PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Kucing Makan Anak?

Kucing secara amnya tidak makan anaknya. Ibu kucing sebenarnya sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan keselamatan anak mereka, sehingga anak mereka mencapai umur yang tertentu.

Manakala kucing jantan akan memakan anaknya jika mereka ada peluang. Kerana kucing jantan tidak mengiktiraf anak-anak itu sebagai anak-anaknya. Jadi dia sanggup memakan anaknya hidup-hidup.

Kucing adalah haiwan bersendirian, tiada struktur sosial yang sebenar di kalangan kucing di hutan (kecuali singa). Jadi dari sudut pandangan evolusi, kucing jantan tidak fikir ada sebab mahu menyambung zuriat mereka.

Kucing betina tahu tugasnya sebagai ibu harus melindungi anaknya daripada pasangannya dan juga pemangsa yang lain. Selepas beberapa ketika menjaga anak, mereka akan kembali bersendirian tanpa ditemani anak-anak.

Kucing jantan membunuh anak mereka atau anak kucing yang lain adalah untuk melindungi kawasan mereka daripada diceroboh suatu hari nanti, dalam masa yang sama dia tidak sedar sudah membunuh anaknya sendiri.

Ibu kucing juga akan memakan anak apabila anak kucing itu yang dilahirkan itu cacat, sakit atau mati. Ini kerana untuk melindungi anaknya daripada pemangsa lain memakan anaknya. Itu tidak beerti ibu kucing itu tidak siuman dengan memakan anak mereka, tapi sudah lumrah kehidupan kucing untuk melindungi anaknya dari pemangsa lain, walaupun dengan memakan anak sendiri.

Perkara ini pernah berlaku pada saya suatu ketika dulu kucing betina saya telah memakan anaknya sendiri setelah kucing jantan menggigit anaknya sampai mati, kemudian kucing betina saya terus memakan anaknya yang mati itu. Kucing boleh tahu jika anaknya sakit atau mati.

5 ulasan:

  1. Salam..baru sebentar tdi ank kucing sye dmakan oleh ibunye..hmm sodih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ibu kucing tu mkn sebab dia tahu anak dia xsihat atau mati...memang dh lumrah mcm tu..dia mkn anak dia utk melindungi anak dia dimkn oleh kucing lain.

      Padam
  2. aku tau bape mak die makan anak jgn setuh anak dia! nati dia tak tau tu anak dia jadi dia makan anak dia bau lain la!!!

    BalasPadam
  3. Ciri2 ibu kucing makan ank apa???Soalnya
    Kucing saya bertingkah aneh ke anknya langsung saya jauhkan dari anaknya hehehe

    BalasPadam
  4. Ciri2 ibu kucing makan ank apa???Soalnya
    Kucing saya bertingkah aneh ke anknya langsung saya jauhkan dari anaknya hehehe

    BalasPadam

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com