PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Resepi Maggie Goreng Simple

Maggie goreng adalah menu paling senang dimasak, tak guna banyak bahan pun. Sangat simple tapi sedap! Sesuai utk sarapan dan makan petang...malam pun bleh juga.^_^
Bahan-bahan:
  • 1 bungkus maggie yang direbus dgn air panas
  • 2 biji bawang merah atau1 bawang besar saiz medium
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 2 biji cili padi
  • Sedikit minyak untuk di tumis.
  • Sedikit garam
  • Sedikit ajinamoto


Cara-caranya:

  • Tumis kesemua yang berwarna merah hingga kekuningan
  • Masuk hanya sedikit garam dan ajinamoto (kalau rasa tak cukup tunggu sehingga maggie dimasukkan baru tambah garam lagi)
  • Masukkan telur tunggu sehingga telur itu separuh masak kemudian gaul
  • Masuk maggie dan gaul
  • Siap ^_^
Hanya yang simple sahaja ^_^ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com