![]() |
Optimus Prime |
Sape dah tengok filem Transformers 4: Age Of Extinction...saya baru jer tengok malam tadi di pawagam, setelah 2 kali frust tiket habis. Kali 3 pergi baru dapat tengok filem ni. Pada mulanya memang saya tak sabar nak tengok filem ni, yelah Transformers yang sebelumnya ini memang hebat-hebat. Tapi kali ini Transformers 4: Age Of Extinction tidak berapa best la.
![]() |
Bumblebee |
Mungkin kerana kesemua pelakun lama diganti menyebabkan filem kurang perencah di dalam makanan, yang peliknya saya tak sabar nak keluar dari panggung. Tayangan filem ni sangatlah lama, macam tengok filem hindustan plak. Saya masuk panggung 9.15pm..dan keluar 12.10am. Bayangkan berapa lama, komedi yang diselitkan macam dibuat-buat. tak kelakar sangat pun.
![]() |
alian jahat (lupa nama la.. ^_^ ) |
Saya sebagai peminat filem Transformers agak kecewa hasil sentuhan Micheal Bay kali ini. Saya tak nafikan hero baru iaitu Mark Wahlberg hebat..dan Nicola Peltz yang seksi tapi saya katakan seperti tadi tak berapa best. Pengarah tak nak kekalkan orang lama mungkin nak jimat duit kot, sebab kalau buat sambungan filem bayaran diberi kepada pelakun makin tinggi.
![]() |
Grimlock |
Itu mungkin pendapat saya la..watak Autobot Bumblebee pun tak berapa menonjol. Kalau nak diikutkan sebelum ni watak Bumblebee lebih menyerlah tapi kali ini Autobot Optimus Prime yang lebih menonjol. Kelebihan Filem ni watak robot jahat sangat menakutkan, cuma asyik tunjuk kapal jelah..planet diorang xtunjuk plak. Star untuk Transformers 4 Age Of Extinction...4/5.. hope sambungan untuk kelima akan lebih hebat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan