Pagi tadi suamiku terjumpa lagi anak kucing domestic medium hair betina berwarna celico berusia antara 4 ke 5 bulan, aku pun tidak berapa pasti. Anak kucing ini aku beri nama 'Comot' oleh kerana tompokannya yang agak comot..heheh. Kemudian aku terus mandikan comot dengan air suam kerana badannya terlalu kotor. Aku balik kerja nanti baru aku nak letak ubat kutu di badan comot dan kucing-kucingku yang lain, takut berjangkit pula. Aku akan bagi secara percuma kepada sesiapa yang berminat, kerana aku sudah mempunyai 3 ekor kucing. Tapi jika tidak ada sesiapa berminat aku bela comot macam kucing-kucingku yang lain dan aku akan merawat comot menjadi kucing yang sihat insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan