PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Pengalaman Buang Tahi Lalat

Sebenarnya saya nak berkongsi pengalaman saya buang tahi lalat. Dah lama saya cari cara yang senang dan mudah selain daripada rawatan laser. Tahi lalat yang saya buang di belakang leher dan juga di bawah telinga. Saya mula perasan tahi lalat saya mula tumbuh membesar ketika saya sekolah rendah lagi, makin lama makin besar. Sepanjang tahi lalat itu bersama saya, ramai juga yang tegur tapi hanya tersenyum atau buat tak tahu. Dalam hati memang malu, Kalau keluar rumah lain la sebab pakai tudung so tak nampak la. B eberapa hari yang lepas saya tergoogle pasal tahi lalat. Saya baca komen ramai juga yang berjaya..dan ada jugak yang tak puas hati. Tapi saya kuatkan semangat untuk mencuba. Bagi yang sesiapa nak cuba, ramuan seperti di bawah:

Bahan-bahan:
  1. kapur sireh
  2. sabun serbuk (sabun cuci baju)


Cara-cara:
  • secubit kapur sireh digaul bersama secubit sabun serbuk (untuk gaul elak guna besi)
  • cucuk tahi lalat dengan jarum. Cucuk sikit je untuk bagi ramuan meresap ke dalam tahi lalat.
  • letakkan ramuan tadi di atas tahi lalat, sekali sehari sehingga tahi lalat gugur  tetapi bagi tahi lalat degil, tak nak gugur lakukan sehingga tahi lalat betul2 mati.
  • Selepas tahi lalat mati, tahi lalat akan betul2 mengeras dan waktu itu saya cubit tahi lalat yang degil tu perlahan lahan hingga saya berjaya buang tahi lalat tanpa rasa sakit atau keluar darah. Manakala tahi lalat yang lagi satu tetiba hilang, saya rasa tahi lalat tu bertukar menjadi gelembung warna putih seolah-olah seperti gelembung demam campak.

Kemudian saya amalkan letak minyak gamat dibekas tahi lalat kerana minyak gamat bagus untuk
membaik-pulih luka dan mempercepatkan sel-sel baru supaya luka cepat sembuh.

*** AMARAN!! TIDAK DIGALAKKAN MENCUBA DI WAJAH ATAU MUKA ANDA. SEGALA YANG BERLAKU SETELAH MENGGUNAKAN RAMUAN INI ADALAH TANGGUNGJAWAD ANDA..TERIMA KASIH.

Ini la.. tahi lalat saya yang saya cubit tu.

8 ulasan:

  1. Saya dah buad hari ni msk 4 hari.. Tahi lalat jadi makin leper n membesar dari asal..hari ni masih sy teruskn lg tapi kali ni sy tak letak smpi luka kulit just kt tahi lalat je tp tak pedih pulak mcm yg lepas².. Normal ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. normal..sebab tahi lalat tu dah mati tp dikawasan atas shj...kawasan yg hampir dgn kulit still hidup lg akarnya..awk teruskan pakai je ramuan tu..tp pakai dgn hati2..sekali sehari jer..sy pun mengambil ms hampir 2 bulan sembuh sepenuhnya dr luka.klu tahi lalat awk berada di kawasan kering lg cpt sembuh berbanding di kawasan berpeluh.

      Padam
  2. saya punya tahi lalat mati atas hidung . saya guna cara nie boleh x ?

    BalasPadam
  3. saya punya tahi lalat mati atas hidung . saya guna cara nie boleh x ?

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slm..tahi lalat sy dh tkopek skit n kering area atas n tepi..so sy cubit je sbb dh 7days x gugur lagi hehehe..tp ade kuar darah.just continue pkai ke?tq awk

      Padam
    2. alamak kuar darah??mesti xcukup kering sbb tu bila awak cubit kuar darah..klu nk sambung pakai..tunggu bekas tu sembuh dulu...kang pedih plak..

      Padam
  5. Assalam... saya nak share juga cara mudah buang tahi lalat, kutil, ketuat, biji kolestrol, lebihan daging... https://www.facebook.com/LMCorganichana/

    BalasPadam

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com