PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Lolie Sudah Beranak

Inila anak Lolie dengan Oyen....2 ekor sahaja..mesti ada yang pelik kan sebab 2 ekor sahaja anak Lolie dengan Oyen..tapi kan kucing mak saya di kampung pernah dapat seekor je anak...untuk next baby dapat 2 ekor..pastu next baby 3 ekor.. Buat masa ni saya xtau lagi jantina mereka ni...sebab saya takut Lolie menyorok anak2nya lagi kalau saya asyik mengganggu anak dia kan...tapi yang pasti yang color calico tu saya yakin ia BETINA.. cuma...

Pengenalan Vaksin Kepada Kucing

Pernahkah kucing anda menerima suntikan vaksin di klinik? Jika pernah, mungkin kita akan tertanya-tanya apakah maksud FRCP, FeLV dan FIP yang tertera pada kad klinik yang diberikan. Kebanyakannya tidak pernah bertanya apakah makna perkataan-perkataan tersebut, dan hanya berkata kepada doktor, "Buatlah apa yang perlu". Tidaklah salah meletakkan keyakinan itu pada mereka yang pakar, tetapi adalah lebih baik jika kita juga memahami apa yang...

Membuang Kuku Kucing | Declawing

Adakah anda perlu mengambil kira kaedah declawing? Jika ada topik yang pasti akan menimbulkan perbincangan hangat dikalangan pencinta kucing, ia adalah declawing. Prosedur ini dijalankan untuk mengatasi masalah mencakar atau scratching sepenuhnya. Sesetengah pembiak kucing atau breeder dan organisasi kemanusiaan enggan meletakkan kucing kepada mana-mana pemelihara atau adopter yang tidak berjanji untuk tidak melakukan declawing. Saya sendiri...

Kucing Anda Original Ke?

Kebanyakan kucing yang tinggal di rumah bukanlah dari baka pedigree. Kucing pedigree membawa maksud ianya dari keturunan atau baka yang mempunyai rekod, atau salasilah yang jelas. Misalnya kucing Siam, Bali, Parsi, Bengal, Maine Coon dan Norwegian Forest Cat. Sesetengah dari kita agak salah faham mengenai perkara ini, ada yang berkata dia mempunyai...

Hukum Memandulkan Kucing Dalam Islam

Islam adalah agama yang sempurna dan tidak ada suatu pun dalam kehidupan ini yang tidak disentuh oleh Islam. Begitu juga dengan hal memandulkan / neuter / spay / kembiri / kasi kucing peliharaan. Fatwa dan hukum yang berkaitan telah lama ditetapkan oleh ulama seluruh dunia. Saya bukan pakar dalam penentuan hukum agama, tetapi saya hanya mengguna pakai apa yang telah ditentukan oleh ulama. Sudah tentu mereka telah merujuk kepada nas-nas yang...

Penyakit Yang Dicegah Melalui Vaksin

Biasanya kita perlukan sehingga 14 hari selepas suntikan vaksin sebelum tindakbalas imuniti berfungsi dengan sepenuhnya. Jadi, jika kita suntik kucing pada hari ini, dia tidak akan mempunyai perlindungan imuniti sehingga sekurang-kurangnya 14 hari selepas suntikan diberi. Keputusan untuk vaksinasi terhadap penyakit-penyakit tertentu dinilai melalui beberapa faktor. Terdapat 11 jenis penyakit berjangkit yang boleh dilindungi oleh vaksin (dikeluarkan...

Accessories Dan Keperluan Kucingku

Aku cuma ingin berkongsi dengan pembaca mengenai barang-barang kucingku, saja suka-suka sambil berkongsi dengan pembaca.. mana la tahu anda pun berminat hehe..barang-barang ni ada juga penting..ada juga tak penting, mengikut kehendak onwer mahu yang bagaimana yang terbaik terhadap kucing kesayangan. Kalau time gaji je mesti aku nak singgah petshop walaupun kekadang barang-barang keperluan kucingku sudah ada namun perasaan ingin bershopping...

Beberapa Sebab Bulu Kucing Gugur

My cat: Oyen Masalah bulu kucing yang melekat pada baju, sofa, permaidani dan sebagainya adalah perkara biasa. Tetapi amat menyakitkan hati apa bila masalah tersebut makin menjadi-jadi. Masalah keguguran pada bulu kucing sering terjadi terutama pada kucing yang berbulu lebat dan panjang. Tahukah kamu apakah yang menyebabkan terjadinya masalah keguguran bulu kucing? Kebiasaannya Kucing akan mengalami keguguran bulu sebanyak setahun sekali...

Sedihnya Bila Dapat Tahu Lolie Sakit

Sian Lolie..harap cepat sembuh Aku pun tak tahu macamana nak luahkan..hati aku sebak sangat memikirkan Lolie. Sebulan yang lalu firstime Lolie datang ke rumahku kami sambut dengan keceriaan tidak terhingga kedatangannya. Kemudian aku mandikan seperti biasa iaitu seminggu sekali. Waktu aku mandikan Lolie, dia seperti tidak sukakan air namun Lolie tidak meronta-ronta untuk melepaskan diri. Lolie tersangat cool walaupun adakalanya dia mahu keluar...

Lolie dan Oyen Dapat Baju Baru

Saja je nak share kt sini sebab firstime beli baju untuk kucing..sebelum ni mana pernah beli pun. Nasib baik Lolie dan Oyen suka baju ni..3hari berturut-turut aku biarkan baju kat badan kucing-kucingku. Mereka memberi respon yang baik dengan baju mereka. Cuma semalam aku buang baju mereka..bukan buang dalam tong sampah ye..buang dalam bakul..hehe..kasihan la pula tengok Lolie dengan Oyen tak boleh menjilat atau menggaru badan mereka.  Cantik...

Letak Lagu Dalam Blog

Korang yang baru buat blog mesti pening nak fikir cmne nak letak lagu, widget and accessories lain kan...Takpe-takpe biar sy ajarkan..tu pun kalau yg sy tahu la..tak salahkan klu kongsi ilmu kan...tp klu yg sy tak tahu tu..sorry k...heheh Letak lagu dalam blog click link: Music Box Accessorydalam web tu korang leh lagu favourite korang.. Untuk widget and accessories click link: Music Box AccessoryDalam web ni korang leh pilih widget...

Kucing Bersin

Kucing tidak dapat menghembuskan hidungnya untuk membuang hingus seperti manusia. Malangnya disebabkan inilah apabila kucing bersin mereka akan mengeluarkan begitu banyak 'sampah sarap'. Bunyinya seperti menjijikkan dan ya, ia memang menjijikkan..hehe. Bersin adalah tanda penyakit (tetapi tidak spesifik) yang berlaku apabila laluan nasal dirangsang oleh cairan atau ejen lain seperti debu. Tidak ada penyembuh mutlak untuk bersin kerana ia boleh...

Bulu Kucing Sah Solat

Sebagaimana yang telah dijawab oleh panel al-ahkam yang lain, bulu kucing bukanlah najis, oleh kerana kucing itu sendiri bukan binatang yang najis, malahan bulu kucing yang jatuh kedalam air minuman juga tidak menajiskan minuman tersebut. Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :- “Kucing bukanlah...

Asal Usul Kucing Siam

Siamese Cats Kucing Siam mudah dikenali melalui matanya yang biru dan pointed color pada bahagian telinga, muka, ekor dan kaki yang memberikan tarikan yang kontra terhadap badannya yang berwarna cerah. Kucing Siam berasal dari Thailand, yang suatu masa dahulunya dikenali sebagai kucing Siam eksotik.  Ianya mula dieksport pada lewat tahun 1800 ke England sebagai hadiah daripada kerajaan Siam kepada duta England yang kemudian membawanya...

Asal Usul Kucing Norwegian Forest

Norwegian Forest Cats Norwegian Forest Cat merupakan breed yang berasal dari Utara Eropah dan dapat hidup dalam kawasan beriklim sejuk. Di Norway mereka dikenali sebagai Skogkatter atau Norsk Skogkatter yang mana terjemahannya adalah Norwegian Forest Cat. Breed ini adalah antara yang tertua dan muncul secara semulajadi sebagai satu penyesuaian diri oleh kucing di negara yang beriklim sejuk. Ia hanya dianggap sebagai kucing biasa sehinggalah...

Asal Usul Kucing Parsi

Persian Cats Kucing Parsi, yang memiliki lapisan bulu panjang beralun dan muka penyek merupakan breed yang paling popular,mungkin juga yang paling mudah dikenali. Walaupun tidak ramai orang yang boleh menamakan beberapa baka kucing, namun hampir kebanyakan mereka akan dapat mengenali dan mengingati kucing Parsi.  Dikatakan bahawa kucing Parsi pada hari ini telah dibawa keluar oleh pelayar Eropah pada kurun ke-17 bersama-sama permata,...

Asal Usul Maine Coon

Maine Coon Cats Tidak dapat dipastikan dari mana asal-usul kucing Maine Coon ini. Apa yang diketahui adalah kucing ini adalah satu-satunya breed jenis long-haired yang hidup di Utara Amerika secara native. Kucing ini mula dikenali di Maine dimana mereka disayangi kerana kebolehannya untuk mengawal populasi tikus. Kini Maine Coon dikenali dengan saiznya yang besar, perwatakan santai dan penampilan yang tampak kasar.  Juga dikenali sebagai...

Asal Usul Kucing Bali

Balinise Cats Kucing Bali mempunyai badan yang panjang dan lampai, corak garis yang menirus dan arus bulu yang panjang dan megah. Susuk badannya mudah lentur namun cukup kukuh. Baka kucing Bali dipercayai berasal secara spontan hasil dari mutasi Kucing Siam yang berbulu panjang.  Kerana itu dikatakan kucing ini adalah versi Kucing Siam berbulu panjang, dan disebabkan itu kucing Bali kelihatan mempunyai garis yang lebih lembut dan kurang...

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com