PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Oyen dan Lolie Pengubat Sepiku

Oyen
Memang aku sentiasa sunyi meniti hari-hari seharian yang penuh membosankan kerana suamiku sentiasa sibuk dengan kerja walaupun di hari minggu. Jarang sekali kami dapat keluar bersama..tapi mujurlah Oyendan Lolie sentiasa ada di sisiku di kala aku suka dan duka. Merekalah pengubat sepiku yang tiada ganti..aku berharap mereka sentiasa sihat selalu. Moga Allah memperkenankan doaku..kerana aku tidak mempunyai cahaya mata mungkin kerana itulah Allah menemukan aku dengan Oyen dan Lolie. Semoga kucing-kucingku turut mendoakanku kepada Allah S.W.T supaya di satu masa nanti aku mendapat cahaya mata. Aku sayang kucing-kucingku seperti aku menyayangi anakku sendiri.
Lolie

2 ulasan:

  1. nasib kita sama, smlm sy kehilangan jojo ,kucing yang paling manja akibat kanser paru paru ,mengikut kata doc mgkn dari kecil dia menghidap ketumbuhan. Sedddih sgt2

    BalasPadam
    Balasan
    1. siannye kucing awk mesti dia dh lama tahan sakit..Klu kucing skt dalaman mcm kanser kita pun xtahu dia tgh sakit...

      Padam

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com