sangat aktif. Ia menyerupai kucing hutan tetapi mempunyai ciri-ciri kucing domestik. Baka ini mengambil masa sehingga tiga tahun untuk mencapai kematangan dan mempunyai kecerdasan yang tinggi. Permulaan kehidupan kucing American bobtail bermula pada tahun 1960-an, apabila kucing betina yang berekor pendek di temui di penempatan India di Arizona. The International Cat Association (TICA) mengiktiraf secara rasminya baka ini terjadi secara semula jadi pada tahun 1989.

Manx

Kucing Manx atau Cymric mempunyai tulang belakang mutasi yang semula jadi. Baka ini berasal dari Isle of Man ditemui kira-kira 300 tahun dahulu, baka ini yang pertama kali dilabel sebagai "stubbin." Personaliti kucing Manx sangat suka bermain, dan sangat penyayang terhadap manusia.

Japanese bobtail

Kucing Japanese bobtail ini berasal dari Jepun lebih 1,000 tahun yang lalu dan telah mula diimport ke Amerika Syarikat pada tahun 1968. Japanese bobtail biasanya mempunyai tiga warna iaitu putih, tan atau merah dan hitam. Baka ini adalah bijak dan suka berbual dengan manusia tetapi dalam bahasa kucing la..heheh. Mereka tidak kuat, tetapi tidak seperti baka kucing yang lain, mereka boleh membuat pelbagai suara.

Kurilian bobtail

Kucing Kurilian bobtail berasal dari Kepulauan Kurile yang memisahkan Pasifik Utara dari Laut Okhotsk. Kebanyakan Kepulauan Kurile jatuh di bawah pemerintahan Rusia, walau bagaimanapun, sesetengah lagi di bawah pemerintahan Jepun. Kerana ini,  Kurilian bobtail mungkin berketurunan berekor pendek dari Jepun. Ekor pendek adalah hasil mutasi genetik. Baka ini jarang berlaku di Rusia.

Highlander

Pada tahun 1995, kucing Jungle Curls dikacuk dengan kucing Desert Lynx, dan melahirkan anak kucing kacuk yang diberi nama kucing Lynx Highlander. Kucing Highlander mempunyai jumlah lebih besar daripada baka kucing yang lain, dengan berat kucing jantan 20 paun atau lebih. Rupa mereka berekor pendek dan mempunyai sepasang telinga yang kecik berbengkok kebelakang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com