PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Totie Si Kecik Kucingku

 AMBOI NYENYAK SUNGGUH SI TOTIE NI... SEBENARNYA AKU BARU MANDIKAN TOTIE, LEPAS TU MAIN DI KATIL AKU TERUS LENA....SLEEPING YOU DREAM MY DEAR. MASA FIRST DATANG RUMAH AKU TOTIE NI TAKUT SANGAT, ASYIK CARI TEMPAT MENYOROK JE.. TOTIE TERSEDAR DARI TIDUR KERANA FLASH CAMERA AKU..HEHEHE...

Oyen Kucingku Sayang

Oyen Oyen adalah kucing jantan baru berumur empat bulan. Aku membeli oyen kira-kira sebulan yang lalu, dan juga pertama kali aku menjaga baka persian. Aku tidak menyangka begitu sukar menjaga kucing ini kerana oyen mudah mendapat selsema dan terpaksa pergi ke vet untuk menghindar menjadi bertambah buruk. Bulu oyen juga mesti disikat setiap hari untuk mengelak terjadinya gumpal-gumpal. Oleh kerana bulu oyen adalah berwarna oren...

Totie si kucing baruku

Totie Totie seekor kucing yang penakut.. pada mulanya aku payah sikit nak handle si Totie ni.. hampir sebulan barulah Totie hilang rasa takut apabila berada di rumah ku.. tapi Totie seekor yang cepat mesra dengan kucing lain. Totie paling suka membuli Ucang, walaupun Ucang lebih besar daripadanya ketika itu. Sebenar Ucang bukan takut dengan Totie tapi kerana sifat baik Ucang dia tak sanggup memukul kucing lai...

Aku selamatkan Kucing Yang Malang

Ucang Ketika suamiku pulang dari kerja, suamiku melihat seekor anak kucing yang kurus-kering dan lapar. Tanpa berfikir panjang suamiku terus membawa pulang anak kucing tersebut. Aku agak terkejut melihat anak kucing itu, suamiku berkata dia kasihan melihat kucing ini macam kelaparan. Aku memandang anak kucing dengan perasaan yang sikit hiba kerana aku lihat anak kucing itu macam mahu tunggu mati sahaja. Keadaannya agak teruk kerana dia berjalan...

Citam Kucing Pertamaku

Citam Kisah ini aku ingin kongsikan bersama pembaca, diharap pembaca suka dengan coretan yang tidak seberapa ini. Sebenarnya sejak aku dilahirkan aku sudah pun mengenali kucing, kerana ibu dan ayahku membela kucing untuk menhindarkan tikus dari berkuasa di rumahku. Biasalah bagi rumah kampung, senang sangat tikus nak ceroboh jika tidak ada tuan pemangsa menjaga rumah. Selepas aku berkahwin barulah aku mempunyai kucing sendiri, bukan kucing ibu...

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com