PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Citam Kucing Pertamaku

Citam
Kisah ini aku ingin kongsikan bersama pembaca, diharap pembaca suka dengan coretan yang tidak seberapa ini. Sebenarnya sejak aku dilahirkan aku sudah pun mengenali kucing, kerana ibu dan ayahku membela kucing untuk menhindarkan tikus dari berkuasa di rumahku. Biasalah bagi rumah kampung, senang sangat tikus nak ceroboh jika tidak ada tuan pemangsa menjaga rumah. Selepas aku berkahwin barulah aku mempunyai kucing sendiri, bukan kucing ibu atau ayah mahupun saudara-mara aku iaitu kucing aku sendiri. Aku akan memulakan cerita citam kepada pembaca, maaflah kalau aku berceloteh agak membosankan. Ceritanya begini, pertemuan antara aku dan citam pada waktu malam kerana aku dan suami balik daripada dinner di luar jam kira-kira pukul 9.00 malam ketika itu. Sebaik sahaja sampai di pangsapuriku, aku dan suami terus menuju ke kedai topup berdekatan, sedang aku membeli topup suamiku sedang leka bermain dengan seekor kucing. Aku cuma mencuri pandang dari jauh, selesai sahaja urusan aku, aku terus mendekati suamiku dan mengajak pulang ke rumah kami yang berada di tingkat 3. Ketika melangkah kaki beberapa langkah tiba-tiba kucing yang bermain bersama suamiku mengiaw-ngiaw, seperti tidak mahu kami melangkah pergi. Oleh kerana kasihan dan juga rupa kucing yang comel aku dan suami buat keputusan untuk membela dan menamakan kucing itu 'citam', oleh kerana citam adalah jantan dan juga bulunya yang hitam campur putih yang ketika itu umur citam baru mencecah 6 atau 7 bulan. Tapi sayang aku sempat bersama citam hanya 8bulan, ini kerana aku terpaksa menyerahkan citam kepada maksuku ketika itu aku meninggalkan citam di rumah ibuku di kampung sebelah utara. Dalam perancangan aku mahu membungtingkan kucing betina ibuku. Tapi lain pula yang jadinya, kerana tanpa disangka citam telah memakan hampir kesemua anak-anak ayam ibuku. Menambah kegeraman ibuku apabila citam memakan anak-anak ayam jiran ibu pula. Waktu itu aku tidak dapat pulang untuk mengambil citam kerana suamiku tidak dapat cuti. Mahu tidak mahu aku terpaksa serahkan kepada maksu aku. Kini citam hanya dalam kenanganku.
Citam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com