Ketika suamiku pulang dari kerja, suamiku melihat seekor anak kucing yang kurus-kering dan lapar. Tanpa berfikir panjang suamiku terus membawa pulang anak kucing tersebut. Aku agak terkejut melihat anak kucing itu, suamiku berkata dia kasihan melihat kucing ini macam kelaparan. Aku memandang anak kucing dengan perasaan yang sikit hiba kerana aku lihat anak kucing itu macam mahu tunggu mati sahaja. Keadaannya agak teruk kerana dia berjalan lemah-longlai, main pun tidak dan asyik tidur. Apabila dia berak tahi seakan pasir yang color grey, macam selut. Selut itu maksudnya macam pasir longkang color grey. .Aku namakan dia Ucang kerana warnanya seakan usang ketika itu dia berusia lima bulan. Tapi lama-kelamaan ucang bersamaku ucang semakin sihat dan semakin gemuk berbamding dulu. Baru-baru ini ucang kena selsema dan sakit mata yang teruk. Hati aku makin risau melihat mata kanan ucang yang bengkak sampai matanya tidak dapat dibuka. Setelah dihantar ke vet ucang semakin sembuh. Ucang adalah kucingku yang paling manja denganku kerana dia sentiasa menunggu kepulanganku di muka pintu, selalu kejutkan aku bangun dan mencium muka aku. Ucang suka sangat jika aku bersembang dengannya sambil membelai serta menyebut namanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan