![]() |
Oyen |
Memang aku sentiasa sunyi meniti hari-hari seharian yang penuh membosankan kerana suamiku sentiasa sibuk dengan kerja walaupun di hari minggu. Jarang sekali kami dapat keluar bersama..tapi mujurlah Oyendan Lolie sentiasa ada di sisiku di kala aku suka dan duka. Merekalah pengubat sepiku yang tiada ganti..aku berharap mereka sentiasa sihat selalu. Moga Allah memperkenankan doaku..kerana aku tidak mempunyai cahaya mata mungkin kerana itulah Allah menemukan aku dengan Oyen dan Lolie. Semoga kucing-kucingku turut mendoakanku kepada Allah S.W.T supaya di satu masa nanti aku mendapat cahaya mata. Aku sayang kucing-kucingku seperti aku menyayangi anakku sendiri.
nasib kita sama, smlm sy kehilangan jojo ,kucing yang paling manja akibat kanser paru paru ,mengikut kata doc mgkn dari kecil dia menghidap ketumbuhan. Sedddih sgt2
BalasPadamsiannye kucing awk mesti dia dh lama tahan sakit..Klu kucing skt dalaman mcm kanser kita pun xtahu dia tgh sakit...
Padam