PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Tudung Jenama Fareeda

Entry kali ni saya nak sebut tentang 'Tudung Fareeda' yang menjadi kegilaan sebahagian wanita Malaysia. Di Facebook ramai peniaga online yang menjual tudung berjenama ini..walaupun agak mahal tapi berbaloi dengan kualiti tudung tersebut.
Fareeda Sofeya

Saya adalah seorang penggemar tudung Fareeda Sofeya, setakat ini style Fareeda Sofeya yang menarik minat saya walaupun ketika ini fenomena Fareeda Aisya sangat hangat di pasaran. Tambah-tambah Cik Mawar baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Pelakon Fezo Omar, lagi la bertambah hangat Fareeda Aisya. Saya pernah jugak terfikir nak beli tudung Fareeda Aisya tapi saya buang hasrat tu sebab terpaksa pakai byk step..contoh terpaksa pakai pin di atas kepala dan laraskan selendang bagi kemas dan satu lagi kalau nak iron tudung ni mesti makan masa juga. Berbanding dengan tudung Fareeda Sofeya yang tak begitu sukar untuk memakainya..just sarung..siap..walau simple tetap menawan..heheh, yang paling puas hati awaning tudung Fareeda memang terbaik! Tudung brand lain atau tak ada brand..memang tak dapat menangdingi kehebatan awaning tudung Fareeda dan sususan layer yang begitu kemas dan terletak biarpun berkali-kali dicuci. Sebab itu dari hari ke hari makin bertambah pelanggan Fareeda, biarpun harga yang agak tinggi tapi memang berbaloi untuk dibeli.

Fareeda Aisya
Ok habis cerita pasal kelebihan tudung Fareeda ni..ada juga beberapa saya tak berapa puas hati..contohnya kebanyakkan tudung Fareeda 'Free Size'. Tambah-tambah tudung kegemaran saya tu..tudung Fareeda Sofeya semua 'Free Size'..OMG! Kekadang sebab minat dengan Tudung Fareeda ramai pelanggan Fareeda tutup mata dan pekakkan telinga kalau ada orang komplen or tegur "singkatnye tudung ni.." Saya pun tak terkecuali juga..tambah-tambah bila dah berstatus isteri orang dan Mr. H plak bukannya seorang yang open minded. Memang mata dia berasap kalau tengok saya pakai tudung singkat(atas dada). Penah juga dia bagi amaran kalau pakai lagi dia nak koyakkan tudung-tudung ni. Sejak dari tu saya fikir 10x nak pakai tudung Fareeda Sofeya ni. Memang ada tudung Fareeda yang labuh contohnya tudung Fareeda Aisya dan Fareeda Khadeeja dan Fareeda Zainab. Tapi tudung seperti ini tak berapa menarik perhatian saya, so saya terpaksa cari alternatif lain..beli tudung 'Cetak Rompak'!
Fareeda Khadeeja

Bukan saya sahaja malah ramai lagi wanita yang membeli tudung 3 layer cetak rompak sebab dah putus asa dengan Tudung Fereeda yang hanya mengeluarkan tudung bersaiz 10.5 inci hingga 11.5 inci. Bagi wanita berkahwin mesti bermasalah bila memakainya. Sebab itu kebanyakkannya wanita beralih ke tudung cetak rompak sebab kebanyakkannya bersaiz 12 inci ke atas untuk tudung 3 layer. So jangan salahkan kami kalau kami membeli tudung cetak rompak sebab pihak Fareeda sendiri yang limite kan saiz tudung dan pekakkan telinga kalau kami requast untuk labuhkan sedikit tudung Fareeda Sofeya sekurang-kurangnya saiz 12inci(tutup dada).
Fareeda Zainab

Ada juga beberapa pelanggan wanita yang terpaksa menjual koleksi tudung Fareeda setelah mendapat tentangan hebat dari orang ramai terutamanya suami mereka. So terpaksa let go koleksi kesayangan mereka. Bukan niat mereka nak let go tapi oleh kerana saiz yang tidak bersesuaian terpaksa melepaskan juga, sebab sudah banyak melabur semata-mata nak dapatkan tudung Fareeda.Walaupun pihak Fareeda banyak mengeluarkan paten-paten menarik, namun paten Sofeya tetap no.1. Di harap pihak Fareeda alert pasal masalah kami ini.

Sekilas~Sebenarnya sekarang ni Tudung Fareeda Sofiya ada saiz 12', tetapi pihak Fareeda sepatutnya letak saiz  supaya senang pelanggan memilih saiz..sebab setiap kali pergi ke butik Fareeda di S*** diorang akan cakap semua free saiz. So time nak memilih tu bukan senang sebab terpaksa test 1...1 untuk dapatkan saiz 12' sebab kebanyakkannya saiz standart iaitu saiz 10.5' - 11'. Risau juga takut orang butik tu meluat tengok, asyik test tudung 1...1 pastu beli satu jer. Nak beli banyak2 tak mampu coz beli untuk diri sendiri.


Terima kasih,
~peminat tudung Fareeda~

6 ulasan:

  1. Setuju!pihak Fareeda tlg alert!

    BalasPadam
  2. Betui tu...teringin gak nak pakai cantik2..buat labuh2 tapi tak menarik pulak..

    BalasPadam
  3. Betui tu...teringin gak nak pakai cantik2..buat labuh2 tapi tak menarik pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la..but the paten 'Fareeda Sofeya' paling menarik bg sy...saiz tutup dada tu mmg ada tp..itu lah..susah nak cari..sbb xletak saiz..terpaksa test 1..1..

      Padam
  4. ooo camtu.. sy ni pemakai shawl & tudung labuh, sbb tu x dpt bergaya dgn fareeda. singkat sangat kan? tak sesuai untuk yg berbadan besar :) tp elok la ikut ckp suami, kurangkan dosa, tambahkan pahala. apalah sgt dgn tudung tu kan ;)

    BalasPadam
  5. cantikla color tudung fareeda tu..tapi saya pakai tudung bokitta sbb shawl yang dah siap jahit dari lebanon. saya if nak cari tudung mmg beli kat sini..telekung dorg special ada batu..siap beli 4 telekung untuk kami 4 beranak sbb xpernah jumpa kat mana2 before this..very comfortable..boleh check www.myvalorem.com ni patut mintak commission ni sbb promote website dorg ni..hehehe..

    BalasPadam

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com