PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Lolie Yang Manja

Mula-mula Lolie datang ke rumahku dia memang seekor kucing yang manja, cepat mesra dengan sesiapa sahaja. Mulanya aku berfikir macam tu la.. tapi lama kelamaan tanggapanku silap mula-mula Lolie tak berapa suka didukung..makin lama denganku makin dia suka didukung dan manjanya makin menjadi-jadi, Kalau angkat Lolie mesti buat-buat badan lembik semacam heheh...mungkin dia dah tahu aku ni tuan dia kot sebab Lolie tak suka kalau hubby aku yang dukung dia..mungkin dia tak berapa mesra dengan hubby aku kot.. yelakan hubby aku jarang ada dirumah asyik keje je..cari rezeki.. Kadang-kadang aku tengok hubby aku "agak cemburu" dengan aku sebab kucing-kucing kami tak mesra langsung dengan dia berbanding aku..hehe kalau papa baca blog ni mesti dia geram kat aku ni.. "papa sorry ye papa..ni benda betul bukan mama wat citer.." kalau korang la kan.. agaknye jeles tak dekat pasangan atau sesiapa sahaja apabila melihat kucing anda lebih mesra dengan orang lain berbanding anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com