PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Tutorial Terbaru Tambah Comments Box Fb Di Blog

Saya sharing tutorial ni sebab sebelum ni, saya pernah mengalami masalah menambah 'Comment Box' di Blog, sejak Facebook telah upgrade Comment Box. Untuk makluman semua sekarang ni untuk HTML IFRAME dah tak ada. So saya cuba menggunakan 'inspect element' dan akhirnya saya berjaya menambah widget Comment Box Facebook di blog saya. Jika korang pun ada masalah macam saya boleh la guna tutorial ni, ikut step seperti di bawah:
1. Mula-mula korang search https://developers.facebook.com/docs/plugins/comments/ dan akan keluar seperti gambar di atas, kemudian masukkan url blog korang dalam kotak merah contoh seperti gambar di atas.

2. Lepas tu korang right click dan klik 'inspect element' seperti gambar di atas.

3. Kemudian akan keluar senarai elemen macam ni, lepas tu korang cari yang ada tulisan iframe seperti dalam kotak merah dalam gambar di atas.

3. Right click di kod iframe contoh seperti gambar di atas dan klik Copy HTML

4. Done! Anda boleh paste kod HTML yang anda copy tadi di Blog anda. ^_^



Jual Beli Kucing Hukum HARUS

Saya sekadar berkongsi info yang saya dapat di google..sebab ramai lagi ada di antara kita masih keliru dengan status jual beli kucing. Ramai yang memberi pendapat yang berbeza mengenai isu ini, tetapi akhirnya isu ini dijawab sendiri oleh Penceramah Popular Ustaz Azhar Idrus.

Mengikut ceramah dari Ustaz Azhar Idrus, berlakunya perselisihan faham dikalangan ulama-ulama Feqah masalah jual binatang yang tidak boleh dimakan. Jadi beliau mengambil contoh bagi kaum yang mengatakan boleh di HARUS kan jika untuk kecantikan. Sebagai contohnya kucing, ianya dibela kerana kecantikan dan penjadi peneman bagi orang-orang Islam, anjing pula diciptakan untuk orang-orang bukan Islam. Jadi tidak perlu untuk berselisihan atau pergaduhan antara  kaum.

Dibawah ini juga video di Youtube Ustaz Azhar Idrus mengenai Hukum Jual Kucing. Semoga persoalan ini terjawab.

10 Tanda-tanda Anda Seorang Pencinta Kucing

Adakah benar anda seorang pencinta kucing? Sebenarnya ramai yang sukakan haiwan yang comel ini, tetapi sukar untuk menjadi seorang Pencinta Kucing. Mungkin ramai yang mempunyai beberapa sebab mengapa mereka tidak dapat melakukan seperti seorang pencinta kucing, mungkin kerana masa, ekonomi, komitmen dan masalah-masalah lain. Jadi kita tak berhak untuk memandang rendah pada mereka yang belum mencapai tahap seorang 'Pencinta Kucing'. Namun jika anda mempunyai 10 Tanda-tanda seperti dibawah, tahniah! Anda Memang Seorang Pencinta Kucing!

Anda Seorang pencinta kucing jika...

1. Anda lebih suka tidur bersama dengan kucing anda, walaupun beberapa bulu kucing melekat di muka anda. Daripada anda menolak kucing anda jauh apabila kucing anda datang bertenggek di bantal anda.

2. Selepas anda minum air, anda tidak berasa jijik jika kucing anda pula yang meminum air di dalam cawan anda.

3. Ketika anda melihat kucing jalanan, anda terus ingin menyelamatkannya. 

4. Jika anda memiliki berus gigi kucing, anda akan memberus gigi kucing anda sekali seminggu.

5. Pada anda, bunyi dengkuran kucing adalah salah satu bunyi yang paling tenang di dunia. 

6. Apabila anda memarahi kucing anda, anda terus memeluk dan mencium kucing anda. Tanda penyesalan anda terhadapnya.

7. Ketika leka kucing anda berada diriba anda, anak-anak anda menarik kucing anda kerana dia turut ingin berada diriba anda.

8. Anda menyediakan air tambahan untuk kucing anda seperti auto water untuk kucing, kerana kucing suka minum air dengan kerap.

9. Anak anda dan kucing anda bermain permainan kanak-kanak yang sama. 

10. Tidak kira berapa banyak kucing anda, anda sentiasa berfikir anda mungkin akan mengambil kucing angkat lagi. Kerana anda benar-benar sukakan kucing.

Oh! Kereta Proton Persona SV

07 Januari 2014......loan dah lulus..semalam surat agreement pun dah sign, sekarang ni tunggu kereta je belum keluar lagi. Saya dapat info mengatakan pihak Proton tengah buat kereta Proton Persona sebab waktu ini kereta Proton Persona SV laku macam pisang goreng. Saya memang tak sabar nak dapat kereta baru ni, bukan apa hujung bulan ni tahun baru cina..dalam perancangan nak balik kampung di Kedah, Tapi bila cakap dengan agen proton, dia cakap dia pun tengah tunggu stock. Ok sabar jela,  lepas tu..dengar orang lain cakap plak paling lambat pun awal bulan 3. Uwaaa!! 2 bulan tu..tak kan kot!! Kempunan aku nak balik kedah naik kereta baru sempena cuti tahun baru cina ni.  Sekarang ini pihak Proton tidak lagi mengeluarkan model lama iaitu Proton Persona Standart dan Proton Persona Elegance kerana pihak Proton akan menggantikan model tersebut dengan model "Proton Persona SV" dengan harga lebih rendah. Untuk review seperti di bawah:

Kereta Persona Sv, enjin 1.6 litre Campro IAFM twin-cam 4 silinder yang menghasilkan kelajuan 110 kuasa kuda pada 6,500 rpm dan Suspensi diambil dari MacPherson. Kereta Persona Sv menggunakan rim 15 inci dan tayar tayar 195/60. Didatangi dengan dua beg udara, brek cakera untuk setiap tayar, brek anti kunci (ABS). Kekurangan pada versi ini ialah tiada lampu kabus dan cermin sisi adalah manual.

Aksesori kereta seperti CD Player, Airbag driver, Airbag passenger, ABS Brakes, Sport rims, Alarm, Central lock, Adjustable steering.

Warna

~ Solid White
~ Bronze Garnet
~  Tranquility Black
~ Genetic Silver
~ Fire Red
~ Chiffon Green
~ Atlantic Blue (Biru Suprima)

Harga Termasuk Insuran

Manual = (RM 44,938 solid, RM 45,388 metallic)
Auto = (RM 47,938 solid, RM 48,388 metallic)

p/s: Sekarang ni saya dah pun dapat kereta Proton Persona SV...happy tak terhingga..sesiapa nak review kereta saya klik di "sini."

Coretan Filem Transformers 1,2 dan 3

Salam semua..coretan kali ni mengenai filem Transformers 1,2,dan 3 arahan Michael Bay. Memang filem ni dah lama keluar kat pawagam, mungkin dah basi kot hehe...tp saya sengaja nak menceritakan sedikit mengenai filem ni. Semua mengakui kehebatan Filem ni, memang hebat. Saya tak pernah ketinggalan menonton filem Transformers dan juga sambungannya 2 dan 3. Memang hebat berbeza kalau menonton di tv, memang puas tonton di pawagam. Tapi masa nak tonton kat pawagam tu jangan la duduk di depan sekali or barisan 2 dan 3..memang tak puas..sakit leher ler..kang tak puas plak. Saya pernah gak kena sekali, sebab beli tiket saat-saat akhir. Habis pasal saya mengomel, so jom baca pasal filem-filem di bawah ni plak.

Filem Transformers 1 (2007) hero Shia LaBeouf dan heroin seksi Megan Fox. Pada mulanya saya memang tak kenal siapa kedua-dua pelakon ni, rasa macam pelik plak gadingan mereka. Tapi bila dah menonton hampir ke puncak filem ni baru tahu gandingan mereka memang kena dengan jalan yang ingin dipaparkan oleh pengarah Michael Bay. Pada firasat saya Lakonan Megan Fox hanya untuk menarik lebih banyak orang ke panggung expecially lelaki kerana keseksian beliau, tapi memang kena dengan jalan cerita. So tak ada masalah la kan. Manakala lakonan Shia La Beouf sangat hebat dengan aksi dan celoteh beliau dalam filem ni, boleh kata "dia ni tak penat bercakap ke?" hehehe..Sam Witwicky(Shia La Beouf) dalam filem ni seorang yang tidak popular di sekolahnya, dan rendah diri kerana jatuh hati dengan si jelitawan Mikaela Banes(Megan Fox) yang mempunyai teman lelaki yang popular dan berbadan sasa dan juga saya tengok watak Sam seorang yang serius tapi tetap kelakar. Sementara pelakon lain seperti Josh Duhamel(William Lennox) dan John Turturro(agent Simmons) memberi impak yang menarik dalam Transformers. Dari mula cerita hingga ke hujung cerita, memang seronok dan sangat menarik, tak jemu langsung. Aksi-aksi robot yang ditonjolkan seperti realiti dan tak ada sedikit cacat celanya. Babak sedih juga diselitkan ketika Autobots Bumblebee ditangkap oleh Sector Seven. Memang sedih woo...saya pun nangis kat pawagam tu. Waktu babak tu memang senyap-sunyi je, mungkin ramai orang tengah menangis kot hehe. Pengakhiran cerita ini yang bagus untuk menyambung cerita yang seterusnya.
~Untuk baca sinopsis filem Transformers 1 ini klik di sini.

Transformers: Revenge of the Fallen(2009) adalah sambungan Transformers yang pertama. Dalam filem ni aksi-aksi autobots yang makin bertambah dan autobots jahat makin bertambah di bumi. So filem ni lebih hebat berbanding yang pertama. Sekali lagi gandingan mantap hero Shia LaBeouf dan heroin Megan Fox. Dalam cerita ni Sam Witwicky(Shia La Beouf) telah tamat dari Sekolah Tinggi dan akan melanjutkan pelajaran ke kolej, manakala Mikaela Banes(Megan Fox) hanya bekerja di bengkel bapanya. Cuma ada babak yang membosankan waktu ibu bapa Sam berkemas barang-barang Sam untuk menhantar anak mereka ke kolej. Time babak ibu Sam yang  menangis berjela-jela dengan mengomel entah apa-apa memang agak membosankan. But the way lain-lain memang tak jemu, makin tak sabar nak lihat kemuncak cerita dan pengakiran cerita. Pertambahan watak Leo (Ramon Rodriguez) sebagai rakan bilik membuatkan cerita lagi menarik dan juga babak sedih ketika Sam mati seketika memang mengalirkan air mata, kemudian dihidupkan semula oleh autobots Prime zaman purba. Dalam Transformers kedua aksi-aksi autobot makin bertambah membuatkan penonton tak senang duduk untuk menonton filem yang hebat ini. Pengakhiran cerita yang menarik untuk menyambung yang seterusnya.
~Untuk baca sinopsis filem Transformers: Revenge of the Fallen ini klik di sini.

Transformers: Dark of the Moon (2011) pertama kali Shia La Beouf digandingkan dengan Supermodel jelita Rosie Huntington-Whiteley memegang watak sebagai Carly Spencer kekasih baru Sam, manakala watak Mikaela Banes(Megan Fox) langsung tidak wujud untuk filem kali ini. Ramai peminat Transformers kecewa apabila heroin ditukar kerana watak Mikaela Banes(Megan Fox) sudah sebati dalam filem tersebut. Terasa seperti ada kekurangan di situ, walaupun ramai yang kecewa dengan pengarah Michael Bay yang menukar heroin namun filem ini tetap hebat. Mungkin mereka mempunyai masalah dalaman yang kita tak tahukan..but the way memang frust la nak tengok lakonan Megan Fox dalam filem ni tapi tak kesampaian. Dalam filem ini Autobots jahat makin bertambah di bumi berbanding Filem Transformers 2. Kekadang seperti tak masuk akal jalan ceritanya. Namun tidak mengewakan kerana aksi-aksi yang ditonjolkan memang hebat-hebat. Cuma seperti kehabisan idea untuk mereka plot jalan cerita ni, kerana penonton dah boleh teka pengakhiran cerita ini. Bagi saya, saya lebih suka Transformers 2 kerana jalan cerita yang best dan juga aksi-aksi yang menarik seperti ketika Sam Witwicky(Shia La Beouf) mencari Matrix untuk menhidupkan Optimus Prime dan juga ketika autobots baik dan jahat berlawan di Mesir. Hope untuk sambungan Transformers 4 akan datang akan lebih menarik. Agak-agaknya Megan fox kembali beraksi tak..hehe...mungkin tak kot..
~Untuk baca sinopsis filem Transformers: Dark of the Moon ini klik di sini.

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com