PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Kereta Proton Persona SV Ku Yang Comel

Saya sekadar nak berkongsi dengan pembaca blog tentang kereta Proton Persona SV warna merah (Fire Red) saya, selepas saya mendapat beberapa maklum balas tentang kereta Proton Persona SV. Dulu time saya nak kenal kereta ni saya pun asyik gugel kat tenet, nak tahu macamana warna Fire Red dan body Persona SV ni. Tapi Tak ada satu pun yang saya jumpa, yang ada hanyalah warna putih dan juga warna hitam. Oleh kerana saya terlalu obsessed dengan warna pink dan juga patung Hello Kitty maka di dalam kereta saya penuh dengan warna pink dan juga patung Hello Kitty. Jika Proton ada buat warna pink pasti saya akan pilih warna pink! Kalau nak cat semula warna pink memang tak sesuai waktu ini kereta kereta saya masih baru, nanti mesti dah tak ada waranti. 

Setakat ni saya pakai kereta ni ok..speed 100 pun tak terasa..sebab selesa. Maklum la sebelum ni saya pakai kereta manual, sekarang pakai auto. Tapi yang paling best time nak balik kampung..kampung saya di Kedah so, macam-macam boleh masuk dalam kereta ni. Sampaikan mesin basuh 3.5kg pun saya sumbat masuk dalam kereta saya.. bawa balik kampung la hehe... Time saya balik dari kampung, saya angkut plak pokok bunga mak saya yang  masih lagi berbunga mekar..ada yang kecil dan ada yang besar, lebih kurang 7 jenis pokok bunga saya sumbat dalam bonet. Sangat puas hati sebab ruang kereta yang luas. Sesiapa nak review Proton Persona SV saya yang comel ni...jom cuci mata ^_^

Gambar ni saya snap semasa tengah cuci kereta, nak snap di rumah tak dapat snap full body, so saya share yang ni jela...






12 ulasan:

  1. As salam...kereta awak dapat tinted voucher tak? bpe nilai tinted baucer tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. X..xdpt..voucher tu atas baik ht agen kete..klu cam sy ni xdpt..time gmb ni sy lom psg tinted lg..skg sy dh psg..harga tinted Rm400..

      Padam
  2. mne nak dptkn hello kitty tu?

    BalasPadam
  3. Assalamualaik..
    Ok tak kereta ni..?
    Saya tgh consider nak beli Persona SV jugak.. =)

    BalasPadam
  4. Assalamualaik..
    Ok tak kereta ni..?
    Saya tgh consider nak beli Persona SV jugak.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni sy pakai alhamdulillah..xde mslh lg...lg pun kereta ni selesa..speed 100 pun xterasa...hehehe

      Padam
  5. salam, kat mana nak cari sarung kusyen yang awak letak tu dan berapa harganya?

    BalasPadam
  6. wslm..Time ni saya beli RM250 di ToonsGarden. Link FB page beliau https://www.facebook.com/ToonsGarden

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. maybe klu awk pandai cari di tempat lain...akan lg murah kot....

      Padam

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com