PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

Transformers 4 : Age of Extinction

Tak sabar rasanya saya nak menonton filem Transformers 4: Age of Extinction yang akan ditayangkan pada bulan Jun 2014. Dah lama menanti sambungan filem ini, namun dalam filem ini karektor Sam Witwicky yang dimainkan Shia LaBeouf tidak lagi wujud. Nampaknya mungkin ada peminat yang merindui karektor Sam Witwicky yang kelakar tu. Malah heroin dalam filem ini juga ditukar. Dalam filem Transformers 1,2, dan 3 hero dan heroin saling mencintai tetapi dalam filem Transformers kali ini berbeza sedikit apabila watak hero adalah seorang 'ayah' manakala heroin adalah seorang 'anaknya'. Sinopsis filem Transformers 4: Age of Extinction seperti di bawah.

Transformers 4 (Age of Extinction) bermula kisahnya setelah 4 tahun berlalu  selepas kejadian Transformers 3 (Dark Of The Moon). Semua Autobots dan Decepticon telah meninggalkan bumi selepas terjadinya perang yang dahsyat dalam filem sebelumnya. Kemudian manusia hidup seperti sediakala tanpa Autobots ataupun Decepticon. Namun ada juga manusia yang ingin mempelajari teknologi robot untuk kepentingan mereka. Apa yang diharapkan menjadi sebaliknya, apabila  menimbulkan bencana yang akan menghancurkan bumi iaitu dunia manusia. Filem ini akan berlokasi di China, Mark Wahlberg berperanan sebagai Cade Yeager iaitu seorang ayah, yang mempunyai anak perempuan yang bernama Tessa yang dilakonkan oleh Nicola Peltz yang mempunyai teman lelaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com