Sebenarnye dah hampir 3 tahun aku dah tak bela mana2 kucing..rasa sedih di atas kehilangan oyen dan Lolie belum lg mahu reda. Rasa menyesal silih berganti muncul difikiranku, aku kena terima kerana sudah ajal mereka. Kematian dan untuk mereka hidup berapa lama bukan aku yg tentukan..tetapi rasa bersalah tetap menyelubungi diriku. "Aku terlalu rindukan Oyen" berkali-kali perkataan tu berlegar-legar dalam hatiku.
Tak ada sesiapa yg tahu bertapa sedih kehilangan kucing kesayangan, kecuali orang2 yg pernah mengalaminya sahaja dapat merasai. Tetiba seminggu yg lepas aku terjumpa iklan di Facebook Page "Malaysian Cats Free Adoption (Kucing Diberi Secara Percuma)". Aku tergerak hati mesej di nombor yg tertera di situ. Aku pun tak tahu mengapa aku tertarik, walaupun sudah sedia maklum itu adalah kucing jalanan..tetapi hati bagai sudah terpaut..dan aku memanggilnya sebagai "KiKi".
Cuma 1 je yang aku perasan..rupa Kiki seperti Lolie. Cara jalan..cara memandang manja ke arahku sebijik macam Lolie kecuali bulu Lolie lebih panjang dan gebu berbanding Kiki. Sebenarnya masa aku ambil Kiki..Kiki ada sembelit(susah meneran untuk membuang). Badan Kiki pula penuh dengan fungus seperti kurap..ada kutu dan di badan Kiki ada beberapa bahagian yang botak, maybe disebabkan fungus.
Aku telah pun bawa Kiki ke vet untuk rawatan..hampir rm100 melayang..tp xapa..asal Kiki sembuh, sepatutnya niat aku nak grooming Kiki sekali di situ, tp doc xbenarkan..dia suruh aku letak ubat kutu dlu..pastu baru boleh mandi or nk grooming ke....Kini Kiki makin sihat dan badan Kiki makin berisi drpda dulu yg kurus kering..inilah gambar Kiki dulu dan sekarang setelah hampir 2 minggu bersamaku...
Kiki dulu..dan sekarang. |