PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Blog ini mengandungi Info Kucing, Tentang Kehidupan Kucingku, Resepiku Sendiri yang simple, Info-info Semasa dan Tutorial serta Sedikit Coretan Diriku

RESEPI SAMBAL DAN AYAM PENYET YANG SIMPLE

Masakan "Ayam penyet" berasal dari negara Indonesia dan agak popular di Malaysia. Maybe masakan Ayam Penyet begitu dekat dengan makanan orang-orang Malaysia so makanan ini tak begitu asing bagi rakyat malaysia. Resepi ni saya dah cuba sendiri dan bagi saya sangat sedap..hubby saya pun suka ^_^

Bahan-bahan untuk SAMBAL
  • 3 biji bawang merah sederhana besar (dihiris 5-6)
  • 4 ulas bawah putih (dihiris 2)
  • 1/2 genggam cili kecil
  • Sedikit halia (dihiris kecil-kecil)
  • 1 biji buah Tomato (potong 6)
  • 1/2 genggam ikan bilis
  • Belacan (ikut suka anda berapa banyak anda suka)
  • Minyak masak untuk menumis dan goreng ayam
  • Sedikit gula merah
  • 1 biji limau nipis/kasturi (untuk ambil jus n sebagai perhiasan)
Cara-cara: 
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali
  • Masukkan bahan berwarna biru apabila minyak sedikit panas
  • goreng sehingga agak-agak garing kemudian tutup api dan masuk dalam bekas
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali lagi
  • Masuk bahan berwarna merah apabila minyak panas
  • Tumis bahan berwarna merah sampai sedikit layu kemudian tutup api dan masukkan bahan merah ke dalam bekas.
  • Tumbuk bahan berwarna merah (jangan terlalu lumat)
  • Kemudian masukkan ke dalam bekas
  • Tumbuk bahan berwarna biru (jangan terlalu lumat)
  • Kemudian masukkan ke dalam bekas, campurkan dengan bahan berwarna merah
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali
  • Masukkan kesemua bahan berwarna merah dan biru dan juga 1 sudu atau 2 sudu gula merah apabila minyak sedikit panas
  • Masak sampai kesemua bahan masak
  • Tutup api dan angkat..letakkan limau nipis sebagai perhiasan, anda juga boleh perahkan limau nipis ke dalam sambal tadi. Done!

Bahan-bahan untuk AYAM PENYET DAN NASI
  • 4 ketul ayam (ikut suka hati korang nak banyak mana)
  • 4 ulas bawang putih (kalau ayam lebih..lebih kan bawang putih)
  • sedikit halia (dihiris kecil-kecil atau diketuk)
  • sedikit gula putih (sukatan secukup rasa)
  • 2 setengah air putih (sukatan ini untuk 2 cawan beras)
  • 1 ketul kiub ayam (tak ada pun tak apa)
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu serbuk jintan putih
  • 1 sudu serbuk jintan manis
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu serbuk lada putih/sulah
  • 2 cawan beras (basuh dulu tau..)
  • Gula secukup rasa
  • sedikit halia (dihiris kecil-kecil atau diketuk)
Cara-cara: 
  • Masuk kesemua bahan yang berwarna biru ke dalam periuk
  • Rebus ayam sehingga separuh masak 
  • Asingkan ayam ke dalam bekas dan air rebusan ayam disimpan
  • Masuk kesemua bahan berwarna merah ke dalam ayam yang diasingkan tadi dan gaul sehingga sebati kemudian tutup dan perap sebentar.
  • Campur kesemua bahan yang berwarna hijau dan masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam beras yang dicampur tadi. Masak nasi sehingga masak..(saya masak guna rice cooker)
  • Kemudian ambil ayam yang diperap tadi dan goreng sampai masak 
  • Done! ^_^...selamat mencuba...sayur tambahan..korang boleh celur sayur kangkung dan makan bersama Nasi Ayam Penyet.

Aku Adopt Kucing Jalanan 2015

Sebenarnye dah hampir 3 tahun aku dah tak bela mana2 kucing..rasa sedih di atas kehilangan oyen dan Lolie belum lg mahu reda. Rasa menyesal silih berganti muncul difikiranku, aku kena terima kerana sudah ajal mereka. Kematian dan untuk mereka hidup berapa lama bukan aku yg tentukan..tetapi rasa bersalah tetap menyelubungi diriku. "Aku terlalu rindukan Oyen" berkali-kali perkataan tu berlegar-legar dalam hatiku. 

Tak ada sesiapa yg tahu bertapa sedih kehilangan kucing kesayangan, kecuali orang2 yg pernah mengalaminya sahaja dapat merasai. Tetiba seminggu yg lepas aku terjumpa iklan di Facebook Page "Malaysian Cats Free Adoption (Kucing Diberi Secara Percuma)". Aku tergerak hati mesej di nombor yg tertera di situ. Aku pun tak tahu mengapa aku tertarik, walaupun sudah sedia maklum itu adalah kucing jalanan..tetapi hati bagai sudah terpaut..dan aku memanggilnya sebagai "KiKi". 

Cuma 1 je yang aku perasan..rupa Kiki seperti Lolie. Cara jalan..cara memandang manja ke arahku sebijik macam Lolie kecuali bulu Lolie lebih panjang dan gebu berbanding Kiki. Sebenarnya masa aku ambil Kiki..Kiki ada sembelit(susah meneran untuk membuang). Badan Kiki pula penuh dengan fungus seperti kurap..ada kutu dan di badan Kiki ada beberapa bahagian yang botak, maybe disebabkan fungus.

Aku telah pun bawa Kiki ke vet untuk rawatan..hampir rm100 melayang..tp xapa..asal Kiki sembuh, sepatutnya niat aku nak grooming Kiki sekali di situ, tp doc xbenarkan..dia suruh aku letak ubat kutu dlu..pastu baru boleh mandi or nk grooming ke....Kini Kiki makin sihat dan badan Kiki makin berisi drpda dulu yg kurus kering..inilah gambar Kiki dulu dan sekarang setelah hampir 2 minggu bersamaku...
Kiki dulu..dan sekarang.

Transformers 4 : Age Of Extinction 2014

Optimus Prime
Sape dah tengok filem Transformers 4: Age Of Extinction...saya baru jer tengok malam tadi di pawagam, setelah 2 kali frust tiket habis. Kali 3 pergi baru dapat tengok filem ni. Pada mulanya memang saya tak sabar nak tengok filem ni, yelah Transformers yang sebelumnya ini memang hebat-hebat. Tapi kali ini Transformers 4: Age Of Extinction tidak berapa best la. 
Bumblebee
Mungkin kerana kesemua pelakun lama diganti menyebabkan filem kurang perencah di dalam makanan, yang peliknya saya tak sabar nak keluar dari panggung. Tayangan filem ni sangatlah lama, macam tengok filem hindustan plak. Saya masuk panggung 9.15pm..dan keluar 12.10am. Bayangkan berapa lama, komedi yang diselitkan macam dibuat-buat. tak kelakar sangat pun. 
alian jahat (lupa nama la.. ^_^ )
Saya sebagai peminat filem Transformers agak kecewa hasil sentuhan Micheal Bay kali ini. Saya tak nafikan hero baru iaitu Mark Wahlberg hebat..dan Nicola Peltz yang seksi tapi saya katakan seperti tadi tak berapa best. Pengarah tak nak kekalkan orang lama mungkin nak jimat duit kot, sebab kalau buat sambungan  filem bayaran diberi kepada pelakun makin tinggi. 
Grimlock
Itu mungkin pendapat saya la..watak Autobot Bumblebee pun tak berapa menonjol. Kalau nak diikutkan sebelum ni watak Bumblebee lebih menyerlah tapi kali ini Autobot Optimus Prime yang lebih menonjol. Kelebihan Filem ni watak robot jahat sangat menakutkan, cuma asyik tunjuk kapal jelah..planet diorang xtunjuk plak. Star untuk Transformers 4 Age Of Extinction...4/5.. hope sambungan untuk kelima akan lebih hebat..

Secebis Pengalaman Memiliki Kereta Proton Persona SV

Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman memiliki dan memandu kereta Proton Persona SV memandangkan ramai yang hantar mesej di page blog ini pada saya bertanyakan pasal ni. Setakat ini alhamdulillah belum ada masalah lagi, setelah hampir 7 bulan saya memiliki kereta ini. 
Ketika ini meter kereta hampir 6k tetapi kereta saya belum lagi servis. Sepatutnya nak servis waktu meter 4k. Tapi tut..tut..hubby saya cakap pihak Proton tak buat khidmat servis lagi, pelik juga. Kenapa Proton tak nak buat lagi? Persoalan timbul di kepala..ntahlah..saya pun tak googel lagi untuk mencari tentang ni. So lepas ni kalau nak servis terpaksa la buat di bengkel biasa. Tangguh servis punya tangguh sampailah ke hari ini, sampailah bulan ramadhan ketika ini.

Raya tahun ni balik Kedah..kampung saya, happy la balik kampung..rindu mak, family dan kampung saya, last balik pun tahun baru cina hari tu. So minggu ni or minggu depan baru saya pergi servis. Hubby saya cakap minyak servis beli je di petronas, sebab kalau nak harap minyak di bengkel takut minyak diorang kurang kualiti. Harga minyak tu mungkin dalam rm 100 lebih macam tu la. Nak balik Kedah nak tak nak kena servis juga la..perjalanan jauh dari Shah Alam-Kedah. 

Satu lagi saya nak pesan kalau beli kereta baru, janganlah speed laju-laju. Takut cepat rosak, sebab kereta baru kan. So kalau korang sayang kereta korang drive slow-slow dulu.. tapi jangan la plak slow 24 jam..kang tak sampai-sampai ke rumah tu. Paling max pun drive la dlm 100-120, tu pun saya dah rasa laju dah.

Sebelum ini saya pernah terfikir untuk membeli kereta second hand berjenama Toyota atau Honda, tetapi bila memikirkan masa depan yang panjang seperti takut berlaku kerosakkan yang berlebihan sehingga tak tertanggung nak membayarnya. Atau pun ketika perjalanan berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti rosak di tengah jalan ke? So, saya terus batalkan niat saya dan meneruskan niat saya untuk membeli kereta Proton Persona.

Serius saya cakap sangat berbaloi memiliki kereta Proton Persona SV. Bagi sesiapa sudah terniat dalam hati ingin memiliki kereta Proton Persona SV, teruskan niat anda. Insyaallah anda tidak menyesal kerana ruang dalam kereta dan ruang bonet yang luas. Kereta Persona Sv menggunakan rim 15 inci dan tayar 195/60. Didatangi dengan dua beg udara, brek cakera untuk setiap tayar, brek anti kunci (ABS).

So...masih berfikir lagi ke?

Pasti My Cats Cyg Kamu!!

Secebis Rumusan

Blog ini diwujudkan kerana Oyen..iaitu kucing kesayanganku..kemudian Lolie muncul dalam hidup Oyen untuk menjadi ratu dan peneman Oyen. Lolie kucing kesayanganku yang kedua, Lolie juga sumber inspirasi blog ini dan juga logo serta banner blog ini. Namun kedua-dua mereka umur tidak panjang, Oyen pergi meninggalkan kami dahulu kemudian diikuti Lolie dan anak-anaknya pergi meninggalkanku. Mereka pergi terlalu cepat..mungkin Allah dah tentukan segalanya. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerima kehilangan Oyen namun lama-kelamaan aku redha ketentuan-Nya. Oyen dan Lolie sentiasa dalam kenanganku. Nak baca lanjut tentang kedua mereka sila klik "Kucingku".

Komen Pelawat

Comment Box

Copyright© All Rights Reserved princesskittyku.blogspot.com